DIA mengigil ketakutan. Segala kejadian itu seakan menghantui dirinya. Semuanya berubah selepas pemergian mamanya. Dia yang perlu tanggung kesalahan yang terang-terangan bukan dirinya yang buat.
Apabila dia cuba mempertahankan diri, keadaan dia akan jadi lebih teruk. Sejak kehilangan dua insan terpenting dalam keluarga ini, telapak tangan inilah berbirat, belakang ini juga yang mendapat kesan jalur rotan.
Walaupun dirinya sudah biasa menjadi tempat lempias amarah ayahnya, kadang-kala dia kalah dengan perasaan. Dia bersandar pada dinding, cuba meredakan tangisan.
Kotak peti kecemasan yang sentiasa berada di dalam bilik itu, didekati. Dia mengambil kotak putih itu lalu membawa ke lantai beralaskan permaidani. Iodin, kapas dan plaster dibawa keluar dari kotak itu.
Luka-luka disebalik baju berlengan panjang itu dicuci perlahan-lahan. Dia mendesis kesakitan, bibir bawahnya di gigit mengelakkan daripada mengelurarkan bunyi.
"Aydan Syafiq! Mana makan malam aku? Buat kerja pun lembab ke!" herdikan Hamidi, ayahnya bergema di ruangan tingkat bawah.
Tersentak Aydan yang sedang melakukan pembersihan lukanya. Lekas-lekas dia turun ke bawah dan menuju ke dapur, menyediakan santapan malam untuk ayahnya. Terasa pedih di lukanya dihiraukan sahaja kerana Hamidi merenungnya dengan tajam.
"Jemput makan ayah." Aydan terus menuju ke dapur untuk mengambil air minuman pula.
Segelas air dihidangkan bersebelahan dengan pinggan ayahnya. Setelah semuanya sudah siap dihidangkan di memerhatikan Hamidi makan dengan penuh berselera. Dia? Perlu tunggu ayahnya habis makan dahulu baru dia boleh makan, ataupun dia akan makan dahulu sebelum ayahnya makan.
Dia sudah serik untuk makan berdua dengan Hamidi. Sedang makan pun, masih lagi mulut itu mahu mengeluarkan kata-kata yang mengoreskan hati.
Katanya dialah yang pembawa malang kerana kematian ibu dan adiknya. Dia... Hanya seorang kanak-kanak yang masih belum arif dengan dunia, mengapa perlu meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas dia?
Ting tong!
Aydan memandang muka pintu di ruang tamu, baru sahaja dia ingin membuka pintu suara Hamidi mematikan langkah dia.
Ting tong!
Hamidi segera menghabiskan makanannya lalu bangun dari kerusi dan mencapai barangan peribadinya. Kunci kereta yang terletak kemas di atas kabinet kasut tepi pintu turut diambil.
"Kau, kemas meja. Aku nak keluar." Hamidi melangkah keluar dari rumah selepas melontarkan ayat itu kepada anaknya. Kini Aydan tinggal di rumah sendirian lagi.
Itulah rutin kerja harian yang perlu dia hadap, tidak kira siang atau malam, pasti Hamidi akan keluar. Kadang-kala dia bersyukur juga kerana ayahnya selalu tiada di rumah, dapat juga lah dia terlepas dari 'seksaan' Hamidi.
Setelah memastikan kereta Hamidi dan rakannya hilang dari pandangan, Aydan menikmati makanan sendirian. Jika Hamidi berada di rumah, sudah tentu hidup dia tidak akan tenang. Ada sahaja benda yang tidak kena di matanya apabila melihat dia duduk senang di dalam bilik.
Walaupun perkara ini dari sekolah menengah sudah terjadi, perasaan takut itu sentiasa hadir. Mungkin perasaan itu takkan lenyap, bergantung pada kelakuan ayahnya.
Ayahnya berubah selepas pemergian arwah isterinya, Sariyah. Penyebab kematian ibunya berpunca daripada dia, kerana itu ayah amat membencikan dirinya. Dan menganggap Aydan pembawa malang.
Dia mengemas meja makan lalu mengunci pintu rumah. Ayah tidak akan balik pada malam ini juga, biasanya akan balik pada esok pagi.
Aydan meletakkan tangannya di sisi tingkap sambil menongkat dagu. Fikirnya merewang pada hari kemalangan yang membawa rasa takut pada dirinya. Andai saja dia mendengar kata ibunya untuk duduk di rumah pasti keluarga ini akan bahagia.
YOU ARE READING
Bersinar Seperti Bintang [HOLD]
Romance[ON GOING] [SLOW UPDATE] [HIATUS] BINTANG SERIES 1 Aydan Syafiq. Sebaris nama yang indah tapi bukan pada hidupnya. Hidupnya sentiasa bertemankan rasa takut, didera oleh ayah kandung sendiri atas sebab tidak dapat menerima takdir. "Ibu Ay takut."...