BAB 1

526 18 0
                                    

SEPASANG mata hijau emerald semakin turun ke badan yang menggiurkan itu. Bibirnya melarik senyum sinis. Untuk kesekian kali, dia tak perlu menunjukkan tarikannya. Wanita sendiri yang akan datang menyerah diri kepadanya.

Satu tangan kasar mula menjalar ke bahu wanita itu. Mengusap lembut bahu itu. Dia tersenyum melihat riak wanita itu. Begitu mudah membuat wanita ini khayal dengan sentuhannya.

Wanita itu menolaknya manja jatuh ke atas katil. Dia tersenyum. Bila wanita itu turut jatuhkan tubuh atas tubuh sasa, jari-jemarinya bergerak. Menyelak rambut wanita itu dan satu bisikan terlepas dari bibirnya.

"Who are you?"

Wanita itu senyum manja. Bibirnya sengaja digigit. Tangan wanita itu mula bermain pada butang baju kemeja lelaki itu.

"I'm your ecstasy."

Sepasang mata lelaki itu terbuka luas.

"I'm your ecstasy."

Dia sekali lagi mendengar bisikan itu. Tapi bukan suara wanita yang sedang dalam dakapannya ini tapi suara seorang gadis remaja yang pernah dia jumpa beberapa tahun lepas.

Bayangan itu datang kembali. Bayangan bagaimana tubuh kecil itu dalam dakapannya dan bagaimana jari-jemari runcing itu merayau di badannya.

Kepalanya tergeleng bersama senyuman sinis. Sekali lagi bayangan itu muncul di fikiran.

Lantas badan wanita yang menghempap badan sasanya ditolak ke tepi. Tidak kuat tetapi cukup mematikan pergerakan tangan wanita itu yang semakin galak di badannya.

"Aku tak perlukan kau untuk malam ini. Kau boleh keluar."

"But... Why? Am I not good enough?"
Wanita itu terkedu. Tiba-tiba sahaja. Begitu ramai lelaki yang mendambakan tubuhnya tetapi hari ini, pertama kali dia ditolak. Yang membangkitkan kekecewaan apabila dia ditolak oleh seorang lelaki yang amat berpengaruh di kelab hari ini. Pengaruh lelaki itu bukan sahaja besar di kelab itu malah kepada seluruh kota New York.

Lelaki itu menyinis. Tangannya ligat membutangkan kembali baju kemejanya. Pandangan dikalihkan pada wanita seksi yang masih beriak terkejut di atas katil.

"No but just... There is someone who is better than you."

Selesai menghabiskan sebaris ayat, lelaki itu melangkah keluar dari bilik VVIP yang memang khas miliknya di kelab. Lehernya digosok sambil bibirnya menyinis. Kepala tergeleng.

Aku tak akan lepaskan kau. Gadis remaja itu benar-benar menyiksa fikirannya. Fikirannya tidak pernah terikat dengan mana-mana perempuan sebelum ini tetapi sekian lama bayangan riak nakal gadis remaja itu kerap mengganggu.

Sepasang kakinya perlahan-lahan melalui kumpulan orang di kelab itu sehingga ada suara yang menegurnya.

"Hey, where are you going, dude?"

Langkah dihentikan. Mata dikerling pada kawannya yang kini separa sedar dek arak yang diteguk.

"Aku mahu pulang."

Dahi rakannya berkerut.

"Pulang? Kau pasti bergurau. Masih terlalu awal..."

Tanpa menunggu bicara rakannya habis, kakinya sudah bergerak. Meninggalkan bar itu dan meloloskan badannya ke dalam kereta miliknya. Tiada guna dia menghabiskan masa bersama wanita di kelab ini jika fikirannya tetap dibawa kehangatan malam empat tahun yang lalu. Malam yang menjadi saksi pertama kali dia melanggar prinsip yang ditetapkan dalam hidupnya.

.

"YOU never loved me! I hate you!"

PANGGG!

ATTRACTIONWhere stories live. Discover now