1. Narsisist
Narsisist adalah kondisi mental dimana seseorang menerapkan kemegahan, kehausan kekaguman dari orang lain dan kekurangan empati terhadap orang lain. Mereka merasa bangga terhadap diri mereka sendiri dan obses terhadap diri mereka sendiri. Mereka membuat diri mereka sebagai magnet kepada kekaguman orang lain. Dia benci bekerjasama dengan orang lain melainkan itu memanfaatkan diri mereka. Seseorang menjadi narsisist dikeranakan perasaan rendah diri mereka dan kurang percaya diri yang boleh datang dari masa lalu mereka ketika kanak-kanak atau permulaan remaja. Kekurangan pada diri mereka juga menyebabkan mereka memilih menjadi seseorang yang narsisist. Ini juga boleh datang dari pengaruh seperti dari keluarga, ibu bapa yang mencerminkan ahklak narsisist menyebabkan anaknya mengikut perangai ibu bapanya. Dampak buruk atas narcisist ini adalah mereka sukar bekerjasama dengan orang lain yang memerlukan mereka saling berbagi pendapat. Narcisist ini tidak dapat menerima kritikan kerana kepercayaan diri yang tinggi. Narcisist ini terlalu pentingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan orang lain sehinggakan orang membenci mereka. Sekiranya di sekolah ada orang berperilaku sebergini, jauhi mereka kerana mereka bakal mempergunakan kita semata-mata.
2. Attention seeker
Attention seeker adalah seseorang yang kehausan perhatian dari orang lain dan sering terlibat dalam situasi bagi menarik perhatian seseorang. Tingkah laku ini sering dicirikan oleh hasrat untuk diiktiraf, divalidasi, atau mendapat pengesahan dari orang lain. Seseorang menjadi attention seeker disebabkan kurang percaya diri menyebabkan mereka memerlukan validasi dan pengesahan dari orang lain untuk memberi keyakinan kepada diri mereka. Mereka terlalu bergantung kepada orang lain sehingga menyebabkan mereka tiada kebebasan untuk bergerak sendiri. Kepercayaan dan pengaruh juga menyebabkan mereka merasakan perhatian itu adalah perkara yang diperlukan dalam kehidupan seperti oleh keluarga, rakan sebaya, populariti dan orang terdekat. Jika anda mengetahui salah seorang dari kawan anda atau anda mempunyai ciri-ciri ini, nasihat mereka untuk berubah kerana kebergantungan terhadap orang lain menyebabkan diri kita ketiadaan kebebasan.
3. Bully
Buli ialah tingkah laku penindasan dan agresif mengancam keselamatan mereka yang mereka anggap lemah atau terdedah. Seseorang yang suka membuli orang kebiasaannya disebabkan kurang percaya diri jadi merek mahu meningkatkan kuasa mereka dengan menindas siapa yang mereka anggap lemah yang membolehkan mereka merasa lebih hebat dan kuat dari orang lain. Pembuli ini juga menghadapi trauma ketika zaman kanak-kanak seperti penderaan dan dibuli yang kekal dalam memori mereka yang menyebabkan mereka terbawa-bawa perilaku itu sambil beranjak membesar. Ini juga boleh juga dari pengaruh orang tua yang buruk menyebabkan mereka mengikut tingkah laku ibu bapa mereka yang suka menindas orang yang lemah.
4. Pendiam
Murid yang pendiam cenderung dikaitkan dengan seseorang yang yang jarang bercakap, bersendirian dan tidak mahu berkomunikasi. Tetapi itu semua tidak tepat, mereka juga manusia, mereka juga berkomunikasi untuk luahan dan interkasi dalam hidupan seharian. Faktor seseorang murid menjadi pendiam ada dari segi psikologi seperti personaliti mereka iaitu introvert yang jarang berkomunikasi dan lebih suka meluangkan masa bersendirian. Sikap malu juga antara faktor terbesar. Mereka merasa malu apabila berkomunikasi dengan orang lain menyebabkan mereka mengalami keresahan dan kesusahan dalam komunikasi. Boleh juga jadi dari trauma dahulu seperti dibenci, dipulaukan yang menyebabkan mereka tidak mahu berkomunikasi dan lebih selesa dalam keadaan mereka. Tetapi seseorang yang pendiam ini sangat pakar dalam memerhatikan orang lain menyebabkan mereka ini mudah membaca orang lain seperti buku.
5. Peramah
Sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert, mereka cenderung lebih banyak berkomunikasi dari orang biasa. Ini dikeranakan berkomunikasi dan berbual memberi peluang pengurangan stres dalam pengalaman tertentu seperti bergelak ketawa dan berkongsi pendapat. Tambahan, kebiasaan mereka yang suka berbual dan berkomunikasi ini kebiasaannya ada kemahiran berkomunikasi yang handal membuatkan mereka sangat yakin dalam berkomunikasi dengan orang lain.
6. Pembohong
Mereka antara orang yang sentiasa menipu hanya untuk lari dari masalah di sekolah. Jika mereka menerapkan perangai sebergitu dan tidak berubah sehingga ke alam pekerjaan, maka beliau akan menghadapi banyak masalah dan akhirnya akan memakan diri sendiri. Mereka bagaikan menggali kubur untuk diri mereka sendiri. Mungkin mereka yang suka menipu ini merasakan satu-satunya cara untuk lari dari penipuan ini adalah dengan menipu dan malas mencari jalan penyelesaian dan mengelak akibat dalam kelakuannya itu. Tambahan juga, juga disebabkan contoh ibubapa atau persekitaran yang buruk menyebabkan mereka merasa menipu itu perkara yang normal
YOU ARE READING
Psychology of Classmate
Non-FictionSebagai manusia, pendidikan adalah keperluan untuk masa hadapan, kita banyak menghabiskan masa kanak-kanak dan remaja dengan menuntut ilmu dan belajar. Sekiranya anda bersekolah di sekolah awam, komunikasi adalah perkara biasa, kita berkomunikasi se...