RIFQJANNAH2♡

995 31 0
                                    

Jannah membuka telefon bimbitnya dan melihat gerangan yang memanggilnya.

Eh?

'Ayah❤️'

'Kenapa ni?haraplah takde apa-apa'
gumam hati kecil Jannah.

"Ayah? Kenapa ni, malam-malam ni call?"
Kata Jannah.Dia berlagak tenang,namun di hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya dia akan ibu bapanya yang berada di kampung.

"Ayah nak minta tolong sikit boleh?Ayah nak pakai duit sikit ni.."Pinta ayah.

"Kenapa ayah? Ayah nak gunakan untuk apa? Ibu sakit ke?" Tanya Jannah dalam kekalutan.

"Ya, Jannah.Kamu tak payahlah balik kampung,ya? Ayah ada ni jaga ibu..mak saudara kamu pun ada,ayah cuma perlukan duit ni.Ayah harap kamu bolehlah tolong.Banyak juga kos ibu kamu ni" Kata ayahnya.

"Berapa tu ayah?RM5OO ke?"

"Adalah dalam RM 5500?boleh ke,anak ayah?" Tanya ayahnya.

"Eh,ayah macam banyak sangat je? Ayah pergi hospital swasta ke? Tapi takpelah esok pagi Jannah transfer.Ayah betul ke Jannah tak payah balik? Ibu okay?"Tanya Jannah.Niat di hati,dia mahu pulang tapi apakan daya bapa melarang.

"Ya,jiran baru kita hantarkan ke hospital swasta..ayah tak boleh nak kata apa dah,orang dah tolong ayah kena lah bersyukur..Lagipun ibu dah okay sikit ni,dah stabil cuma ibu tengah tidur je ni..Jannah tak payahlah risau..kerja elok-elok,ya.. Assalamualaikum"Kata ayahnya sebelum memutuskan talian.

Jannah mulai resah.Mana tidaknya,bil hospital ibunya mencecah RM3500.Mahal! Tapi dia masih lagi mampu menghulurkan bantuan.Mahu minta tolong adik-adiknya,mereka masih lagi belajar.Itupun yuran mereka dibayar oleh dirinya sendiri.Jadi hanya dialah yang boleh membantu.

"Macam mana ni,gaji sebulan RM11,905.Tolak bayar kereta, apartment,yuran sekolah adik,yuran universiti adik,dah tinggal 1000 lebih je..Allahu macam mana ni..?" Jannah mulai resah dan gelisah tetapi dia tetap akan mencari jalan penyelesaian.Sudah lah hujung bulan duit juga berkurangan.

"Macam mana erk? Ha! Kerja part time 7E! Yes,esok pagi lepas kelas student semua aku hantar resume!"Girang Jannah berkata.Alhamdulillah, cepat sahaja otak bernasnya mencerna jawapan.

Terus sahaja Jannah menutup suis televisyen dan pergi ke biliknya lalu menyiapkan resume yang hendak dihantar esok petang.Walaupun gajinya lebih mencukupi,tetapi masih banyak komitmen yang hendak dilangsaikan.

Jannah mengerling jam dinding di biliknya.2 pagi! Dia terlalu sibuk menyiapkan resume tersebut dan bahan mengajarnya esok sehingga terlewat tidur.
Jannah kemudiannya menutup segala perkakasan yang telah digunakan lalu lena dibuai mimpi.

Kelas Jannah bersama para pelajarnya telahpun selesai,kini tiba masanya untuk dia mengemaskan mejanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelas Jannah bersama para pelajarnya telahpun selesai,kini tiba masanya untuk dia mengemaskan mejanya.Dia mahu pulang! Dia tidak sabar ingin menghantar
resumenya pada manager 7E tersebut.Bila diingat kembali,mamat tersebut juga bekerja disitu tetapi dia tidak kisah.
Tujuannya hanyalah untuk bekerja.

Ting!

Telefon bimbitnya berbunyi dan bergetar.Menandakan ada mesej yang masuk.Dia membuka aplikasi 'whatsapp'
dan terpapar gerangan penghantar mesej.

'Ayah❤️'

'Terima kasih anak ayah,sudi tolong ayah.Maafkan ayah ya andai dah menyusahkan kakak,ya? Ayah bersyukur sangat-sangat'

Jannah tersenyum melihat mesej ayahnya.
Dia membalas mesej tersebut.

'Sama-sama,ayah.Jangan risau,kakak happy
sangat dapat tolong ayah.Ayah dan ibu hanya perlu doakan kakak murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan,ya?'

Dia menutup kembali telefon bimbitnya dan menyimpannya di dalam beg tangannya.

"Amboi,prof.Senyum nampak? Boypren chat ke tu?" Tanya Mak Cik Jamilah,selaku kerani pejabat.

"Eh taklah makcik,ayah ni ha..Chat saya.Okaylah makcik saya pergi dulu,ya? Assalamualaikum"Pinta Jannah lalu berlalu pergi.Salamnya dijawab oleh Mak Cik Jamilah dengan perlahan

Sewaktu dia berjalan sambil membawa fail yang hendak dibawa pulang,tiba-tiba..

Bum!

"Aduh,sakitlah! Makhluk mana yang tak reti jalan pandang depan,ha!?"Marah Jannah sambil menggosok buku kakinya yang terseliuh sedikit.

"Eh Cik,sorry sorry.Saya tak sengaja" Kata lelaki tersebut sambil mengutip segala helaian kertas yang telahpun bertaburan akibat perlanggaran sebentar tadi.

Jannah membuka matanya untuk melihat siapa lelaki yang melanggarnya dan...

"Kau!?" Jerit Jannah di situ.

Lelaki tersebut memandang kembali dan..

"Hah, kau!?Eh kalau aku tahu kau yang langgar ni takdenye aku nak tolong kau kemaskan barang ni lah!"Kata Rifq.Terus sahaja dia melepaskan kembali segala fail dan helaian kertas Jannah.

Kurang ajar!

"Eh jalan pakai mata la!"Kata Jannah sambil mengutip fail dan helaiannya.Setelah selesai,terus sahaja dia berdiri.Manakala Rifq masih tercegat melihat Jannah melakukan semuanya sendiri walhal dia yang bersalah dalam kejadian ini.

"Heh,kau buat apa kat sini? Mak Cik cleaner?" Terbit tawa kecil di hujung ayatnya.Dia membicarakan dengan sungguh sarkastik.Amboi!kasar nampak?

Jannah mencerlung tajam."Suka-suka hati awak je kan kata saya mak cik cleaner? Awak betul nak tahu saya siapa? Saya Prof.Jannatul Urshia,pensyarah bahagian fakulti sains.Cukup?"Jannah membalas dengan cukup tenang serta senyuman turut diukirkan di bibir mungilnya yang merah jambu.Cantik.

Rifq mengangkat keningnya dan mengangguk-angguk kepalanya bagai burung belatuk."Okay,fine!Prof.Jannah? That's right,hm?" Tanya Rifq sambil tersenyum sinis.Rifq terus berlalu pergi dan menuju ke padang.

Jannah terkebil-kebil memandang Rifq yang terus berlaku pergi.Dalam masa yang sama,wajahnya mulai memerah.Mana tidaknya,para pelajar disekelilingnya memandang sambil berbisik-bisik.Ada juga yang tarik muka,entah kenapa.Mungkin mereka semua telah menyaksikan drama TV3 yang tidak berbayar.Agak lama juga drama itu berlangsung.

Jannah terus berlalu pergi.Malu! Itu yang dia rasakan.

Sampai sahaja di keretanya,dengan kalut dia memandu pergi.Dikerling jam tangannya.3:35 petang! Dia perlu menghantar resume ini sebelum jam 5.Perjalanan dari universiti ke rumahnya mengambil masa lebih kurang satu jam.Parah!

Jannah mulai memandu dengan tenang,akan tetapi kereta-kereta semakin perlahan bergerak.Kenapa ni? Dijengukkan kepalanya..Aduhai,jam! Kereta di seberang jalan pula mulai memberi lampu menandakan adanya kemalangan.Jannah memicit pelipisnya, ujian hidup.

Alhamdulillah setelah 30 minit tersekat dia jalan raya,dia akhirnya sampai jua ke rumahnya.Dia bersiap dengan kemas dan berjalan kaki ke 7E,menghantar resume.

Dia memasuki 7E dan bertanya kepada pekerja di kaunter.

"Dik,mana nak hantar resume ni ye? Akak nak hantarkan dekat manager ni."Begitu sopan sekali Jannah bertanya.

"Oh akak bagi je dekat saya,saya tolong hantarkan.Akak boleh balik,nanti kalau akak diterima untuk bekerja pihak kami akan hubungi akak,ya?"Jawab pekerja tersebut.

Jannah terus memberikan resume dirinya tanpa berbasa-basi.Dia turut mengukirkan senyuman manis di bibirnya.

Pekerja itu berlalu pergi ke stor mereka yang mungkin adanya manager mereka.
Seketika Jannah ingin keluar dari kedai tersebut, Rifq memasuki dengan memakai uniform lengkap kerjanya.

Rifq hanya memandangnya sekilas dan berlalu pergi ke stor.

Jannah mulai hairan namun dibiarkan sahaja.Dia keluar dari kedai tersebut dan memandu pulang ke rumahnya.

Bab 2 done! Alhamdulillah

FIELD OF LOVE ✓Where stories live. Discover now