BAB 3

1K 55 12
                                    


Tidak lama kemudian tibanya kepulangan ayah Heira Elisa di rumah mereka setelah selesainya berbual bersama kawan-kawannya di hadapan pondok rumah kawan isterinya iaitu Syahida.Lalu suaminya Rozitah Arizal Syazwan pun memberi salam dan menjejak kakinya di pintu masuk hadapan rumah.

     "Assalammualaikum...Rozitah ooo Rozitah..nak kene panggil sayang dulu ke baru nak mari Rozitah.."

     Lalu isterinya Arizal pun dari dapur
kedengaran akan suara suaminya memanggil namanya dan Rozitah pun segera pergi ke ruang tamu dengan perasaannya yang gembira kerana harinya yang di nanti-nantikan telah tiba iaitu kepulangan anaknya kesayangannya Heira Elisa.

     "Waalaikummussalamm...ya abang kejap-kejap saya datang."

     Lalu isterinya Arizal pun pergi ke ruang tamu dan menyambut kepulangan suaminya.

     "Hah..Abang-abang kalau saya cakap anak kesayangan awak tu si Heira Elisa dah balik percaya tak.?"

    Suaminya Rozitah pun terkejut dan berkata

    "Aih...awak bukannya saya boleh percaya pun.Petai yang saya buat sendiri perap letak dalam peti haritu pun habis di bedal awak lepastu tak nak mengaku.Boleh pulak di tanya saya siapa makan petai dalam peti.Saya tak sentuh pun,tengok pun tidak awak tak nak mengaku awak makan.Lagi saya nak percaya kata awak Heira balik."

    Isterinya Arizal pun tertawa sambil menepuk bahu suaminya.

    "Ehh..abang orang kata lain dia kata lain.Abang gitulah suka sangat macamtu.Oooo..tak percaya ye.Awak tunggu kejap saya panggil Heira Elisa.Jangan terkejut pulak kalau anak awak balik betul yea."

     Lalu Rozitah pun memanggil Heira Elisa dengan nadanya yang begitu kuat.Ketika itu Heira Elisa berada di dalam biliknya sambil mendengar musik kegemarannya dalam masa yang sama Heira Elisa melipat baju dan mengemas biliknya yang lama tidak berpenghuni semenjak ia bekerja di Kuala Lumpur.

    "Heira Elisa Binti Arizal Syazwannn...Ooooo Hiera Elisaaa."

    Heira pun mendengar akan suara ibunya yang memanggil namanya dengan nada yang begitu kuat.Lalu Heira pun menyahut panggilan ibunya  dan Heira pun pergi ke ruang tamu.

    "Yeee..umiii kenapa tuuu.?Heira datang nii kejap-kejap."

    Lalu Heira Elisa pun tiba di ruang tamu.
Selepas sahaja Heira Elisa tiba di ruang tamu,ayahnya pun terkejut lalu terpegun seketika akan ketibaan anak dara kesayangannya Heira Elisa yang sudah lama tidak pulang ke rumahnya semenjak tamatnya pengajian pengajian dalam ijazah iaitu Bachelor of Business Administration (Hons) selama 3 tahun setengah di University of Malaya (UM) dan bekerja di Kuala Lumpur.

    Heira Elisa pun tidak pulang ke kampungnya yang berada di Tanjung Malim (Perak) selama 8 bulan kerana sibuk akan pekerjaannya.Heira Elisa hanya menyapa keluarganya yang berada di Kampung dengan menelefon sahaja setiap 3 hari satu kali atau pun hujung minggu untuk mengetahui akan khabar keluarganya yang berada di kampung sana.

    Lalu ayahnya Heira pun tersenyum sambil berkata.

    "He Heira ini kamu ke Heira? Abah mimpi ke? kamu kan Heira ? Abah tak mimpikan Heira.?"

    Nada ayahnya Heira seakan-akan hendak menangis atas perasaannya teruja dan gembiranya setelah sekian lama Arizal hanya bermimpi akan ketibaan pulang anak dara kesayangannya Heira Elisa di kampung akhirnya menjadi kenyataan setelah sekian lama Ayahnya menahan rindu akan wajah anak kesayangan Heira Elisa Binti Arizal Syazwan.

Suamiku Harzan [OG]Where stories live. Discover now