[ON GOING] [SLOW UPDATE] [HIATUS] BINTANG SERIES 1 Aydan Syafiq. Sebaris nama yang indah tapi bukan pada hidupnya. Hidupnya sentiasa bertemankan rasa takut, didera oleh ayah kandung sendiri atas sebab tidak dapat menerima takdir. "Ibu Ay takut." - Aydan Syafiq Rasa sayang pada arwah ibunya masih mekar di dalam hati. Kini muncul pula dua orang insan di dalam keluarga ini, hatinya sakit untuk menerima mereka. Apatah lagi dengan kelakuan mereka. "Mulai hari ini aku abang tiri kau." - Mirza Akayla Zayyeda. Seorang gadis jelita yang berasal dari keluarga yang lengkap. Dikelilingi oleh abang-abang yang sangat menjaga mengambil berat terhadap dirinya. Kehilangan salah seorang dari ahli keluarga seolah membawa sirna hidupnya pergi. "Aku rindu dia." - Akayla Zayyeda Tetapi dia terlupa bahawa dia masih mempunyai ahli keluarga yang lain. Semangat yang sentiasa diberi oleh orang sekeliling buat dia bersyukur. Dia sedar dia masih mempunyai ahli keluarga yang belum meninggalkan dirinya. "Masing-masing ada kisah mereka sendiri." Start: 12/1/2024 End: