BAB 19

64 6 0
                                    

RAEESMIKAEL

SEJAK daripada kejadian yang lepas aku rasa seperti aku sudah hilang Mikayla yang aku kenal.  Dia dah jarang datang kedai makan, dia dah jarang tegur aku dan kalau jumpa pun dia akan cepat-cepat lari daripada aku macam...

Sekarang.

Aku dengan tenangnya mengikut Mikayla daripada belakang tanpa dia sedari. Kalau dia tahu aku ikut mahunya dia lesap terus dari pandangan aku. Entah apa yang membuatkan dia terus menerus melarikan diri daripada aku.

Aku sumbat sebatang lolipop dalam mulut dengan geram. Aku mahukan dia! Dia buat aku seolah-olah orang asing. Dia tak tahukah yang aku ni makin hari makin rindukan perangai gila dia. Pentas yang aku buat siapa pula yang nak guna?

BUKK!

Buku-buku yang Mikayla bawa akhirnya jatuh berteraburan dek kerana terempuh dengan seseorang. Aku syak budak kecik ni memang jalan tak tengok depan. Asyik nak langgar orang je kerja. Ni, bawa buku banyak-banyak bukan nak minta tolong.

Dengan relanya aku melangkah menghampiri Mikayla yang tertunduk-tunduk mahu mengutip semula buku-buku itu. Mungkin sedar akan kehadiran aku, tubuhnya kaku seketika sebelum dia kembali membuat aku seperti orang yang tak wujud!

Auch!!

"Tepilah..." Kata dia apabila aku menghalang pemandangannya. Aku kutip buku yang jatuh berteraburan sebelum di beri pula kepada dia. Wajah masam dia membuatkan hatiku sedikit tersentak. Mikayla bangun berdiri semula di hadapan aku. Tak lama kemudian dia berura-ura mahu lari lagi tapi aku lebih pantas menarik beg galas dia.

"Nak lari mana lagi hm, Sepet?" Serentak itu aku tarik beg dia membuatkan dia yang tidak sedia dengan perbuatan aku tersandar di dada aku. Diam-diam aku ukir senyuman sinis melihat wajah gugupnya yang masih membelakangi aku.

"M..mana ada saya lari! Saya nak hantar buku ni ha." Dia angkat buku di pegangan dia membuatkan aku menyengetkan sedikit kepala mahu memerhati wajahnya. Sesaat kemudian aku lepaskan beg dia dengan kepala yang terangguk-angguk.

Buku yang dia pegang aku rampas dengan sedikit kasar. Mikayla mendengus kasar tapi aku hanya abaikan dia. Dia berjalan mendahului aku. Mungkin dia nak hantar buku ni ke bilik guru. Mungkin.

"Lama aku tak nampak kau. Eh tak maksud aku, tak penat ke kau hari-hari lari daripada aku?" Penuh sarkastik soalan yang aku lontarkan kepada dia. Aku hanya mampu tersenyum melihat muka cuak Mikayla.

"Penatlah jugak lari tu." Gumamnya perlahan tapi masih lagi kuat menyebabkan aku terdengar lalu tersenyum.

"Habis tu kalau penat kenapa lari?" Sampai sahaja di hadapan bilik guru aku tarik pintu itu membiarkan Mikayla masuk terlebih dahulu. Aku hanya ikut di belakangnya sehingga dia berhenti betul-betul di hadapan sebuah meja yang sedikit berantakan.

"Sebab saya takut." Kata dia lagi. Aku letakkan buku-buku itu ke atas meja. Mikayla mula melangkah ke luar. Aku hanya membuntutinya dari belakang.

"Kenapa pula kau nak kena takut? Muka aku ada macam muka buaya ke?" Aku buka pintu itu. Mikayla dengan terkedek-kedek berjalan keluar. Lama aku tak layan perangai gila-gila dia ni.

"Adalah sikit. Eh tapi macam banyak." Jawapan dia membuatkan kedua kening aku bercantum. Muka aku bukan main segak dia boleh cakap aku ada rupa-rupa buaya. Tak guna. Patut aku biarkan je dia angkat buku tadi.

"Kau kalau bab mengata aku memang laju je kan?" Dia ketawa. Aku diam sejenak sebelum kembali menoleh ke hadapan. Dua pasang kaki kami berjalan menghampiri pagar sekolah. Cuaca harini tak adalah panas sangat dan tak adalah sejuk sangat.

HER:RAEES MIKAELWhere stories live. Discover now