Mata yang kian memberat menyedarkan dia kembali.Kepala yang berdenyut di urut perlahan.Kepalanya disandarkan perlahan di kerusi sebelum matanya menatap sayu sebuah bingkai gambar yang terletak di atas meja.Gambar dirinya dengan Attaqi,adik kembarnya.Sudah hampir enam bulan adiknya itu pergi,pergi yang tidak kembali.Dia yakin dia telah redha dengan ketentuan ilahi.Namun,agak sukar untuk dirinya membiasakan diri pada awalnya tapi setelah sekian lama dia akhirnya terbiasa.
Kepergian adik kembarnya itu cukup mengejutkan.Tapi dia sedikit lega kerana sempat berjumpa dan berbual panjang dengan adik kembarnya itu sebelum adiknya itu pergi untuk selamanya.Tipulah kalau dia tidak sedih, tambahan pula bila teringat adiknya itu ingin melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya. Malah hanya berbaki beberapa hari sahaja majlis akan dilangsungkan tetapi apakan daya takdir berkata lain.
Adeline Aurora.
Nama gadis itu bermain difikirannya sekarang.Setelah kepergian kembarnya itu dia tidak lagi melihat kelibat gadis itu dimana-mana.Bagaimana keadaan gadis itu sekarang dia tidak pasti.Dia yakin gadis itu turut terkesan dengan apa yang telah terjadi.Hendak mencari gadis itu juga dia tidak tahu dimana.
Dia mengeluh perlahan.Sebelum file disebelahnya ditarik perlahan.Sedang ralit dirinya membaca file dihadapannya kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar.
"Hai sayangku"Haraz melangkah masuk bersama Zyne dengan muka tak bersalah terus sahaja dia melabuhkan diri di depan Darel
Darel yang mendengar itu hanya beriak kosong.Matanya masih fokus membaca file dihadapannya.
"Kau sibuk sangat ke?"Soal Zyne dia juga turut berdiri dihadapan meja kerja milik Darel
"Tak"Jawab Darel sepatah
"Aku ada jumpa Aurora haritu"
Dengar sahaja nama gadis itu disebut kepala Darel di angkat.Memberikan sepenuh perhatianya kepada Zyne.Baru sahaja tadi nama itu menerjah fikirannya.Sekarang nama itu telah disebut oleh rakan sekerjanya yang turut mengenali gadis itu.
Darel hanya diam sebelum laci mejanya dibuka.Sebuah kotak biru gelap sederhana besar dikeluarkan dari laci itu.Kotak itu ditolak perlahan ke arah Haraz yang duduk berhadapan dengannya.
"Tolong bagi ni dekat dia"Kata Darel sebelum kembali fokus pada kerjanya
Haraz yang dihadapan berkerut melihat kotak biru gelap itu.Betul- betul berada dihadapannya.
"Kotak apa ni?"Soal Haraz sempat dirinya bergerak jauh dari kotak dihadapannya itu.Jarinya menjentik perlahan kotak itu.Sebelah tangannya naik mentutup sebelah telinga
Bom ke? getus Haraz
"Cakap dekat dia jangan bukak kotak tu selagi dia tak jumpa pengganti Attaqi"Kata Darel tenang
Kedua-dua lelaki itu terdiam sebelum mereka menatap sesama sendiri.
•••••
Unknown
"Don't forget it"Nafas dihembus kasar setelah melihat pesanan yang baru diterimanya.Segala kata-kata yang telah dilontar oleh lelaki itu beberapa jam yang lalu masih berlegar-legar di ingatannya tika ini.
Kereta yang dipandunya perlahan-lahan berhenti di tepi jalan raya yang sunyi dan hanya diterangi dengan lampu jalan.
Dengan langkah yang lemah Aurora menapak keluar dari kereta.Badannya disandarkan pada kereta miliknya sebelum tangannya naik memeluk tubuh.Seketika matanya terpejam setelah angin malam yang lembut menampar wajahnya perlahan.
Tenang yang diarasakan saat itu.
Seketika dia berfikir,alangkah bagusnya jika setiap masalah yang dilaluinya kini dapat diselesaikan dengan cara yang mudah sepertimana angin yang berlalu pergi.
Namun semuanya tidak semudah yang difikirkan.Jika masalah kecil pun tidak dapat diselesaikan dengan cara yang mudah apatah lagi masalah yang besar.
Ya,Masalah Besar
Atau lebih kepada satu rahsia yang sudah disimpan kemas dari dulu.Perkara yang tidak rela untuk dilakukan dan yang pasti perkara yang buruk,yang akan menjejaskan masa depan dan juga pekerjaannya.Mungkin juga melibatkan orang-orang yang tersayang.Namun dia tiada pilihan lain selain meneruskannya atau kehancuran hidupnya akan berlaku sedikit demi sedikit.
Tipulah kalau dirinya tidak berasa gentar untuk melakukannya sendiri.Tambahan pula, kerja yang perlu dilakukan melibatkan nyawanya sendiri.Jika dulu kerja ini sering dilakukan bersama namun setelah pemergiaan tunangnya mahu atau tidak dia perlu melakukannya semua sendiri.
Lama Aurora dalam keadaan begitu sebelum telinganya menangkap deringan telefon bimbit yang dipegangnya.Air liur ditelan sebelum panggilan itu diangkat
Telefon bimbit diletakkan di ditelinganya.Namun tiada satu suara yang dapat didengarinya.Panggil itu senyap tidak bersuara .Aurora menghembus nafas perlahan setelah memahami apa yang dimahukan oleh pemilik panggilan itu.
Aurora
"I will do it"
Unknown
"good"•••••••
Dari jauh telinganya menangkap bunyi tapak kaki yang mula melangkah mendekati dirinya dari belakang
"Raptor,aku dah dapat maklumat pasal Darkest"tangannya yang memegang sebuah file hitam bersama sampul putih diletakkan di atas meja bulat dihadapannya
"And pasal perempuan tu aku dapat tahu yang diorang ada hubungi dia dan aku yakin diorang masih perlukan perempuan tu untuk buat kerja lama dia semula" kata lelaki itu penuh yakin,matanya kini menatap tepat ke arah lelaki yang digelar
Raptor.
Setiap bait perkataan yang dilontar oleh anak buahnya itu dihadam dengan perlahan sebelum matanya tajam menikam mata anak buahnya kembali.Jelas kelihatan wajahnya berubah dingin sebelum giginya dikacip dengan kuat menahan amarah yang semakin menebal dalam dirinya saat itu.
"Perhatikan perempuan tu,Aku nak kau dapatkan maklumat hubungan perempuan tu dengan Darkest" Tegas lelaki itu memberi arahan kepada orang bawahannya
Lelaki tersebut hanya menggangguk sebelum dia berpaling untuk ke pintu utama bilik tersebut
"Demon"...
Langkahnya terhenti setelah mendengar namanya di seru,lantas Kepalanya ditoleh kembali kepada lelaki itu
"Terima kasih" dengan riak wajah yang kosong lelaki itu bersuara
"Ingat dah tak pandai cakap terima kasih"balas lelaki yang bernama Demon sebelum bibirnya tersenyum sinis.
Tbc...
YOU ARE READING
MY DEAR MR'S [OG]
Romance𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒂𝒑𝒕𝒐𝒓 __________________ Darah yang mengalir deras di lengan kirinya hanya direnung kosong "𝑰𝒕𝒔 𝒉𝒖𝒓𝒕 𝒎𝒆 𝒎𝒐𝒓𝒆 𝒕𝒐 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒔𝒊𝒄𝒌" Adeline Aurora&Aiden Zale ⚠️Mature Reader ⚠️Slow update ⚠️Try my best to complete th...