BAB 9

96 4 0
                                    

RAEESMIKAEL

HARI yang cerah dan sungguh ceria. Sama seperti hatiku tika ini. Cerah dan ceria. Aku rasa berdebar-debar, walaupun kelibat si cantik belum lagi muncul. Duduk asrama je, tapi bersiap bukan main lama. Sekarang pun sudah pukul lima petang. Kalau dia lambat memang tidak lama lah dia keluar dengan aku.

"Mikayla oh Mikayla, kau nak aku berjemur berapa lama lagi dekat luar ni?" Aku tongkatkan tangan ke dagu di atas tank motor. Sudah lah aku letak motor betul-betul di hadapan asrama. Takkanlah si budak Mikayla tak cam.

Lama aku tunggu, dekat hampir lima minit barulah aku nampak kelibat budak kemetot keluar terkedek-kedek. Aku tersenyum dalam diam. Dia nampak...cantik. Ya, Mikayla nampak cantik memakai baju hitam berlengan panjang dan dipadankan dengan...

Kain?

Alamak.

Mana aku tahu dia nak pakai kain. Dia pun siapa suruh rajin sangat pakai kain? Aku tolak face shield helmet ke atas tatkala melihat Mikayla seakan-akan mencari. Budak ni, aku ada depan dia. Melihatkan Mikayla yang berjalan menonong ke hadapan membuatkan aku mengeluh perlahan. Apalah nasib badan.

Enjin motor aku hidupkan kemudian dengan sengajanya aku pulas minyak sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Aku toleh belakang lihat Mikayla masih tidak perasankan aku. Budak ni.

Vroom vroom!

Aku hampiri Mikayla dari belakang, apabila melihat Mikayla yang seperti tiada tanda-tanda mahu berhenti berjalan terus sahaja aku potong jalan dia. Barulah kaki pendek dia reti nak berhenti.

"Mamat mana pula kacau jalan aku ni?" Kata Mikayla...sungguh perlahan. Aku tahu dia sengaja. Aku masih tidak berganjak dari situ. Lama aku tenung mata sepet dia.

"Kenapa mata mamat ni macam, Mikael?" Soalnya sendiri. Sabar Mikael sabar...ini semua ujian. Tambah lagi kena sidai tengah-tengah panas sebegini. Fuh, tebal iman kau Mikael. Memang tebal sangat.

"Cik Mikayla sayang, saya dah panas tunggu awak dari tadi ni." Seraya itu aku membuka helmet. Nampak sangat Mikayla tak cam aku disebabkan muka yang dilindungi dengan helmet.Mikayla kelihatan kaku sebelum matanya memandang aku atas bawah.

"Mikael?" Dia berjalan ke  arahku dengan bibir yang terbuka luas. Matanya terkedip-kedip memandang aku tidak percaya. Rambut Mikayla nampak cantik. Eh, lain pula yang aku lihat!

"Awak curi motor siapa ni ha? Tahulah suka merempit dengan saya tapi perlu ke sampai kena curi motor orang ni, Mikael?" Entah apa benda yang dia karutkan. Suka hati tok dia  sahaja cakap motor ini motor curi.

Selamba aku menolak dahinya perlahan.

"Kau fikir aku sengkek sangat ke, Mikayla?" Aku kembali memakai helmet manakala Mikayla masih membelek-belek Kawasaki Ninja kesayangan aku ni. Sebelum Mikayla, Kawasaki inilah yang aku sayang. Eh.

"Motor awak? Lesen mana lesen? Eleh, umur pun tak cukup lagi ada hati nak merempit dengan saya."  Ayat dia macam tidak sudi nak membonceng dengan aku.

"Jadi kau tak sudilah ya nak dating dengan aku? Kalau tak sudi tak apa, aku boleh ajak orang lain." Senyuman manis aku hadiahkan kepada Mikayla walaupun aku tahu dia tak nampak dek kerana terlindung face shield helmet. Baru sahaja aku mahu undurkan motor, Mikayla cepat-cepat menahan.

"Let me be the first and last, Mikael. Jangan sesekali awak berani nak bawa perempuan lain." Tatapan matanya mencuit hatiku. Nampak seperti kucing comel yang sedang membebel. Tergeleng-geleng aku melihat Mikayla.

HER:RAEES MIKAELWhere stories live. Discover now