BAB 5

306 8 2
                                    

PINTU bilik Emily yang sedikit terbuka direnung lama oleh Clara semasa dia ingin turun ke tingkat bawah. Dia hentikan langkah seketika. Perlahan kaki mendekati bilik Emily. Pintu bilik ditolak perlahan. Tiada langsung kelibat budak kurang ajar itu. Clara tersenyum sinis.

Dia pandang serata bilik Emily. Membosankan. Tiada yang menarik. Saat kaki mahu melangkah keluar, sepasang mata Clara menangkap pakaian di bakul pakaian Emily. Langkahnya terus mati. Bukan pakaian itu yang menarik perhatiannya tapi jenama yang tertangkap pada matanya. Mata dikecilkan sedikit untuk memastikan apa yang terhidang pada pandangan.

Clara terkedu. Dia tak salah nampak. Tangannya terus mengambil pakaian dari bakul Emily. Dibelek keseluruhannya. Cantik dan seperti baru digunakan. Keningnya terangkat. Tidak mungkin budak itu yang membelinya. Budak itu tidak bekerja dan tidak mungkin mampu untuk pakaian semahal ini bahkan gaji sebulannya sebagai pembantu pengurus di hotel juga masih tidak mencukupi jika ingin membeli sepasang pakaian jenama terkenal ini.

"Kau buat apa di bilik aku?"

Clara menoleh. Figura Emily muncul di muka pintu.

Mata Emily terarah pada pakaian yang diberi lelaki itu semalam sebelum segera mendekati Clara dan merampas pakaian itu dari tangan Clara.

"Jangan sentuh barang aku!"

Mata Clara naik menikam wajah Emily. Dia tersenyum sinis.

"Mana kau dapat pakaian itu?"

"Kenapa kau perlu ambil tahu? Yang penting ini milik aku." Emily turut membalas pandangan Clara. Dia paling tidak suka jika barangnya diceroboh.

Clara tergelak.

"Kau fikir aku bodoh, Emily? Kau cuma sampah yang tidak ada pekerjaan. Kau tidak akan mampu membeli pakaian berjenama seperti itu. Melainkan..."

Clara menapak selangkah mendekati Emily.

"Kau jual tubuh kau kepada lelaki. Kan?"

PANNGGG!

Pipi Clara terteleng ke tepi dek tamparan daripada Emily. Dengusan terbit dari mulutnya.

"How dare you little bit*h!"

Tangannya naik ingin menampar Emily tetapi cepat Emily tahan dengan sebelah lagi tangannya. Tangan Clara dikilas sedikit.

"Auch!"

"Jangan berani sentuh kulit aku." Emily merapatkan mulutnya di telinga Clara.

"Kau tak layak untuk sentuh aku. Ingat ini... Kau dan ibu kau hanya menumpang di rumah ini!"

Tubuh Clara ditolak hingga keluar dari biliknya. Pintu bilik segera dikunci. Emily menyandar di belakang pintu dengan dada yang berombak. Penuh dengan api kemarahan.

"Budak kurang ajar! Aku akan beritahu ayah kau tentang perkara ini! Kau jangan ingat kau akan menang!" Clara masih tidak mahu kalah. Giginya diketap kuat. Budak itu semakin biadap! Sewenang-wenangnya, budak itu menampar pipinya. Kaki segera dibawa pergi dari situ dan terus memasuki biliknya. Mukanya pasti bengkak jika tidak dilakukan sesuatu. Tamparan budak itu tidak kurang kuatnya.

Emily memejamkan matanya rapat. Duduk serumah dengan perempuan itu benar-benar merosakkan moodnya walhal sebentar lagi dia akan keluar untuk dibawa ke tempat kerja seperti yang dijanjikan Anna. Anak mata kelabu Emily jatuh pada pakaian di tangan. Ada bau maskulin dari tubuh lelaki itu yang masih melekat saat lelaki itu merangkulnya semalam. Baju itu digenggam kuat sebelum dicampak kembali ke dalam bakul.

"Just forget him, Emily! You're going start your new life. New job, new life. Just consider last night was a coincidence. Yes, it was a coincidence."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ATTRACTIONWhere stories live. Discover now