"Manusia adalah makhluk yang berinteraksi"
Aristotle dari buku PoliticDisekolah atau didalam kelas kita pasti akan melihat beberapa kumpulan orang murid yang sentiasa bersama dan tidak dapat dipisahkan dan biasanya dalam kuantiti murid yang ramai. Kronisme atau nama lain, Nepotism ini merupakan sebuah amalan yang diterapkan bukan sahaja dalam sosial awam malahan ditetapkan dalam politik. Kronisme bermaksud mementingkan orang rapat atau orang terdekat. Sekiranya Kronisme ini sahaja merosakkan politik, ia juga akan mengganggu dan mempengaruhi politik dalam sekolah. Seorang murid yang berpengaruh dan mempunyai kuasa yang hebat dalam sosial dan dikenali rapat oleh guru akan dipandang dengan perspektif yang berbeza dari orang lain. Mereka yang ada kuasa yang kuat dalam segi sosial memberi peluang yang tinggi bagi mereka mendapatkan pangkat dalam apa-apa aktiviti seperti aktiviti kelab dimana mereka perlu mengeluarkan tenaga yang sedikit dengan bantuan pengaruh sosialnya itu.
Dalam nepotism juga wujud suatu perkara iaitu "Halo Effect". Halo Effect adalah tanggapan komuniti atau masyarakat terhadap individu atau kumpulan bahawa mereka juga baik pada perkara lain menyebabkan tanggapan positif atau negatif akan mempengaruhi nama mereka dalam sesebuah komuniti atau masyarakat. Kita letakkan dalam satu scenario, seorang murid yang pandai dalamsatu akan dipandang positif oleh komuniti dan masyarakat akan berfikir bahawa murid tersebut juga cemerlang dalam subjek lain. Tetapi kebolehan mereka menguasai subjek masih belum diketahui umum dan belum tentu seperti yang apa yang dibayangkan.
Dalam buku karangan Robert Greene yang cukup popular iaitu buku "48 Law of Power" Peraturan ke 18 mengajarkan kita bahawa kita tidak boleh mengisolasikan diri kita tanpa berkomunikasi dan mengatahui dunia luar. Sebaliknya, kita perlu berkomunikasi dengan orang lain bagi mengatahui isu semasa disesebuah komuniti tersebut. Kronisme juga perlu digunakan dalam dunia seharian kerana kita perlukan bantuan manusia lain.
YOU ARE READING
Psychology of Classmate
Kurgu OlmayanSebagai manusia, pendidikan adalah keperluan untuk masa hadapan, kita banyak menghabiskan masa kanak-kanak dan remaja dengan menuntut ilmu dan belajar. Sekiranya anda bersekolah di sekolah awam, komunikasi adalah perkara biasa, kita berkomunikasi se...