2: Curi Rantai

123 16 6
                                    

"Alana lepas ni buat ulangkaji dengan Anisha, ye? Exam dah tak lama lagi tu. Tengok Abang Haider dah belajar sampai universiti. Korang pun mesti ikut jejak langkah abang," kata papa kepada kami berdua di meja makan. Tuan Haider mengunyah makanan tanpa menjawap sepatah pun. Begitu juga dengan aku. Aku hanya mengangguk dan memberikan senyuman sebagai balasan.

"Mama, Lana nak kek dua tingkat untuk harijadi Lana minggu depan. Boleh tak?" Alana tidak menjawap papa, sebaliknya dia mengubah topik perbualan.

"Hmmm baiklah. Tapi Lana kena buat yang terbaik untuk peperiksaan tahun ni okei?" kepala Alana diusap lembut. Aku melihat dari hujung mata. Aku cemburu dengan kasih sayang yang berat sebelah.

"Anisha pun kena usaha ye? Papa nak tengok anak papa dapat keputusan cemerlang!" aku mengangkat wajah dan tersenyum gembira melihat papa. Namun, di hujung mataku ternampak bayang- bayang Tuan Haider yang sedang menatapku dengan tajam. Senyumanku mati seketika itu juga.

"Haider, bila Haider nak kahwin? Nak tak papa buat pengumuman semasa harijadi Alana nanti? Papa nak selepas Haider kahwin dengan Maya nanti, Haider jadi Alfa untuk Shadow Crescent dan Maya akan jadi Luna untuk komuniti kita."

Tumpuan kami semua beralih kepada Haider. Haider sempat memandangku sekilas sebelum menjawap dengan suara mendatar, "Haider belum sedia untuk kahwin."

"Tak perlu tunggu sedia atau tak. Komuniti kita perlukan seorang pemimpin baru. Papa nak tengok Haider memimpin komuniti ini sementara papa masih hidup. Lagipun Maya adalah calon yang paling sesuai dan  paling kuat. Papa percaya Maya boleh menjadi penolong yang baik untuk Haider," ulas papa lagi.

Haider mengeluh panjang. "Nantilah Haider bagitahu. Ini soal kahwin. Haider tak nak buat main."

"Kenapa Haider tak nak kahwin sekarang? Dah bawa anak dara orang ke hulu ke hilir, kahwin tak nak pula?" soal mama tidak berpuas hati.

"Dara? Dah berpuluh- puluh lelaki dah sebelum abang. Yang tahu je tahu," celah Alana sambil senyum senget.

Aku menekup mulut dalam imaginasiku. Seorang Alfa sepatutnya mencari seorang Luna yang suci agar keturunan mereka mempunyai darah yang suci, tidak ternoda. Kalau tidak, tiada gunanya mencari seorang Luna yang handal jika anak mereka nanti tidak memiliki kekuatan yang luar biasa.

"Alana!" marah Tuan Haider. Alana menundukkan kepala. Takut dengan amarah Tuan Haider.

"Tak baik macam tu. Maya tu mama tengok baik orangnya. Tak payah ungkit kisah silam dia. Yang penting dia dah berubah."

Papa menggeleng. Sebuah kekesalan tarpancar di wajahnya. "Zaman sekarang, mana senang nak cari perempuan yang masih suci sebelum kahwin."

"Ye, maafkan Lana, bang." Alana memandang Tuan Haider dengan wajah meminta simpati. Tuan Haider tidak mengendahkan maaf Alana, sebaliknya dia meninggalkan meja makan dan menghilangkan diri.

-------

"Bosanlah! Maths is soooo boring!" keluh Alana lalu mencampak pensil di tangan.

"Kita tak ada pilihan. We just have to do it," pujukku.

"Lana tak tahu macam mana nak jawap soalan ni. Sha dah jawap soalan nombor 4 ke?" Aku melihat kertas soalan yang dimaksudkan.

"Sama. Sha pun tak dapat jawap lagi." Aku menggaru pelipis dan menggigit hujung pen.

"Sha pergi tanya abang jap. Dia mesti tahu jawapan untuk soalan ni," arah Alana.

"Tak naklah!" aku menolak sekeras- kerasnya.

"Lana suruh Sha. Sha tak ada pilihan. Cepatlah!" bentaknya.

Pasangan Takdir Where stories live. Discover now