Part 1

151 10 2
                                    

Adrean's Angel
- His Beloved Enemy -

"Pa, Myra tak nak kahwin dengan dia!"

"Amyra, cuba kamu dengar cakap papa, ni semua demi kebaikkan kamu sendiri, kamu tahu tak!?"

"Ini bukan untuk kebaikkan Myra, ini untuk kebaikkan papa seorang!"

PANG!

Pipiku ditampar oleh Tuan Iskandar (papaku).
Aku hanya melihat sosok tubuh papa yang berusia setengah abad itu mendengus kearahku, mataku tidak dapat melihatnya dengan jelas kerana sudah dikaburi dengan air mata.

"Sampai hati papa tampar Myra."

"Jangan biadab dengan papa Myra!"

Aku hanya menghiraukan perkataan papa dan terus berlalu masuk kedalam bilikku.

Kedengaran papa memanggilku.

"Amyra Adriana! Papa belum habis cakap lagi dengan kamu!"

"Papa tak kira, walau macam mana sekali pun, kamu tetap kena kahwin dengan anak Tengku Ezmir."

"Apalah nak jadi dengan aku ni? kahwin pun kena paksa... Hmm."

Notifikasi telefonku berdering, cepat-cepat kugapai dan membaca semua notifikasi yang terpampang pada lockscreen, ada berita tentang perkahwinan diantara anak Tengku Ezmir dan Tuan Iskandar, ah sudah, aku belum confirm apa-apa lagi, kalau dapat anak Tengku Ezmir yang nombor dua tak apa juga, ni yang nombor satu, menyampah.

"Haih, kenapalah mamat kerek tu juga yang papa aku pilih."

Notifikasi telefon berdering sekali lagi, notifikasi dari bekas classmate aku masa sekolah menengah dulu.

"Weh Myra, kau kahwin dengan lelaki yang dulu kau selalu gaduh dengan dia tu?"

"Hmm... Bakal pegantin, aku yang tunang dulu, kau yang kahwin dulu, bukan main kau dulu gaduh dengan dia, tau-tau jodoh, betullah orang tua-tua dulu cakap jangan bergaduh nanti jadi jodoh."

"Weh! Kau kahwin dengan dia!? Aku dah agak dah, dari zaman sekolah aku dah agak, muka ada iras-iras sikit, nama dah nak sama, lepastu asyik gaduh aja, confirm jodoh, kan betul aku cakap dulu, jangan benci nanti jadi sayang."

"Eleh Myra, dulu bukan main kutuk orang tu, tau-tau jodoh kau."

Dan yang paling sakit hati dari Hazrina, kawan baik aku, perempuan ni dah lah dulu jodoh-jodohkan aku dengan mamat kerek tu.

"Haha tengok, betul Myra si Adrean tu jodoh kau, aku dah agak dah, confirm punya, cepat-cepatlah kawan aku ni beranak, aku nak merasa jadi auntie ni, ingat Myra bagi aku anak fruit banyak-banyak."

Telefonku berdering, Hazrina call, simbol ikon hijau ku tekan dan mendekapkan telefon ku ketelinga.

"Myra! Tak sangka kawan sehidup semati buah hati pengarang jantung aku ni dah nak kahwin!? Aduh... Kenapa si Adrean tu ambik kau dari aku, kau aku punya jelah, mana bole kongsi."

"Ceh!...sudahlah kau, malas aku nak layan, tak habis-habis cerita pasal mamat kerek tu, aku kahwin dengan dia pun sebab bapak aku nak syarikat dia ngan syarikat bapak mamat kerek tu berkerjasama."

"Seriously Myra!?, kau kahwin dengan dia sebab terpaksa?"

"Ya, kau ingat aku hadap sangat ke mamat kerek tu, muka dia pun aku geli nak tengok."

"Ouh, aku ingat kau orang bercinta, maklumlah dah lama aku tak mesej kau, tau-tau dah nak kahwin, mana tak terkejut aku ni?"

"Yang kau terkejut kenapa, aku tak suruh pun."

"Myra!"
Kedengaran suara papa memanggilku.

"Weh Rina, aku matikan dulu, papa aku dah panggil."

"Okay."

Mematikan call laluku mencampakkan telefon keatas katil, berlari keluar dari bilik.

"Ya, Pa."

"Kamu siap-siap, malam ni Tengku Ezmir ada buat makan-makan dekat rumah dia, sempena anak dia nak kahwin."

Ya Allah, dalam hati dah pasrah dah ni tapi tak rela, demi tidak menjadi anak derhaka aku ikutkan sahaja kata ayahku.

"Myra."

Puan Melissa (ibuku) bersuara dari dapur.

"Ya, Ma?"

"Tolong mama boleh?"

"Tolong apa?"

"Masak."

"Masak? Untuk apa?"

"lah tanya pula, untuk bawa pergi rumah Tengku Ezmir dan Puan Emelda la."

"Aik? Bukan dia orang dah sediakan ke?"

"Memang la tapi mama sebagai bakal besan, nak tolong la sikit-sikit apa yang boleh."

"Okay."

Adrean's Angel  - His Beloved Enemy -   Where stories live. Discover now