RIFQJANNAH 43♡

761 42 1
                                    

Jam menunjukkan hampir pukul 3 pagi namun dia masih tidak boleh melelapkan mata.Dahagalah pula.Dia bangun dari katil.

Mata tertancap pada pipi isterinya yang merah menyala akibat tamparan hebatnya.
Dia mencangkung lalu tangan mengusap pipi isterinya.

"Maafkan abang ya,syurga? Abang khilaf,
abang hanyalah insan biasa"bergenang air mata.

"Kenapa abang pukul syurga? Syurga tak salah pun.."bergetar bibirnya.Dia masih tidak boleh menerima hakikat bahawa dia sudah menjadi seorang suami yang dayus kepada isterinya.

"Hmm"Jannah merengek dek kerana terganggu.Rifq mengesat air mata lalu kembali membaringkan tubuhnya ke atas katil.Tiba-tiba hilang rasa dahaga.Tapi,rasa sakit pula datang.

Nafas dihela.Susah betul nak lena,haih.

.
.
.
.

Terkedip-kedip matanya apabila matahari menerangi segenap ruang bilik mereka.
Mata digosok sebelum dia turun daripada katil.Mata melihat ke lantai.Aik? Mana Jannah?

Punggung dilabuhkan di birai katil.Seketika,
mata terpanah pada sepucuk surat yang ditinggalkan di atas meja bersebelahan dengan katil mereka.Ini...surat Jannah tulis ke?

Malah,terdapat juga secawan teh panas serta roti kering di atas piring.Namun,
diendahkannya.Dia nak baca surat.

Tangan mencapai sepucuk surat.

Dup dap!

Dada dihempas debaran yang amat dahsyat.
Dia gementar.

Mata berkaca sebaik sahaja dibuka sepucuk surat.

Assalamualaikum bidadara syurga Jannatul Urshia.Ni mesti baru bangun tidur kan?
Kalau macam tu,selamat pagi abang! Lamanya tak bahasakan diri awak abang,hehe.Sorry abang..Abang,maafkan syurga ya sebab dah berlaku kasar ke atas abang? Abang pula janganlah risau,syurga dah maafkan abang.Syurga tahu syurga melampaui batas jadi abang jangan risau tau! Tujuan syurga tulis surat ni atas kerana syurga terpaksa pergi.Syurga dah tak mampu nak menahan rasa sakit yang tercalar di hati.Syurga tak salahkan abang tapi,biarlah hati ini tenang.Syurga masih lagi tak boleh menerima hakikat bahawa semua ini berlaku.Syurga harap syurga bangkit dari mimpi ini namun hakikatnya ianya adalah kenyataan.

Bergenang air mata Rifq.Dia juga ingin bangkit dari mimpi ini.Kenyataan ini terlalu perit dan menyakitkan.

Maafkan syurga sebab biarkan abang keseorangan selama tempoh yang syurga sendiri tak tahu sampai bila...Maafkan syurga ya? Maafkan syurga kerana tak dapat berada di sisi abang buat masa sekarang.
Hati syurga hancur.Walaupun kejadian ni boleh dianggap remeh,tetapi hati syurga sakit sangat.Syurga sayang abang.Walaupun perkara itu remeh atau sekecil zarah sekalipun syurga tetap akan bersedih selagi ianya melibatkan suami syurga.Tetapi sekarang,maafkan syurga.Hati syurga tak mampu bertahan.

Mengalir air mata jantannya.Setitik demi setitik air mata mengalir.Bergetar bibirnya.

"Kalau syurga sayang abang,kenapa syurga tinggalkan abang? Dulu syurga janji syurga takkan tinggalkan abang tapi kenapa syurga yang tinggalkan abang dulu?"teresak-esak dia menangis.

Dia tidak kuat untuk menyambung isi surat tersebut namun,hati ditabahkan.Dia ingin membaca sehingga akhir noktah.

Mulai hari ini dan saat ini,syurga hanya mampu merindui abang dari jarak yang sangat jauh.Maafkan syurga,ya? Izinkan syurga pergi ya abang? Jangan risau,syurga akan sentiasa merindui wajah kacak abang.
Syurga bakal merindui untuk tatap wajah abang.Lepas ni,sarapan pagi,makan tengah hari,makan malam semua berseorangan jelah ya? Hehe,syurga jelah..abang takpe.
Walaupun syurga tiada di sisi abang,tetapi abang masih ada keluarga di sisi abang.
Lainlah syurga..sorang-sorang je ni.Hehe,
tapi takpe..syurga sendiri yang buat keputusan ni.Maafkan syurga ya?

Rifq menggeleng kepala.

"Abang tak perlukan orang lain melainkan syurga..hanya syurga yang mampu berada di sisi abang.Abang hanya mahukan isteri abang..syurga abang.."
terhinjut-hinjut bahunya menangis.

Abang,maafkan syurga jikalau syurga telahpum menjadi seorang isteri yang nusyuz.Ampunkan syurga abang..Izinkan syurga pergi abang..Abang,syurga tahu abang mesti benci sebab dikurniakan isteri nusyuz macam syurga kan? Keluar rumah tanpa izin suami.Syurga tahu salah tapi,
syurga dah tak mampu.Syurga tahu,abang mesti tak akan benarkan syurga untuk keluar dari rumah ni,kan? Entahlah,tah tah syurga seorang je yang anggap macam ni..haha.

Rifq mengemam bibir.Sungguh,dada terasa sempit.

"Syurga...baliklah pada abang..Jangan biarkan abang sendiri..abang sayang syurga..."rengek Rifq di dalam tangisan duka.

Abang,jikalau abang tak suka akan seorang isteri nusyuz..syurga bersedia atas tindakan abang.Abang jangan risau,syurga dah prepare-kan diri awal-awal.Abang bukalah surat yang berada di dalam laci meja sebelah katil.

Laju Rifq menarik laci tersebut.Tangan mencapai sepucuk surat yang berisi helaian kertas yang agak nipis.

Dang!

Luruh jantungnya apabila isterinya berbuat demikian.

"Sampai hati syurga buat macam ni...hisk hisk"air mata dikesat namun tetap sahaja ia mengalir semula.

Abang dah baca ya surat tu? Maafkan syurga.Benar,itu borang penceraian abang.
Syurga tahu abang benci akan golongan isteri yang nusyuz termasuklah syurga.
Abang berhak untuk turunkan tandatangan ke atas borang tu..abang jangan risau,syurga dah tandatangan siap-siap seandainya abang ingin menjatuhkan talak ke atas syurga.
Syurga sedar,syurga isteri yang tiada gunanya.Isteri nusyuz.Tak sangka,itulah gelaran yang syurga pegang sekarang.
Maafkan syurga,syurga bukanlah isteri yang sempurna.

"Awak seorang isteri yang sempurna syurga..isteri yang tiada cacat celanya..
kenapa awak perlu merendahkan diri awak?"hening.Dia lupa,isterinya tiada bersamanya.Terasa sebu di jiwa.

Abang,syurga rasa surat sudah cukup panjang.Abang,untuk kali terakhir maafkan syurga.Halalkan makan minum syurga serta semua wang yang abang dah laburkan buat diri syurga.Ampunilah dosa syurga dari hujung rambut hingga hujung kaki.Syurga sayang abang,muah! Oh abang,syurga lupa!
Dekat atas meja laci sebelah katil tu juga syurga ada sediakan sedikit roti kering dan secawan air teh.Syurga tak sempat nak buat makanan berat-berat.Kira jadilah ya makanan terakhir syurga hidangkan buat abang.Terakhir,assalamualaikum bidadara syurga Jannatul Urshia..

"Baliklah syurgaaaa,abang rinduuu hisk hisk.Maafkan abangggg"raungnya dengan tangisan yang kuat.Borang penceraian tersebut dicapai lalu..

Prakk!

Dikoyakkan kertas tersebut sebelum dicampakkan ke dalam tong sampah.

"Abang takkan ceraikan syurga.Abang janji,abang akan selesaikan semuanya  sebelum syurga pulang ke pangkuan abang.Tunggu abang ya syurga?"Encik Rahman yang terdengar itu hanya mampu mengetap bibir.

"Ayah,izinkan kakak pergi ya? Kakak mohon jangan beritahu suami kakak"

Mata berkaca mendengar tutur bicara anak perempuannya.

"Kenapa perlu sampai macam ni kakak?
Seorang suami sangat memerlukan seorang isteri di sisinya"dia masih tidak putus asa untuk memujuk anaknya.

Jannah menggeleng.

"Maafkan kakak ayah,kakak bukanlah seorang isteri yang kuat serta kental hatinya"

"Kakak nak pergi mana?"

"Jauh ayah,kakak mohon jangan beritahu suami kakak ya?"

"Ayah cuba"

Tangan mencapai secawan teh dan roti kering.Hidangan terakhir isterinya yang dia jamah ditemani dengan air mata.Hanya air teh dan roti kering tetapi mampu meruntunkan hatinya.

.
.
.
.

Tiket dipegang sebelum dia beralih ke belakang.Memandang sekeliling.

"Selamat tinggal jiwa Jannatul Urshia"
kaki mengorak langkah melepasi pintu perlepasan kapal terbang.

Maaflah,bab ni pendek sikit

FIELD OF LOVE ✓Where stories live. Discover now