6. Birthday Wish

93 12 2
                                    

"Sha, minggu depan Sha dah nak masuk 18 tahun. Sha dah sedia untuk kehidupan baru?" Papa memulakan perbualan di ruang tamu. Mama, Tuan Haider dan Alana menumpukan perhatian kepadaku.

"Dah, pa. Sha tak sabar- sabar nak jumpa serigala Sha," jawapku teruja.

"Dah sedia jumpa pasangan takdir Sha?" tanya mama pula.

"Entahlah. Rasanya tak kot."

"Kenapa pula macam tu? Sha dah besar dan matang. Mama percaya pasangan Sha nanti mestilah yang terbaik buat Sha."

Aku diam seketika sebelum menjawap, "kalau Sha tolak jodoh di antara pasangan Sha nanti boleh kan?"

"Sha, ada sebab kenapa diciptakan pasangan takdir. Sha dan pasangan nanti akan melengkapi antara satu dengan yang lain. Kalau Sha tolak jodoh Sha, maka pasangan Sha akan jadi lemah dan Sha tidak akan diberi peluang kedua untuk mencari pasangan yang baru lagi," jelas papa.

"Haah! Tak payah risau pasal tu, Sha. Lana rasa pasangan Sha nanti pasti yang terbaik buat Sha. Kenal dulu isi hati dia sebelum tolak. Kan kasihan dengan pasangan Sha tu nanti kalau Sha tolak dia. Kekuatan dia akan berkurang."

Aku senyum meresponi mereka. Ada aku kisah kalau pasangan takdir itu nanti akan jadi lemah? Aku sudah nekad ingin berkahwin dengan Raphael.

"Tak payah fikirkan sangatlah. Sha masih muda. Tengok Abang Haider tu, sampai sekarang belum jumpa pasangan takdir dia. Betul kan Haider? Ke Haider dah jumpa tapi tak nak bagitahu kami?" soal mama. Aku mengalihkan perhatian kepada Tuan Haider. Dia nampak tenang.

"Tak jumpa lagi. Rasanya pasangan Haider tak ada dalam komuniti kita ni. Tak payahlah ungkit pasal tu lagi. Anggap je Haider tak ada pasangan."

"Kalau macam tu Haider kahwin ye dengan Maya?" pinta mama. Aku menjeling ke atas kemudian memandang Tuan Haider. Dan rupa- rupa Tuan Haider memerhatikanku dari tadi.

"Tapi kalau boleh, lebih baik tunggu pasangan takdir Haider. Dengan adanya pasangan tu nanti, dia boleh melengkapi dan menambah kekuatan seorang Alfa," bidas papa.

"Lana setuju! Lagipun rugilah kalau dengan si Maya tu. Dia bukannya masih suci pun. Rugilah keturunan abang nanti sebab anak- anak abang nanti tak ada kekuatan seperti abang."

Aku mengangguk setuju. Aku tak suka kalau Maya jadi pasangan Tuan Haider. Tak sesuai jadi Luna dengan sikap angkuh dan bangga diri.

"Tapi kalau jumpa pasangan takdir nanti pun, tak tahu lagi kalau dia masih suci kan?" balas Tuan Haider.

"Tak apalah. Asalkan Haider bahagia, kami tumpang gembira. Lagipun sekarang dah tak ada lagi persengketaan di antara komuniti serigala macam dulu- dulu. Komuniti Ironclaw Legacy sekarang begitu mementingkan keamanan. Untung kita ada Raja Evan yang baik," jelas papa.

"Handsome king. Single pula tu," celah Alana sambil senyum tersengih- sengih.

"Mungkin belum jumpa pasangan dialah tu. Apa kata anniversary kita bulan depan, kita jemput Raja Evan? Hari tu papa ada terserempak dengan dia dan papa adalah nak ajak- ajak ayam jemput dia ke majlis ulang tahun perkahwinan kita. Dia kata dia akan datang kalau dijemput," kata papa lagi.

"Yeke, bang? Kalau macam tu, kita jemputlah dia. Harap- harap komuniti kita akan diberi perlindungan kalau hubungan kita semakin membaik."

"Ye, harapnya macam itulah. Kita perlukan sokongan dari raja. Sebab tu seorang Alfa bertangungjawap untuk menjaga hubungan ini demi kesejahteraan komuniti kita," ulas papa sambil memandang Tuan Haider dengan sebuah makna.

"Abang cepat- cepatlah kahwin. Cari perempuan yang elok sikit. Rugilah anak abang yang bakal jadi Alfa nanti tak memiliki keistimewaan. Komuniti kita pun bergantung pada kekuatan Alfa," Alana menambah. Aku menyokong semua itu di dalam hati. Hendak harapkan kekuatan sahaja tidak cukup jika masa depan komuniti tidak terjamin.

Pasangan Takdir Where stories live. Discover now