1: Hamba Abdi

365 24 12
                                    

Anisha's POV:

Aku memukul-mukul lembut bahuku yang terasa lenguh. Meskipun terdapat tiga orang pembantu rumah di rumah agam ini, aku tetap disuruh bekerja sebagai pembantu rumah. Lebih tepatnya, sebagai hamba abdi kerana aku tidak dibayar.

Aku tinggal bersama keluarga angkatku, Tengku Elyas dan Tengku Safira. Aku diangkat sejak aku berumur 7 tahun. Aku dijumpai di dalam sebuah hutan pada umur 7 tahun ketika Komuniti Shadow Crescent, iaitu komuniti yang diketuai oleh Tengku Elyas, berperang dengan beberapa komuniti lain. Aku tidak dilayan dengan sebegitu baik memandangkan Komuniti Shadow Crescent meragui akan asal-usulku. Mereka bahkan menyangka aku adalah pihak musuh. Ibu bapaku pula sudahpun meninggal ketika berperang dan mereka dibunuh oleh konco-konco Tengku Elyas.

Marah? Sakit? Dendam? Aku tidak pasti. Mungkin ada, mungkin terkubur ataupun terkabur oleh kerana terhutang budi pada keluarga Tengku Elyas yang telah menyelamatkan nyawaku.

"Nasib baik papa putik Sha masa tu. Kalau tidak, entah-entah Sha tak hidup sekarang ni kena baham oleh serigala-serigala." Itulah kata-kata yang dilemparkan oleh mama ketika beliau marah padaku dan kata-kata itu sentiasa berputar-putar di ingatanku.

Tengku Safira tidaklah sejahat karakter antagonis dalam drama TV yang amat klise. Tetapi ketika beliau marah, kata-katanya mengguris hatiku dan aku akan merasa asing bak sebatang kayu ara di dunia ini.

Kadang-kadang aku berdoa agar keluarga kandungku masih ada yang tersisa dan datang menyelamatkanku suatu hari nanti.

Di rumah agam itu, tinggal anak-anak Tengku Elyas, iaitu Tengku Haider dan Tengku Alana. Haider berumur 23 tahun, manakala Alana sebaya denganku, iaitu 17 tahun. Haider begitu senang denganku dan menganggapku seperti adik sendiri, tetapi kelakuannya berubah selepas Haider menginjak usia 18 tahun.

Aku masih teringat kemesraan kami dahulu. Setiap kali Alana membuli aku, pasti Haider menyebelahiku dan memarahi Alana. Dan jika aku bermimpi ngeri, Haider akan sentiasa menenangkanku dan menemaniku sehingga aku tidur semula.

Setelah Haider berubah dan mempunyai teman wanita, aku dilayan seperti orang asing dalam keluarga tersebut. Alana pula sekejap baik, sekejap tidak. Mungkin sikap orang kaya memang begitu. Ketika sesuatu itu diperlukan, mereka akan melayan baik orang itu. Dan apabila sudah tiada gunanya, maka orang seperti aku akan dicampak.

Meskipun begitu, aku merasa beruntung kerana aku dibenarkan untuk menimba ilmu di sekolah. Aku dan Alana merupakan rakan sekelas. Manakala Haider sedang menuntut di universiti.

"Oi! Mengelamun apa tu?" sapa Alana. Menyedari akan itu, aku cepat- cepat mencapai penyapu dan menyapu bilik tidur Alana.

"Eee teringat boyfriend lah tu, kan? Boyfriend scammer!" ejek Alana.

"Scammer tak scammer, asalkan Sha ada teman berbual," balasku bersahaja.

"Sekarang dah pandai melawan ye? Bagitahu mama nanti, baru tahu!" ugut Alana. Ingat aku takut dengan mama ke? Aku menjeling.

"Abang!" laung Alana dengan keras. Yang satu inilah membuatkan darahku berderau.

"Apa?" tiba- tiba muncul satu sosok tubuh yang tegap dan tinggi melihatku dengan wajah yang bengis.

"Sha ni hah dah pandai melawan. Siap jeling Lana lagi," adu Alana dengan manja.

Tanpa usul- periksa, lenganku dicengkam kuat dan aku ditarik mendekatinya. Matanya tajam mencerlung ke arahku, "sedar diri sikit. Jangan berlagak macam tuan rumah."

Lenganku dilepaskan. Aku menggosok lenganku yang terasa sakit. Pasti lenganku lebam lagi lepas ini. Meskipun tampak ringan tetapi kekuatan Haider memang tiada tandingannya di kalangan komunitinya.

Pasangan Takdir Where stories live. Discover now