Part 1✓

26 2 0
                                    

"Assalamualaikum." Tangannya di angkat menekan loceng rumah. Namun masih tiada sahutan. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan sebelum peluh di dahi disapu.

Hampir 10 minit berlalu, di mana dia menunggu Tuan rumah membuka pintu namun hampa masih tiada sahutan.

Dia mengeluh perlahan sebelum kaki menapak perlahan ke kereta miliknya.

"Waaalaikumussalam, Hani mai masuk kaih panas ni." Dengan kelam kabut wanita yang sedikit berusia itu menapak ke pintu pagar utama.

"Cik Yah buat apa kat dalam tu lama tau saya tunggu kat luar ni"ujar gadis muda yang bernama Hani,sebelum kaki melangkah semula ke arah pintu pagar utama rumah tersebut.

Dengan bibir yang sedikit mencebik,tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan wanita yang berada di hapadannya kini

Sumpah tak tipu,Dia sendiri tidak selesa dengan dirinya kini,dengan peluh yang sudah hampir lencun pada baju yang dipakainya.Sudahnya,baju yang dikenakan sedikit tebal ditambah pula berjemur di tengah panas,habis busuk masyam tubuhnya nanti
                    

Tapi demi melihat keadaan sahabatnya itu sanggup dia menunggu,Apatah lagi sahabatnya kini dalam keadaan yang tidak baik.Dia sebagai sahabat perlulah sentiasa ada untuk memberi semangat supaya sahabatnya itu terus tabah dalam menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah SWT.

"Maap laa Hani Cik Yah dok kat dapoq mana la nak degaq yang hang dok luaq ni"huluran gadis itu disambut sebelum kepala yang berlapit tudung itu diusap

"Aurora ada kat dalam ka Cik Yah?"soalnya sebelum mata mengerling ke parking rumah itu.Jelas kelihatan dua buah kereta mewah milik sahabatnya itu,elok sahaja terparking

"Ada kat ataih tu,jomla masuk panaih kat luaq ni"tangan kecil gadis itu digenggam sebelum ditarik lembut untuk mengikuti langkahnya ke dalam rumah
 
Setelah kelibat Cik Yah yang sudah hilang ke dapur,Hani dengan perlahan menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas rumah itu

Setibanya di tingkat atas pintu bilik berwarna putih dituju

"Aurora!! Aku ni Hani"Tangannya naik mengetuk pintu bilik tersebut 

Namun sepi tiada sahutan

Makin berkerut kening lebat itu apabila telinga yang dirapatkan di pintu bilik menangkap satu bunyi yang kuat dari dalam bilik

Lebih tepat bunyi kaca pecah dan yang pasti telah bertaburan di lantai

Lantas tangannya menggapai tombol pintu sebelum pintu itu dibuka dengan luas

" MOHD ADELINE AURORA"terbuntang mata gadis itu melihat sosok tubuh sahabatnya yang elok melutut di lantai dengan dahi yang berkerut menahan sakit

"Waaalaikumussalam,Kau kalau tak panggil nama aku yang pelik-pelik memang tak boleh hidup kan"Matanya merenung tajam sahabatnya itu sebelum matanya kembali melihat jari telunjuknya yang terluka akibat mengutip serpihan kaca yang bertaburan di lantai

Hani tersengih sebelum melangkah masuk

"Kau buat apa ni mengamuk?"Sempat matanya memerhati sekeliling bilik tidur milik gadis itu

Dia punya bersepah tikus masuk pun pitam

Sudahnya bilik itu gelap hanya diterangi dengan cahaya tingkap, itu pun separuh.Namun,masih dapat melihat dengan jelas keadaan bilik itu dengan langsir senget,baju bertaburan di lantai baju besar, kecik,seluar semuanya di lantai dan yang pasti baju yang telah terpakai

Bau bilik usah dikata masyam

"Haah mengamuk tunggu kau gantikan laptop aku yang dah rosak masuk air tu sampai sekarang tak ada ganti"Mata Hazel gadis itu menikam tajam mata milik Hani bibirnya terukir senyuman sinis

MY DEAR MR'S [OG]Where stories live. Discover now