Senget-senget kepala Marlia ketika sedang asyik menulis jawapan yang dikongsikan oleh salah seorang rakan kelasnya di dalam group whatsapp kelas mereka (tanpa cikgu HAHAHA). Tak sia-sia dia membuat sedikit lambat kerja rumahnya tu.
Yelah, buat awal-awal pun kalau dia tak boleh fikir jawapan, alamatnya tutup juga buku tu.
Ala, bukan selalu nak meniru HEHE.
Siap saja kerjanya, dia menutup buku latihan itu dan terus menyusun di atas meja belajarnya. Handphone nya digapai semula. Dia keluar daripada group chat itu dan membuka group chat bersama kawan-kawannya. Tengah leka dia membaca perbualan bodoh si Juju dan Suha serta sesekali Dini akan menyelit, tiba-tiba ada satu notifikasi nombor yang tak dikenali memesejnya.
Tak sempat dia mahu buka chat tersebut, nombor itu sudah membuat panggilan video. Lambat-lambat dia mengangkat lalu menghadapkan kamera telefonnya ke atas. Biar orang tu tengok siling bilik dia.
"Hallo? Ni siapa?"
Ini bangang jenis apa ni-
Marlia hanya diam tak membalas. Perlu ke dia end call?
"Hallo- aduh sakit sial!"
"Kau call siapa sia? Weyh bodoh asal kau gi call dia?! Malulah aku!"
Hah? Malu? Kening Marlia terjungkit hairan apabila ada dua suara berlainan di panggilan itu. Kemudian panggilan itu beransur senyap. Dia menjeling ke arah handphone nya semula. Panggilan itu sudah dimatikan kemudian diselangkan beberapa notifikasi dari nombor tadi.
Unknown :
Mar
Sorry do.
Blaze main phone aku tdi
Ni taufan btw"Lah mamat ni ke?" ujarnya sendirian. "Ni mesti ambil dekat group nombor aku ni," sambungnya lagi. Jari jemarinya laju membalas mesej lelaki itu.
Marlia :
okayUnknown :
okay je?
Kau kenal tak akuMarlia :
ye
kau bagitau nama kau kan tadiUnknown :
Orite2
Aku save no. kau
Kau save la balik no. akuMarlia menjarakkan sedikit handphone nya. Bibirnya naik tersenyum sedikit. Kenapa... dia rasa ayat Taufan ni kelakar tapi dalam masa yang sama macam terdesak?
Tak kau bayangkan ek, bukan bayangkanlah kau cuba ingat balik zaman-zaman Wechat tengah up dulu-dulu. Lepas tu mostly kau jumpa orang typical typing dia lebih kurang macam Taufan ni. Kau tak rasa kelakar ke beb? HHAHAHAHA
ok sorry.
Marlia :
kenapa pulak aku nak kena save no.kau?Unknown :
Yelah
Kang nanti Blaze main phone aku lgi
Main call kau je takdelah kau payung siling bilik kau lagi
Siling bilik pun berhabuk nk payung2 lak kat oang HAHAHAHA"Wah sedap kau kutuk bilik aku ya? Nak kena block kot mamat ni," kata Marlia. Sesekali dia mendongak melihat siling biliknya. Tak adalah bersawang mana. Borak lebih mamat ni. Dahlah typo.
Marlia :
kau pun typo orang jadi oang
sibuk lak nak kutuk siling bilik aku
bye gonna block uUnknown :
Weyh lek ahYou blocked this number. Tap to unblock.
Marlia meletakkan handphone nya di atas meja lalu bangun dan meregangkan segala sendi ototnya kemudian memasukkan kerusi belajar ke dalam meja. Baru sedar dia belum makan lagi. Sebelum keluar sempat dia menjeling ke arah handphone nya. Sekejap lagilah dia unblock mamat tu.
Lain pula situasi di suatu tempat, di mana tepi jalan bersebelahan dengan warung tomyam seafood, kelihatan sekumpulan remaja lelaki sedang berkumpul berbual sesama mereka. Ada yang sedang battle mobile legend sambil duduk di atas seat motosikal masing-masing. Ada yang sedang bermain tiktok dan ada yang tengah frust dekat hujung dunia.
"Asal kau? Macam nak berak je muka," tegur Blaze yang datang mendekati Taufan yang dah berhenti bertinggung sedikit jauh dari mereka semua. Memang setiap malam mereka akan melepak di tepi warung makan ni. Nak kata buat bising tu. adalah sesekali itupun sebab bunyi ekzos masing-masing tak nak kalah. Lagi-lagi Thorn. Kau tengok je muka baik en budak tu. Hakikatnya, kaki modified juga dia ni. Kalau nak tahu dia dah sampai ke belum, dari jauh dengar bunyi ekzos motor paling kuat tu, ha dialah tu. Motor pula full set hitam hijau.
Sticker drag kingz wajib kat seat.
"Kau ah ni main phone aku tadi. Tengok, dia dah block aku," dia menyalahi Blaze. "Aik, aku call je bukan cakap apa-apa pun dengan dia," balasnya dengan sengihan di bibir. Makin galak dia tersengih melihat wajah tak senang Taufan.
"Ala macam esok takleh jumpa. Duduk sebelah-sebelah je pun. Takut benar awek tu lari," bebelnya sambil memerhatikan Taufan yang sedang gigih mendail Marlia. "Takutlah. Dia bukannya suka aku sangat," balas Taufan dan mendail lagi. Kening Blaze terjungkit sedikit.
"Dia marah kau lagi ke?"
"Tak tapi takut ah dia bertambah annoying dengan aku. Dahlah kat kelas aku suka kacau dia. Tapi tulah kalau tak kacau dia rasa macam tak lengkap hidup aku ni. Ibarat kau makan nasi kerabu tapi kau tak add on solok lada dengan budu, ha begitulah hidup aku kalau tak kacau dia."
"HAHAHAH siel la kau punya perumpamaan ni."
Taufan tergelak kemudian kembali melihat skrin telefonnya. Nampaknya Marlia langsung tak ada beri tanda-tanda untuk unblock nya di whatsapp. Silap betul pergi bahan bilik member tu. Kan dah kena block. Tak apa, esok kat sekolah memang dia takkan lepaskan gadis tu.
——
after 2 months neglect ff ni. here your chapter 6 and selamat hari raya semua. kosongkosong ya.
YOU ARE READING
Trust me? ° bbb taufan
FanfictionPertemuan yang tak menyenangkan antara Taufan dan Marlia membuatkan mereka berdua setiap kali berjumpa akan ada saja perkara untuk berbalah. Sehingga adanya rombakkan kelas, hidup Marlia makin tak tenang apabila dikacau oleh si 'kepala angin' itu. L...