Keesokan harinya, pada hari cutinya (Sabtu), Heira teringat akan kad perniagaan yang diberikan oleh Harzan setelah bangun dari tidur. Tanpa melengahkan masa, Heira segera mengambil nombor telefon Harzan dari kad tersebut dan mengirim pesan."Hello Encik Harzan. Saya Heira yang berbual dengan Encik dekat tempat letak kereta pejabat semalam. Ingat tak?" -Heira-
Harzan, yang baru bangun tidur, teruja melihat pesan dari Heira dan segera membalas.
"Helo Heira. Haa, ingat-ingat yang hon kereta dekat saya semalam tu, kan?" -Harzan-
Heira terkejut dengan balasan pantas dari Harzan, sambil berfikir.
"Lajunya dia balas chat aku. Takkan orang macam dia suka aku. Aku ni pekerja biasa je, orang kampung baru masuk bandar. Hmm, tak mungkinlah. Tapi kenapa laju dia balas eh?" -Heira-
Heira pun menaip balasan dengan perasaan was-was.
"Hmm, maaf Encik Harzan. Saya tak sengaja. Encik Harzan marah saya lagi pasal semalam? Saya rasa serba salah. Boleh saya belikan Encik Harzan jam tangan sebagai tanda maaf?" -Heira-
Harzan terkejut dengan tawaran Heira dan membalas.
"Ehh tak perlu, Heira. Saya okay je. Tak perlu minta maaf macam tu." -Harzan-
Heira cepat-cepat membalas sambil tersenyum.
"Betul ni, Encik Harzan? Kalau macam tu, saya pergi dulu ya. Nak jumpa kawan di AEON hari ni. Maaf sekali lagi pasal semalam." -Heira-
Harzan pun membalas dengan mesra.
"Ya Allah, Heira, takpe. Saya okay je. Hati-hati ya." -Harzan-
Perbualan mereka berhenti di situ, dan Harzan berkata dalam hatinya.
"Aku tak pandai berbual dengan perempuan, tapi takpe. Bila dah ada perasaan sikit dekat Heira, aku cuba."
Kemudian, Harzan bersiap untuk keluar bersama sahabat karibnya, Fawwaz Razin. Setelah bersiap, Harzan menelefon Razin untuk berjumpa di kafe yang mereka rancang.
"Assalamualaikum, Razin. Jadi ke nak jumpa hari ni?" -Harzan-
"Waalaikumsalam. Mesti la jadi. Dari semalam kita janji nak keluar." -Razin-
"Aku ada benda penting nak cerita. Nanti cerita la dekat kafe." -Harzan-
"Okay, kita jumpa dekat Bean Brothers KL, THE LINC." -Razin-
Setelah 40 minit, mereka tiba di destinasi dan masuk ke dalam kafe. Harzan memesan makanan dan minuman sambil menunggu Razin.
Setelah Razin tiba dan mereka berbual sekejap, Harzan mula bercerita.
"Aku ada jatuh hati dekat sorang perempuan. Nama dia Heira Elisa, agent biasa di tempat kerja aku. Aku suka dia sebab sikap dia, lembut je." -Harzan-
Razin terkejut tetapi gembira mendengar berita itu.
"Serius la? Tahniah! Siapa Heira tu?" -Razin-
Harzan dengan semangat menceritakan pertemuan mereka semalam di tempat letak kereta.
Razin mendengar dengan penuh perhatian dan turut gembira untuk sahabatnya.
Setelah berbual panjang, mereka menikmati makanan dan minuman, kemudian pulang ke rumah masing-masing.
Keesokan Harinya di Kampung
Di pagi hari, Heira bersiap-siap untuk pulang ke kampungnya di Tanjung Malim, Perak, untuk menemui ibu bapanya. Dia menelefon ibunya untuk memberitahu kepulangannya.
"Assalamualaikum, Umi." -Heira-
"Waalaikumsalam. Eh, siapa ni?" -Rozitah-
"Allahu, Umi tak ingat Heira ke? Anak dara kesayangan Umi." -Heira-
"Ya Allah, Heira! Mak rindu kamu." -Rozitah-
Heira memberitahu Uminya tentang kepulangannya dan ibu bapanya sangat gembira mendengar berita itu. Heira memandu selama 1 jam 2 minit dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim dan tiba di rumah pada pukul 4 petang.
Setelah sampai, Heira menekan hon kereta. Ibunya terkejut dan gembira melihat Heira pulang. Heira berlari memeluk ibunya sambil menangis.
"Umi, Heira rindu sangat." -Heira-
Ibunya membalas dengan penuh kasih sayang, mereka masuk ke dalam rumah dan berbual. Heira bertanya tentang ayahnya yang masih di ladang. Ibunya menjelaskan bahawa ayahnya akan pulang lewat petang.
Heira menunggu dengan sabar untuk bertemu ayahnya, sambil berbual dengan ibunya tentang kehidupannya di bandar. Mereka berdua menikmati masa bersama sambil menunggu kepulangan ayahnya.
Ketika ayahnya pulang, Heira melompat kegembiraan dan memeluknya erat, melepaskan rindu yang terpendam. Keluarga itu menikmati kebersamaan dan menghabiskan waktu dengan penuh kegembiraan dan kasih sayang.
YOU ARE READING
Suamiku Harzan [OG]
RomanceHarzan merupakan seorang pemegang pentadbiran Chief Executive Officer (CEO)di syarikat insurance takaful sdn bhd.