"Manusia adalah mahkluk berkomunikasi"
- Aristotle-Di sekolah, kita berjumpa dengan pelbagai jenis manusia bermula dari yang biasa hingga yang paling unik dan ada beberapa yang menghalang kita dan membuat kita bersaing dengan mereka. Ada pelbagai ciri-ciri orang di sekolah yang sangat unik dalam psikologi. Pada masa yang sama, mengapa tidak kita perhatikan dan menganalisis setiap dari kawan sekelas atau sekolah kita dan kita susun atur cara apabila berhadapan dengan mereka. Dengan ini, kita dapat mengatur pergerakan lebih awal dan licik berbanding yang lain. Kajian dalam psikologi sangat mendalam mengenai perilaku dan perangai manusia dari pelabagai sudut. Perangai, perilaku dan personaliti manusia dapat dibentuk dari pelbagai aspek seperti zaman kanak-kanak, pengaruh, keluarga, trauma, perasaan, perasaan insecure dan sebagainya.
Pemikiran berstrategi yang telah diaplikasikan sejak disekolah seperti membaca dan menganalisis psikologi orang lain akan menjadi sangat mudah dan membuat pilihan terhadap seseorang itu seperti menggerakkan buah catur di atas papannya.
Sosial atau komunikasi adalah kunci perkembangan manusia dan tunjang kemajuan tamadun manusia serta asas hidup manusia seperti yang dikatakan oleh Aristotle dalam karyanya iaitu "Politics" yang menyatakan bahawa manusia adalah mahkluk bersosial, mereka tidak dapat hidup bersendirian.
Sumber pendapat saya dalam buku ini diinspirasikan dan diambil oleh buku karangan Robert Greene, iaitu Law of Human Nature dan 48 Law of Power. Tambahan, karangan saya ini juga bersumberkan AI Chat GPT dan sumber tambahan.
YOU ARE READING
Psychology of Classmate
Non-FictionSebagai manusia, pendidikan adalah keperluan untuk masa hadapan, kita banyak menghabiskan masa kanak-kanak dan remaja dengan menuntut ilmu dan belajar. Sekiranya anda bersekolah di sekolah awam, komunikasi adalah perkara biasa, kita berkomunikasi se...