4. Mimpi Buruk

117 14 2
                                    

"Betul ke abang hukum Sha bersihkan dewan utama esok pagi?" tanya Alana. Wajahnya sedikit cemas.

"Ye. Kenapa tak bagitahu Sha yang nama Sha tak ada dalam senarai tetamu?" Soalku kesal. Kalau aku tahu aku tidak diundang, pasti aku tidak akan terhegeh- hegeh untuk hadir ke majlis tersebut.

"Sorry... Ingatkan tak ada yang perasan sebab tema Masquerade. Aduh... Abang ni pun. Tu pun nak strict sangat. Sha bukannya orang luar pun. Melampau betullah!"

"Tak apalah. Benda dah jadi. Lagipun tak berat mana pun hukuman tu. Dah lah, Sha nak masuk tidur. Esok kena bangun awal. Thanks anyway! Kena hukum tapi berbaloi sebab dapat jumpa Raphael," ucapku lalu mengenyitkan mata.

"Okay! Jangan pula nanti Sha marah atau dendam dengan Lana ye?"

"No worries! I don't hold grudges." Aku menepuk lembut tangannya tanda damai di antara kami.

-------

Lantai dewan kelihatan sangat kotor sekali. Air dan sisa makanan merata-rata tempat. Bagaimana aku hendak membersihkan semua ini dalam masa sehari? Lebih-lebih lagi aku seorang diri yang bekerja.

Tuan Haider memang kejam, tidak berhati perut! Aku memandang jam di dinding yang menunjukkan pukul 6 petang. Badanku terasa lemah kerana perutku belum menjamah makanan sejak pagi tadi.

Papa dan mama mesti tidak mengetahui tentang apa yang terjadi padaku. Alana pula takut dengan Tuan Haider. Dia tidak berani untuk mempertahankanku, apatah lagi mengadu kepada papa dan mama. Atau mungkin dia langsung tidak peduli akan aku.

Aku menggosok permaidani yang kotor terkena sisa makanan. Rasanya sudah separuh aku bersihkan. Harap-harap semua dapat selesai sebelum tengah malam nanti.

Ting!

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Nampaknya aku tidak sempat membersihkan semuanya sebelum tengah malam. Badanku mulai lemah dan perutku terasa sakit mencucuk-cucuk. Pandanganku mulai berpinar-pinar dan kakiku sudah tidak mampu menampung berat tubuhku. Tanpa kusadari, aku rebah dan pandanganku menjadi gelap.

"Anisha! Bangun! Bangun!" suara yang sayup- sayup kedengaran membangunkanku. Aku membuka mata sedikit.

"Sha... Kau demam ni." Tuan Haider memangku kepalaku di pehanya. Aku tidak berdaya untuk merespon.

Tuan Haider mengangkat tubuhku dan membawaku ke sebuah bilik. Aku dibaringkan di sebuah katil dan aku mendengar Tuan Haider memberi arahan kepada Kak Suzi.

"Sha, bangun. Minum ni," arahnya sambil membantuku duduk bersandar di kepala katil. Aku mencicipi air yang manis itu.

"Nah! Makan sikit." Sepotong kuih disuakan ke mulutku.

Setelah beberapa lama aku berehat, aku mula bertenaga. Aku melihat sekeliling. Sudah pukul 2 pagi. Rupa-rupanya aku berada di bilik tidur Tuan Haider. Tuan Haider pula duduk di sofa di hadapan katilnya.

"Sha dah okay dah. Minta maaf, Sha pengsan tadi. Sha janji Sha tak akan ulanginya." Aku bangun dan duduk di birai katil.

"Rehat di sini. Tak payah bersihkan dewan tu. Aku dah arahkan pembantu yang lain menyelesaikannya. Kau masih lemah. Tak payah nak pergi ke mana-mana," ucapnya dengan suara yang agak kasar.

"Terima kasih, Tuan. Sha nak rehat di bilik Sha sendiri." Aku berdiri seketika, menyeimbangkan postur badanku sebelum melangkah keluar.

"Tak payah. Rehat di sini. Titik." Tuan Haider berdiri di hadapanku dalam sekelip mata.

"Sha tak selesa tidur di bilik orang lain selain bilik Sha sendiri!" Aku berkeras. Kepalaku terasa berdenyut-denyut. Semua ini disebabkan oleh dia yang menyuruh aku membersihkan dewan utama!

Pasangan Takdir Where stories live. Discover now