Setelah beberapa bulan,akhirnya Dato'Fariz membawa Ayraa berjumpa dengan Zayn untuk beramah mesra
"Kenapa baba bawa Ayraa pergi jumpa dia ni?" Dato Fariz hanya ketawa kecil
"Kan kamu dah janji dua bulan lepas,yang kamu teringin nak jumpa dia,lupa ehhhh?" Ayraa teringat semula akan perjanjian dua bulan lepas
Flashback
"Baba..." Ayraa mula memaut erat lengan bapanya itu"Hmm..kenapa sayang?" Lelaki berusia itu menoleh kebelakang
"Nanti kalau time time free,boleh tak kalau baba bawa Ayraa pergi jumpa Zayn?" Dato Fariz hanya tersenyum sambil mengusap pipi anaknya yang lembut itu
"In Shaa Allah, Baba akan cuba untuk bawa anak kesayangan baba ni jumpa dia,tapi kenapa nak sangat jumpa dia?"
"Bukan apa,cuma rasa macam ingin tahu itu kuat sangat dalam hati Ayraa sekarang ni,tak tahu kenapa dalam fikiran asyik Zayn Zayn Zayn ishhh" Dato Fariz ketawa besar mendengar ayat anaknya itu
"Ya Allah,kamu ni teruk sangat rasa ingin tahu tu..haih takpe takpe tengok nanti macam mana" Ayraa tersenyum dan mencium tangan lelaki berusia itu
"Tenkiuuuu baba"
"Welcome my cutie son"______________________________
_______________"Ouhhhh haa ingat ingat!" Dato Fariz tersenyum melihat anaknya berasa gembira
Lalu seketika, terdengar suara gurau yang menyapa mereka berdua
"Dato Fariz? Ada apa nak jumpa saya? Maaflah saya lambat sikit harini" Dato Fariz lalu menyapanya dan memberi laluan kepada jejaka itu untuk duduk bersebelahan nya
"Kau siapa?" Satu ayat yang dikeluarkan dari mulut jejaka itu dan matanya mula merenung secara dingin
"Uhm..s..saya Ayraa Adeela,saya anak kepada Dato Fariz ni ha.." tergagap Ayraa mahu perkenalkan dirinya apabila melihat perubahan yang begitu drastik dari jejaka itu
"Dato bawa anak Dato' datang sini kenapa?" Dato'Fariz ketawa kecil melihat Zayn yang sedikit keliru
"Sebab saja nak bawa anak saya sendiri,lagipun tak salah kan" jelasnya sambil menepuk bahu jejaka itu
Jejaka itu merenung nya dengan renungan yang dingin namun dalam hatinya mula berdebar-debar merasa aura cinta dari gadis itu
'cantik juga anak ketua aku ni,aku rembat dia,bagus juga ishhh asal aku rasa lain eh bila dengan perempuan ni?' hati jejaka itu mula bermonolog tatkala melihat senyuman terukir di bibir gadis itu terhadapnya
"Eh kejap,saya nak pergi tandas dulu,kauorang berdua beborak lah ye" Dato Fariz segera meninggalkan mereka berdua dan melangkah ke tandas yang terdapat di dalam restoran itu
'ishhh baba ni saja nak buat Ayraa tercengang dekat sini... baba saje nak tinggalkan aku dengan dia dekat sini ish' hati Ayraa berdebar tatkala melihat kedinginan muka jejaka itu dan ketampanan jejaka itu
Mata kelabunya memandang anak mata berwarna coklat milik gadis itu,dia dapat merasakan aura cinta dari gadis itu,hatinya mula kelam kabut
"Hm,nama kau apa tadi? Ayraa eh?" Dia cuba untuk memecahkan suasana janggal di antara mereka berdua
"Ha,ye nama I Ayraa,You pula?" Terkedu sebentar Zayn ni dibuatnya apabila buat pertama kali gadis yang baru dia kenali itu memanggilnya sebegitu
'eh,eh Ayraa kenapa kau panggil dia You I pula niiii alamakkkkk bodohlah kau ni Ayraa' hati gadis itu bergelora tatkala tersilap sebut nama panggilan terhadap jejaka itu
Dia hanya tersengih melihat gadis itu sedikit malu kerana dia tahu gadis itu tersalah memanggilnya dengan panggilan You,I
"Takpelah panggil aku macam itu je... Little Fairy" Ayraa memandang wajah jejaka itu semula apabila terkejut mendengar dia menyebut nama panggilan yang begitu romantik untuk dirinya
"O..ok tapi kenapa You nak panggil I,Little Fairy macam itu?" Tergagap sedikit gadis itu dibuatnya,namun reaksinya hanya tersengih dan senyuman seksinya itu
"Takde apa apa salah ke nak panggil kau Little Fairy?" Zayn mula bangun sedikit dari kerusinya mendekati mukanya di hadapan muka gadis itu di hadapan meja makan tersebut
"Kau...kau tunggu..kau akan jadi milik aku" Zayn hanya tersengih dan kembali duduk dan dia memberikan senyuman yang begitu seksi terhadapnya
Ayraa mula terkedu,tidak tahu mahu berkata apa apa lagi dan..namun di dalam hatinya sedang mengadakan pesta bunga api,begitu gembiranya hati dia mendengar ayat itu
Setelah beberapa minit,akhirnya Dato'Fariz melangkah keluar dari tandas dan muncul semula di meja makan mereka berdua itu
Dia ketawa kecil dalam diam apabila melihat Zayn tersenyum sinis terhadap anak perempuannya manakala Ayraa entah apa apa yang dilamunnya itu
"Zayn,Ayraa kamu berdua ni okay tak? Tergelak saya dibuatnya" Dato Fariz tersengih sambil menghirup secawan kopi yang berada di hadapannya
"Uhm..takde apa apa baba,saya cuma terfikir sesuatu" Ayraa cuba menipu bapanya sedangkan hati nya berbunga-bunga mendengar ayat jejaka dingin itu sebentar tadi
"Terfikir sesuatu?" Lelaki berusia itu mengjongketkan keningnya
"Haah,terfikir nak makan apa" spontan Ayras memberikan jawapan, Dato'Fariz yang tergelak kecil,dia tahu anaknya yang sedang ibarat dirasuk oleh jejaka dingin yang berada di sebelahnya
"Tapi..baba tengok kamu mengelamun tengok muka dia jeee ni haa" Zayn hanya tersengih sedikit mendengar ayat Dato'Fariz itu memang benar gadis itu mengelamun melihat mukanya sendiri itu
"Saya rasa begitulah Dato" Zayn tersenyum kecil melihat mereka berdua
Dato'Fariz hanya ketawa besar sambil menepuk bahu jejaka itu manakala Ayraa mula melihat ke arah lain sambil mukanya sudah merah bagaikan strawberi
'you such a cutie mochi,Little Fairy tsk'
Gumam hatinya apabila melihat pipi yang gebu milik gadis itu
YOU ARE READING
Zayn Zayder: The Obsessive Lawyer
RomanceSiapa je tak kenal Zayn Zayder ni,dia merupakan peguam yang begitu dingin tatkala mahu menjalankan tugas dengan amanah namun dia terjumpa anak Dato' Fariz, ketua firma guaman nya sendiri, iaitu Ayraa Adeela binti Fariz merupakan seorang gadis yang...