Tidak semua perkara itu indah. Dan aku setuju akan itu. Mahupun dari aspek percintaan, persahabatan, keluargaan, perkerjaan dan banyak lagi.Cinta yang dianggap begitu manis terasa pahit bagiku. Persahabatan yang diharapkan kekal selamanya hancur begitu saja. Keluarga yang selama ini harmoni menjadi kucar-kacir. Perkerjaan yang sejak kecil diimpikan tidak semudah ABC untuk digapai.
Tapi yang akan aku ceritakan ketika ini adalah aspek percintaan dan persahabatan. Seperti biasa kita semua tidak akan dapat lari dari yang namanya cinta. Umpama cinta akan haiwan, cinta akan manusia dan juga cinta akan duit dan harta yang melupakan kita terhadap cinta akan Allah SWT.
Dan sahabat?
Terkadang aku tertanya-tanya apakah diriku ini kurang baik untukmu ataupun kau yang tidak melihatnya?
Entahlah.
Sedih dengan keadaan kita yang tidak lagi saling bertegur sapa bak selalu. Apabila berselisih kita bagaikan tidak mengenal antara satu sama lain. Apabila kita tidak sengaja saling menatap tentu ada antara kita yang hendak mengakhiri pandangan itu dengan cepat.
Mampukah kita kembali seperti dahulu lagi? Berbual bersama,bergurau senda bersama,beradu mulut setiap hari dan ketawa bersama hingga tidak mengingat dunia.
Atau bakal terus berkekalan seperti ini untuk selamanya?
Jujur!
Aku sudah tidak sanggup untuk memendam rasa ini lagi. Mahu mengambil berapa tahun lagi untuk aku menggalas akan semua perasaan ini?
Entah mengapa belenggu kita boleh menjadi renggang seperti ini..
Tapi bagiku kau terlalu mengejar cendera yang gemerlepan, sehinggakan kau lupa ada baskara yang selalu mendoakanmu.
Salahkah jikalau diriku ini mencintai dirimu?Aku tidak berharap engkau membalasnya. Dan aku juga tidak mengharapkan apa-apa. Tapi kenapa saat kau tahu akan perasaanku dengan serta merta kau membenci aku.
Hina sangatkah apabila perempuan seperti diriku menyukai dirimu? Hingga sebegitu sekali kau membenciku.
Mungkin..aku yang bersalah kerana sudah menaruh perasaan suka terhadap dirimu. Maafkan aku kerana sudah lancang mencintaimu. Maaf juga kerana tidak sedar akan diriku.
Apapun itu hanya satu yang aku pintah..
Aku berharap suatu hari nanti semua imaginasi dan anganku akan terkabul untuk berada disisimu selalu seperti dahulu kala.
Aku akan selalu mendoakanmu walaupun aku berada jauh dari kau, wahai yang ku sebut si Dia.
~~~
YOU ARE READING
Yazdan Ghufran:Dia kebahagianku (On hold)
Romance𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚~ Salsabila Ashra seorang gadis yang periang dan ceria tidak pernah menunjukkan bahawa dia bersedih atau mempunyai masalah. Dia lebih selesa memendam seluruh perasaannya. Tetapi akankah Salsabila berterusan menjadi gadis yan...