01

92 11 45
                                    

"Sorry, aku tak boleh nak accept kau buat masa sekarang ni."

"Tapi kenapa?"

"Erm... sekarang kan dah nak exam. Lepas habis form 3 ni mungkin aku akan pindah sekolah lain. Jadi, yeah aku takut kalau jadi apa-apa nanti antara kita akan sakit."

Dia mencebik. Habis terjuih batang pen yang dikepit antara bibir atasnya dengan hidung. Dia merenung kosong keluar tingkap yang hanya ada pandangan padang bola sepak yang ada beberapa orang pelajar lelaki sedang bermain bersama. Disebabkan pennya tak boleh bertahan dikepit, akhirnya pen tersebut terjatuh di atas meja, membuatkan dia menoleh semula ke depan. Dia mengeluh lagi.

Apalah cikgu Papazola membebel lagi kat depan ni. Nak kata mengajar, ajarlah juga tapi banyak buat lawak bodo dia je dari tadi. Dengan terjerit-jeritnya. Habis basah lantai sebab air liur dia je.

"Apa kamu ingat kebenaran tak tahu kamu tengah mengutuk kebenaran hah, Marlia?!"

Tersentak dia dibuatnya. Saat ini, semua pelajar di dalam kelas itu tertumpu kepadanya. Terkebil-kebil dia memandang cikgu Papazola yang sedang berdiri sambil mencekak pinggang di tengah ruang kelas itu. Dia tersengih kekok.

'Lah, tahu pula orang tua ni aku tengah kutuk dia?' ujar Marlia di dalam hati yang masih tersengih dan bermain-main dengan pennya. Cikgu Papazola tiba-tiba saja menoleh ke hadapan dan membebel sekali lagi. Disambung juga dengan backstory nya masa kecil-kecil dahulu. Saja nak buat drama sentimental dia. Marlia menarik nafas lega. Kawannya disebelah, Juju mencuit Marlia sedikit.

"Sejak bila cikgu Papa ada kuasa telepati, cuk?" soalnya mendapat jelingan menyampah dari Marlia. "Manalah aku tahu. Firasat cikgu kot," balasnya perlahan. Takut terkantoi sekali lagi. Perbualan mereka berdua berhenti di situ saja memandangkan cikgu Papazola sudah kembali ke mod seriusnya dan sedang memberikan latihan matematik kepada mereka semua sebelum bel loceng waktu rehat berbunyi.

Bunyi saja bel loceng, kesemua pelajar melepaskan nafas lega dan bersorak gembira. Ada yang menggeliat sampai terjerit pun ada. Cikgu Papa awal-awal sudah beredar. Ceh, kalah budak yang tengah belajar pula. Marlia mengemas mejanya kemudian berdiri. Juju yang sedang sibuk mencari sesuatu diperhatikan. Beberapa orang kawannya yang lain dari kelas sebelah selamba saja masuk dan berkumpul di keliling meja Juju seperti Marlia.

"Kau cari apalagi ni? Orang laparlah!" kata Suha sambil menggosok-gosok perutnya. Dini dan Raiha mengangguk setuju. Sesekali mereka berdua akan mengusik Juju yang terkenal dengan perangai clumsy-nya. Ada aje benda tertinggallah, terjatuhlah apalah. Belum cerita dia terlanggar semua benda kat sekolah ni. Juju... Juju.

Setelah Juju jumpa beg dompetnya, mereka berlima akhirnya keluar dari kelas dan menuju ke kantin. Macam-macam perkara yang dibualkan mereka. Tu belum sampai kantin lagi. Dah sampai kantin duduk makan lain pula ceritanya yang diborakkan nanti. Perempuan kan?

Marlia yang sedang leka perhati sekeliling tiba-tiba berhenti. Matanya tertumpu pada satu sudut. Di saat itu, hatinya yang tenang tanpa ada rasa apa-apa tiba-tiba didatangi rasa sakit yang dia sendiri tak boleh ungkap. Separuh sakit, separuh rasa marah, suku lagi rasa sedih. Bercampur baur. Macam kuah rojak.

Sedapnya rojak- eh melalut pula.

Tanpa sebarang ekspresi, dia hanya menjadi pemerhati yang tak bertauliah melihat pasangan hangat di sekolah itu sedang bual berdua mereka saja di tepi loker. Sesekali mereka berdua ketawa dan menunduk malu. Tanpa sedar, lidah Marlia menolak bahagian dalam pipinya. Satu keluhan kasar dilepaskan.

"Mungkin aku akan pindah sekolah..."

Pindah sekolah kepala hotak dia. Meh sini aku pindahkan kau ke planet marikh terus. Biar kau jadi penduduk imigrasi tetap kat planet tu. Kalau boleh dilukis, mungkin Marlia sekarang dalam keadaan separuh manusia dan raksasa yang sedang mendengus marah. Setakat ni, statement dari lelaki tu paling sampah, lagi teruk dari sampah yang ada dekat belakang sekolah mereka ni. Rasa macam nak diludah-ludahkan muka lelaki yang sedang tersenyum di depan perempuan itu.

"Weyh, Marlia! Kau tercegat apalagi tu?" tegur Juju dari jauh. Mereka dah jauh ke depan tinggal nak masuk ke kawasan kantin saja. Marlia boleh lagi berdiri tegak perhati apa pun dia orang tak pasti. Marlia menoleh dan memandang sekilas ke tepi. Pasangan hangat bercinta itu masih ada. Dia menjeling menyampah dan kembali mengorak langkah. Namun, entah apa malang nasib si Marlia ni, baru saja nak melangkah, badannya sudah dirempuh seseorang dari belakang sehingga dia jatuh tersembam ke lantai.

"Aduh... muka aku!" aduh Marlia yang terbaring terlentang di tengah-tengah laluan itu sambil menggosok-gosok mukanya. Kawannya yang lain terus mara ke arah mereka. Sama juga kawan kepada orang yang merempuh Marlia ni.

"Aduh, Fan. Anak dara orang kau langgar ni. Habislah kau..."

"Ish ish ish... tak patut.... tak patut."

"Weyh, Mar. Kau okay tak? Muka kau macam mana? Masih lawa lagi ke dah hodoh?"

Pap! "Aduh apasal kau tampar aku, Dini?!"

"Mulut kau jaga sikit. Nak pakai lama tu," tegur Dini pada Juju. Selain clumsy, mulut dia ni pun jenis main lepas juga. Marlia yang masih terasa sakit di bahagian dahi, hidung dan bibirnya merengus sakit sambil memandang ke arah seorang budak lelaki yang memakai topi berwarna biru campur putih dan ada sedikit corak kuning.

"Engkau dah tak ada tempat lain ke nak main skateboard kau ni? Tengah-tengah orang ramai nak lalu juga kau nak main, kan?" marah Marlia pada pelajar lelaki itu. Dia yang sedang menggosok-gosok punggungnya menjeling Marlia.

"Ala, hari-hari aku main kat sini sebelum ni elok aje. Tak ada siapa pula nak marah. Rileks dahlah. Benda boleh bincang elok-elok. Betul tak Blaze? Duri?" Dia memandang kawan-kawannya. Mereka berdua mengangguk. Marlia berdecit geram. Dia bangun berdiri. Sama juga dengan lelaki itu.

"Nak bincang elok-elok? Eh, kau langgar aku tau tak?"

"Lah, terlanggar je kan? Sorry lah." Dia menoleh ke arah lain. Sambil lewa saja meminta maaf membuatkan darah Marlia semakin mendidih galak. Kawan-kawannya yang lain memandang sesama sendiri. Tak ada pula nak mencelah pergaduhan kecil yang sedang berlaku antara Marlia dan budak lelaki tersebut.

"Fan... merah dah muka awek ni. Baik kau minta maaf elok-elok. Sebelum, boooooom!" bisik Duri padanya. Dia menjongket kening dan memandang semula ke arah Marlia yang sedang mengetap-ngetap giginya. Dia tergelak kecil dan mengeluh perlahan.

"Yelah... yelah, sorry sebab terlanggar kau. Aku tak perasan. Maafkan saya ya err... Mar... lia? Apa pelik benar nama... Ah, sorry eh? Sorry tau. Ke kau nak aku belanja kau aiskrim? Hah, jom! Aku belanja kau. Jom, jom?" ajaknya. Lama Marlia mendiamkan diri sebelum melepaskan keluhan panjang. Dia menggeleng. Menolak pelawaan lelaki itu.

"Tak apa, terima kasih jelah. Lepas ni nak main ikut masa yang sesuai. Fikir sikit kau kat mana sekarang?" Marlia menjelingnya dan terus mengajak yang lain untuk ke kantin. Ada baki 20 minit lagi untuk mereka rehat. Haih, kalau tak terjadi drama terjatuh apa semua ni mungkin dah seronok mereka melepak sekarang.

"Weyh, tu budak kelas mana eh? Asal aku tak pernah nampak ya tiga orang tu?" soal Raiha tiba-tiba. "Tak silap aku tu budak kelas 5 Orbit. Geng trio trouble maker orang panggil. Dia orang nilah selalu cikgu-cikgu cakap tu," balas Suha kemudian menyeluk poketnya mencari wang sakunya.

"Geng yang paling nakal tu? Gilalah. Kau kenal ke dia orang, Suha?"

"Nak kenal sangat tu taklah. Aku tahu nama dia orang je. Yang pakai vest merah-merah jingga tu nama dia Blaze. Yang warna hijau tu pula, Duri. Last sekali yang pergi rempuh si Marlia tadi nama dia Taufan. Ha itu jelah aku tau," jelasnya. Mereka bertiga kecuali Marlia mengangguk. Dia orang tahu tentang geng TTM ni tapi tak pula cam siapa orangnya dan namanya. Yelah, nama pun pelajar nakal. Bukti dah ada depan mata tadi. Selamba je main skateboard dekat sekolah.

"Tapi... handsome juga eh dia orang hehe," komen Juju membuatkan mereka semua memandangnya tak percaya. "Seriously, Juju? Kau bergurau ke?" soal Dini. Juju memandang mereka. "Apa? Betullah kan? Ada rupa apa dia orang? Takkan kau orang tak nampak?"

"Ada rupa pun tak guna kalau perangai hauk," sampuk Marlia yang masih angin dengan situasi tadi. Mereka berempat terdiam memandang sesama mereka dan menatap ke arah Marlia semula. Terlihat gadis itu sedang mengenggam kuat tangannya.

Trust me? ° bbb taufan Where stories live. Discover now