BAB 4

22 6 0
                                    

POV Aydan Syafiq

PERLAHAN dia membuka mata, cahaya terang menembusi kelopak matanya. Mata terpandang wayar yang berada di tangannya. Anak mata melihat dari mana datangnya wayar itu, matanya terpaku pada beg berisi cecair yang tergantung di tiang tepi katil.

IV drip. Otak memproses keadaan sekeliling. Bau ubatan menyengat hidung.

Lama otaknya terasa seakan berhenti berfungsi, dunia terasa berhenti berpusing. Akal terasa seperti hilang sebentar kerana dia tidak mampu mengingati apa-apa.

Apabila otak seakan sudah berfungsi semula, suara-suara bising berlegar di dalam mindanya. Pukulan. Semua kejadian itu seakan wayang yang di mainkan dalam mindanya.

Dia dipukul tanpa belas kasihan. Di sepak bagaikan bola. Merayu bagaimana pun, pukulan itu tetap menghentam badannya. Badan yang kini sudah sedia ada dengan pelbagai parut kini semakin bertambah. 

"Berhenti..." rayuku perlahan. Pertahankan diri macam mana pun, dia tetap akan kalah. Seorang lelaki berhadapan dengan tiga orang lelaki yang badannya lebih tegap berbanding dirinya.

"Tolong... Tolong berhenti." rayuku dengan nada tersekat-sekat.

Dengan tenaga yang masih bersisa dia berpaut pada tong sampah besar yang berada di tepinya untuk bangkit. Mata melilau mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai senjata atau pertahanan. Besi panjang yang terselit antara celah tong sampah itu dicapai lalu dia menyerang seorang lelaki yang paling dekat dengannya.

Sekelip mata sahaja dia tumbang, kini besi panjang itu sudah beralih di salah satu tangan gangster itu.

"Eee budak ni cuba serang kita la Zhuan." kata gangster yang dipanggil boss itu kepada lelaki berkacukan cina.

"Gigihnya kau." kata seorang lagi gangster itu sambil membongkok, menyamai paras mukanya.

"Dah nak mati pun masih nak pertahankan diri. Aku suka semangat macam ni." kata boss sambil bertepuk tangan. Yang lain berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis melihatnya.

Mataku pada tangan Zhuan yang menghayunkan kayu besbol, seakan tidak sabar untuk memukul dirinya. Dengan kudrat yang masih tersisa, dia menyepak kayu itu sehingga terlepas dari tangan Zhuan. Boss yang panas hati apabila melihat anak buahnya diperlukan sebegitu, segera memukul diriku dengan besi panjang.

"Ad, kita habiskan budak ni malam ni juga." kata boss dengan gigi terketap-ketap, dia memandang anak buahnya yang dipanggil Ad.

"Lepaskan aku." jeritku lantang apabila lelaki bernama Ad itu mula mengunci tanganku. Kaki merontak-ronta menyepak sesiapa sahaja yang ingin dekat denganku.

"Kitorang tengah lepaskan kau la ni. Nanti kau mati, kau dah bebas dari bapak kau. Lepaskan dari dunia." Zhuan senyum mengejek kepadaku. Tahu la dia sekarang siapa yang mengarahkan untuk memukul dirinya, Hamidi.

"Bapak kau bayar suruh pukul kau, nampak sangat dia tak suka kau. Alang-alang tak suka, kami bebaskan dari neraka buatan bapak kau." bisik Ad di tepi telinga.

Kayu besbol itu kini kembali di tangan boss, dia dipukul bagaikan boneka yang tiada perasaan. Ingin pertahankan diri tapi tenaganya sudah habis, dia hanya berserah kepada Tuhan sahaja pada saat ini.

Kayu besbol diangkat tinggi sedia untuk menamatkan segalanya. Jeritan seorang gadis memenuhi segenap ruang secara tiba-tiba. Mata berkelip-kelip mengesan figura gadis itu.

Kabur. Matanya semakin kabur akibat darah yang mengalir dari kepala. Tiada apa yang mampu dia buat pada saat ini, dalam hati berdoa agar gadis itu tidak terkena tempias. Semuanya semakin kabur sehingga dia tidak sedarkan diri.

Bersinar Seperti Bintang [HOLD]Where stories live. Discover now