Part 7

95 5 2
                                    


Selepas selesai membantu apa yang patut, aku berlalu masuk kebilikku dan berbaring di atas katil, penat, nasib baik baju aku dah siap kemas petang tadi.

"Penatnya, sebab ni lah aku tak nak kahwin, eh jap, sekarang pukul berapa?"

Cepat-cepat kugapai telefon bimbitku untuk melihat jam, 9.30 malam, pintu bilikku dikuak dari luar, ni kalau masuk tak bagi salam, tak ketuk ni mesti Adrean.

Aku pusingkan badan untuk melihat gerangan manusia yang datang tanpa memberi salam itu.

"Nak apa?"

"Mana beg kau, dah kemas belum?"

"Nak masuk dalam boot kereta."

"Dah, tu."

Aku menunjukkan kearah beg galasku yang sudah siap dikemas itu.

"Ini je kau bawa?"

"Iyelah, nak tinggal sana beberapa hari je kan? Pastu balik sini balik sebab kenduri, nanti nak balik sana balik saya bawa la barang banyak-banyak."

"Aku ingat kau bawa luggage ke apa, beg galas je, beg lain tak ada ke?"

"Itu jela beg yang saya bawa, awak nak suruh saya bawa beg banyak-banyak biar kereta Mercedes awak tu mendak ke?"

"Ha yelah, malas nak layan kau, siap cepat, pukul 10 dah nak gerak."

Dia mengambil beg galasku dan keluar dari bilik, aku bangun dari katil untuk menyiapkan diri.

Selesai semuanya aku keluar dari bilik membawa sling beg dan pergi ke ruang tamu untuk menyalam kedua ibu bapaku sebelum memulakan perjalanan ke Johor.

Sedih juga nak tinggalkan mereka berdua, terakhir aku tinggalkan dia orang masa nak pergi sambung belajar aja itu pun aku nangis.

Selesai bersalaman Adrean meminta diri dan aku hanya mengikuti dirinya, jangan salah faham, dia dah salam ibu bapaku lagi awal dari aku salam, kami berlalu ke kereta, aku masuk kedalam kereta dan duduk ditempat duduk penumpang disebelah tempat pemandu.

"Awak, kalau kita pergi Johor naik kereta awak, kereta saya macam mana?"

"Kau naik je dengan aku, kereta kau nanti boleh pos"

Jam di Apple CarPlaynya kupandang 10.11 minit malam, kalau gerak pukul 10 sampai dalam pukul 3 atau 4 pagi, jadi aku boleh tidur.

Tak sampai setengah jam perjalanan, aku dah tertidur sebab penat.

"Myra, bangun."

"Hmm?"

Mata masih berat nak buka.

"Taknak bangun sudah, aku tinggal."

"Eh janganlah, ye ye saya bangun, ish!"

"Tau takut."

Aku hanya mengikuti dia, dalam keadaan sedang mamai, aku tarik hujung bajunya untuk dijadikan pemegang.

"Kau kenapa pegang baju, benda boleh pegang tangan kan."

"Ouh... Saya tak berapa selesa."

"Lantak kau lah, ni kau makan apa?"

"Tomyam."

Selepas selesai semua masalah di rnr, kami memulakan perjalanan kembali, macam biasa aku sambung tidur.

Setibanya dirumah Adrean pada pukul 3 pagi, aku capai tangan nak ambil beg tangan ku yang berada di tempat duduk belakang, tak ada satu beg pun. Eh mana pula beg aku ni janganlah hilang, beg baharu kut, aku baru je beli.

"Awak, nampak beg saya tak?"

"Tula kau, kerja tidur je, sampai aku bawak masuk semua beg dalam rumah pun kau tak perasan"

"Dah jum masuk."

Aku angguk, ikut dia berlalu kedalam rumah, setibanya didalam rumah dia terus menoleh kearah ku.

"Kau jangan pernah terfikir yang aku akan sentuh kau, never, sampai bila-bila pun aku takkan sentuh kau."

Lah, dia ingat aku kesah ke, lagi dia tak sentuh, lagi aku suka, aman sikit hidup.

"Bilik saya yang mana."

"Dekat tingkat atas, kau naik belok kiri ada dua bilik, tapi jangan masuk bilik yang pertama, masuk bilik kedua, sebab bilik pertama tu bilik aku."

"Ha yelah."

Aku angkat semua beg aku naik atas, masukkan dalam bilik, terkejut juga aku bilik ni, selesa sangat, ada pendingin hawa.

"Penatnya, nak tidur."

Aku membanting badanku keatas katil, tak lama selepas itu, aku mula terlelap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adrean's Angel  - His Beloved Enemy -   Where stories live. Discover now