Part 3

80 9 0
                                    

"Adrean..."

"Kenapa kamu cakap macam tu dekat Myra?, dari sekolah menengah nak bergaduh aja, pantang jumpa, ada aja benda yang nak digaduhkannya, sampai bila kamu nak macam ni, kamu berdua ni dah nak bernikah!"

"Hah!? Nikah!?"

Serentak kami bertiga bersuara.

"Awalnya pa."

"Uncle, tak awal sangat ke?"

Soalku.

"Myra, jangan panggil papa uncle, panggil papa aja."

Adrean mengherling kearah seakan-akan memberi maksud. "kau panggil papa aku papa, siap kau."

"Takpelah uncle, saya panggil uncle pun dah okay."

"Lah kenapa panggil uncle lagi, panggil la papa, papa kan dah nak jadi bapa mertua kamu."

"Papa, belum jadi lagikan tak payah lah panggil papa lagi."

Aku menoleh kearah suara itu, dengar suaranya sahaja aku dah menyampah, dah tentulah itu Adrean.

"Lah, kenapa pula? Tak salahkan panggil papa, papa?"

"Memang lah tak salah pa, tapi dia bukan anak papa nak panggil papa, papa."

"Dia kan bakal anak menantu papa."

Tersentak aku dengan perkataan itu.

"Ha dahlah, jom kita pergi makan."

Ayat Ammar sangat menyelamatkan aku.

"Jom!"

Kami semua berlalu kemeja makan, setibanya kami dimeja makan aku terus tarik kerusi di sebelah ibuku dan melabuhkan punggungku kesitu.

"Ha Adrean, duduklah sebelah Myra tu."

Perkataan papa Adrean selalu tak terduga, belum sempat Adrean nak pergi ke kerusi sebelah aku Ammar terdahulu mencapai dan menduduki kerusi itu.

"Hi Myra."

"Hi..."

Kami semua menghiraukannya dan mula menetapkan tarikh pernikahan kami berdua, aku mulai bosan, aku bangun dari kerusiku dan berjalan ke taman bunga yang ada ditepi rumah Tengku Ezmir, aku duduk dimeja batu dan ditemani dengan cahaya bulan dan lampu.

"Dah lama tak dapat feeling macam ni, best sangat."

Dengan bau-bau bunga yang ditiup angin, dan angin sepoi-sepoi menyentuh lembut kulitku, sedang aku menikmati suasana itu. Tanpa kusedari sebelahku sudah berpenghuni.

"Myra."

Suara itu buatkan aku terkejut dengan keberadaannya.

"Astagfirullahalazim, Ammar! Terkejut saya."

"Hihi, maaf la Myra buat awak terkejut."

Sedang aku menikmati keindahan taman bunga ini, datang lagi seorang hamba Allah, Adrean.

"Seronok dating? Dengan bakal bini orang pulak tu."

Soal Adrean.

"Dah kau bukan nak layan dia pun, aku layan la."

Ammar menjawab.

"Kau takda hak nak layan bakal bini oranglah."

"Alah, bakal, belum jadi, tenang-tenang sudah."

"Memanglah bakal, tapi bakal bini aku bukan kau."

"Cemburu ke?"

"Tak adalah sampai cemburu, tapi... Tetap bakal bini aku, kau tak boleh dekat-dekat dengan dia."

"Jealous ni, ha tak apalah, aku pergi dulu, ada orang tu jealous."

"Ee... Gelinya aku nak jealous."

Setelah Ammar meninggalkan kami berdua aku kembali menikmati alam dan mengabaikan Adrean.

"Ha, kau pulak, dah tau nak jadi bini orang tak pandai-pandai lagi nak jaga jarak dengan lelaki lain?"

"Lah, kenapa pula saya nak kena jaga jarak dengan bakal adik ipar saya sendiri?"

"Sebab kau tu dah nak jadi bini aku, kau kena dengar cakap aku."

"Kalau saya taknak?"

"Eh, kau boleh tak dengar cakap aku."

"Tak boleh."

Adrean kelihatan marah dengan jawapan ku itu.

"Kenapa nampak macam marah?, awak yang tanya boleh ke tak saya jawab la tak."

Adrean hanya diam dan berlalu pergi.

"Lah, sukahati dialah aku kesah apa."

Aku bangun dan berlalu ke ruang tamu.

"Amyra."

Puan Emeldha memanggil namaku.

"Ya, aunty."

"Jangan panggil aunty, panggil mama."

"Ya, ma."

Puan Emeldha hanya senyum.

"Myra, kamu tahu tak minggu depan kamu nikah?"

"Hah!?"

"Kenapa terkejut, bukan bagus ke nikah awal?"

"Memang la bagus ma, tapi tak terlalu awal ke?"

"Tak lah, barang-barang hantaran semua papa kamu dengan papa yang tempah."

"Awalnyaa..."

"Dahlah Myra hari lusa kamu berinai dekat rumah papa kamu."

Aku hanya diam dan mengangukkan kepalaku.

"Ha Myra, tadi papa dengan mama kamu tanya kamu pergi mana sebab diaorang dah nak balik."

"Tadi? Pukul berapa!?"

"9.30pm."

Mukaku sudah mulai gelabah takut kena tinggal cepat-cepat aku tengok jam ditanganku, 10.30pm.

"Diorang dah balik ke?"

"Dah lama diorang gerak Myra."

Ya Allah, sampai hati mama dengan papa tinggal aku dekat sini, lepasni dah boleh masuk bersamamu, anak terbuang. Aku keluar dari rumah Tuan Ezmir dan duduk di buaiyan rumahnya.

"Macam mana aku nak balik ni."

Telefon bimbitku berbunyi, mama.

"Myra, maaflah tinggal kamu, mama cari tadi nak ajak balik sekali kamu tak ada, papa kamu ada tetamu nak jumpa urgent kena balik cepat, tu mama tinggal je kamu sbb Puan Emeldha kata dia boleh suruh si Adrean hantar kamu balik."

"Sampai hati mama, Myra merajuk lah macam ni."

Sedang aku bercakap dengan mamaku didalam telefon. Aku dengar tapak kaki seseorang datang kepadaku, cepat-cepat kutoleh, Adrean.

Adrean's Angel  - His Beloved Enemy -   Where stories live. Discover now