Bab 34

464 9 0
                                    

Firhad pov throwback

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Firhad pov throwback

Rumah batu yang dia tenung dari dalam kereta itu membuatkan hatinya berdebar kencang.

Fikirannya bercelaru dan tak keruan. Betul atau tidak tindakannya untuk berjumpa dengan ibu bapa haura.

Firhad mengeluh panjang dan melekapkan dahinya di stereng kereta honda civicnya itu. Dia tidak tahu apa yang patut dia buat.

Kata ibunya lebih baik berjumpa dengan ibu bapa haura daripada membawa haura keluar berdua sahaja. Tapi dia resah kerana kali pertama dia bergini.

Tok Tok Tok!!

Ketukan tingkap keretanya membuatkan dia tersedar dari lamunan, dia menoleh ke arah tingkap dan tersenyum memandang wajah seorang pak cik yang sedang melihatnya.

Dia kemudian keluar dari keretanya dan menyalam tangan pak cik tersebut dengan sopan santun.

"Anak ni nak ke mana dan kenapa berhenti depan rumah pak cik". Pak cik itu bicara setelah sambut salam firhad.

Firhad tersentak mendengar. "Eee ohh ni rumah pak cik ke. Sebenarnya saya nak jumpa pak cik dan mak cik tapi resah dibuatnya kalau saya datang ni menganggu". Firhad membalas.

Pak cik tersebut tersenyum dan menepuk bahu firhad. "Tak ganggu pun nak, jom lah kita sambung di dalam ye pak cik ni baru balik surau lapar pulak perutnya boleh lah kamu makan sekali dengan kami".

"Ehh takpe ke pak cik, susah-susah aje saya datang sekejap aje ni". Firhad membalas.

"Takpe lah bukan susah pun, mari lah masuk".

Firhad tersenyum dan mengangguk, lalu dia mengikut pak cik masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum hasna abang dah balik, ni kita ada tetamu suruh haura pakai tudung dan keluar buat air untuk tetamu". Pesan pak cik

"Baik bang". Jawab hasna separuh menjerit di dapur.

"Jemput lah duduk mak cik tengah masak lagi tu kejap lagi kita makan".

Firhad mengangguk dan tersenyum malu. "Pak cik saya nak tanya nama pak cik apa ye? Saya pun tak kenal kan diri lagi apa kata pak cik kenal kan diri dulu baru saya". 

Pak cik tersenyum dan duduk di sofa manakala firhad duduk di sebelah pak cik tersebut.

"Nama pak cik, husnain panggil pak cik hus aje. Kamu pulak nama apa?".

"Nama saya firhad panggil fir pun boleh pak cik". Firhad membalas.

"Baik ni fir datang ada hajat apa ye macam penting aje tu".

"Saya sebenarnya.. emm".

Belum sempat dia menjawab haura datang bersama dulang air teh panas. Haura kemudian meletakkan cawan air di depan mereka sambil menundukkan pandangannya sebelum mengangkat kepalanya melihat tetamu yang datang.

His Serendipity [C]Where stories live. Discover now