05

43 9 16
                                    

Berkerut-kerut mukanya sebelum kelopak mata pula gigih dibuka. Dia memejam matanya beberapa saat sebelum dibuka kembali. Siling warna putih menjadi pemandangan segenap kornea mata.

"Mar? Kau dah sedar?" suara perlahan yang datang dari sebelahnya, membuatkan bebola matanya melirik ke arah sumber suara tersembut. Samar-samar wajah Juju dan Dini dipandangannya sebelum ia menjadi jelas. Dia terkebil-kebil sendirian. Pelik. Rasanya tadi macam dia baru je nak pergi ke makmal kimia. Sekarang dia kat mana? Hospital ke?

"Kau kat bilik sakit ni, Mar. Kau pengsan tadi," kata Dini yang seakan-akan tahu saja soalan yang bakal ditanya oleh Marlia. Ceh, dah nama pun baru sedar. Mestilah tak ingat apa jadi.

"Aku... Aku pengsan? Seriuslah?"

"Haah. Kau tiba-tiba pengsan masa nak pergi lab kimia. Nasib baik ada Taufan tadi," jawab Juju. Marlia terdiam. "Jap... Taufan?"

"Hah lah Taufan. Kenapa?"

"Dia yang bawa aku pergi sini?" soalnya. Masih tak percaya. Juju dan Dini mengangguk. "Kau jangan main-main. Takkanlah dia nak angkat aku semata-mata kesini?" Dia memandang wajah rakannya. Dini mengeluh kasar.

"Dey Marlia Marpoko, engkau tu tadi memang pengsan betul-betul depan mata dia tahu? Terkejut member tu. Nasib baik otak dia function bawa kau pergi sini. Kalau dia bawa kau gendong 1 hari pergi hospital pakai skateboard dia lagi kau tak percaya, " jelas Dini sedikit geram. Marlia mengemam bibir dan perlahan-lahan bersandar di katil. Dia melepaskan keluhan perlahan.

"Dahlah. Kita orang nak balik kelas dulu. Kau rehatlah kat sini. Nanti dah nak balik kita orang singgah bawa beg kau sekali, " kata Dini. Marlia mengangguk faham dan menghantar pandangan ke arah kawannya yang sudah mengorak langkah untuk beredar. Sempat mereka membalas lambaian sebelum bilik sakit itu kembali sunyi. Marlia menekup wajahnya. Tiba-tiba dia berasa malu.

Agaknya macam manalah pesen dia tumbang depan Taufan tadi ek? Tapi itu masalah kecil je. Masalah yang lagi besar dia rasakan sekarang ni, MACAM MANA TAUFAN ANGKUT DIA KE SINI?! LIKE... BRIDE STYLE KE?! OR ANGKUT DIA MACAM GUNI BERAS?!


ARGHHH;!!!!!!!!!

Selimut terus ditarik sehingga menutupi seluruh tubuhnya. Kalau betul, memang malu kepalang dia dibuatnya. Belum bayang sengihan lelaki tu laki. Mak dato', macam mana dia nak berdepan dengan Taufan tu nanti? Arghhh!!

Tuk! Tuk!

Marlia tersentak. Selimut diturunkan dari wajahnya. Dia mendiamkan diri seketika membiarkan pintu bilik sakit itu dibuka sendiri dari luar. Seorang pelajar lelaki masuk ke dalam sambil meliarkan pandangannya seperti mencari sesuatu sehinggalah terhenti pada Marlia yang daripada tadi memerhatikannya. Mahu terkejut dan pengsan semula Marlia rasakan.

Kenapa... dalam banyak-banyak manusia.... MANUSIA YANG PALING DIA BENCI JUGAK MASUK DALAM BILIK NI?!

"Eh, Marlia?" ceh, buat-buat terkejut pula kau bang. "Hazriq. Kau buat apa kat sini?" soal Marlia tanpa basa basi. Dia mengalihkan pandangan. Tak mahu berlaga mata dengan lelaki itu. Hazriq tersengih dan menggaru belakang tengkuknya.

"Oh... aku nak cari Cikgu Hawa. Nak minta ubat tahan sakit. Kau kenapa? Demam?" soalnya pula pada Marlia. Entah kenapa rasa berat je mulut gadis tu hendak menjawab. Dia menjeling Hazriq sekilas. "Lebih kurang," balasnya sepatah. Hazriq mengangguk. Dia mengemam bibir dan menghela nafas perlahan.

"Okay. Tak apalah kalau macam tu. Cikgu Hawa pun tak ada so... aku balik kelas dulu. Kau rehatlah. Jangan lupa pergi klinik. Tak payah datang esok," katanya. Marlia mencebik bibir. Memandai pula nak suruh orang datang tak datang. Suka hati dialah. Ergh.


Trust me? ° bbb taufan Where stories live. Discover now