"HI, my name is Khawla. Today is the day, my beloved lovely folks all across the world. What is Beauty Ladies? Simply elegance... a harmonious blend of distinctiveness, naturalness, attention, and simplicity."
Khawla memperagakan pelbagai gaya, mempromosi produk keluaran terbaru sebuah syarikat kecantikan yang terkenal.
Jurugambar bernama Dafi mengangkat ibu jari kanannya ke atas.
Melihat itu, Khawla menghembus nafas berat dan panjang. Lipmatte jenama Beauty Ladies di tangan dicampakkan ke arah seseorang yang sedang menghampirinya.
"Oh ayah pin kau melambung!" Lipmatte itu selamat mendarat ke tangan Azura, pengurus Khawla.
Langkah kaki Khawla mantap menuju ke bilik rehatnya.
"Khawla, esok kau ada event tau dengan Charles and Keith. Lepas tu, Susan ada mesej aku petang semalam dan dia ada tunjuk lapan corak keluaran terbaru bawal satin silk dia orang. Susan suruh aku tanya, kau berminat tak kalau dia minta kau jadi runway model Sabtu depan?"
"Tak ada, tak ada. Aku ada hal nanti." Laju Khawla memotong bicara Azura tanpa sempat wanita itu menghabiskan ayatnya. Dia dah penat duduk depan kamera hari ini dari pagi hingga ke petang. Malam ini, ada hal lebih penting yang perlu dia lakukan.
"Tapi, kau boleh fikirkan dulu. Peluang besar ni bukan datang banyak kali."
"Tak nak." Khawla masih berkeras.
"Tapi, Khawla..."
"Kau tak faham bahasa ke, Zura?! Aku tak nak! Aku penat!" Khawla bangun dari duduknya dan menolak kasar kerusi ke belakang sambil mencerlung tajam ke arah Azura.
Azura tersentak. Kalau Khawla sudah mengamuk seperti ini, memang tipis harapannya untuk memujuk hati wanita itu.
"Dahlah. Aku nak balik. Kau tak payah hantar aku."
Azura kaku di tempatnya dengan wajah yang monyok.
Tombol pintu digenggam erat. Khawla menghembus nafas berat sebelum berpaling ke belakang lalu berdecit. "Nanti la aku fikirkan."
Kepala Azura terus terangkat. Sinar kegembiraan terperi di wajahnya. "Okey! Hati-hati balik!"
KHAWLA MENATAP biasan dirinya pada cermin besar di depannya. Malam ini, Khidir mengajaknya keluar kerana ada hal yang ingin diberitahu.Gaun putih mengikut lekuk badannya ditatap dengan senyuman di wajahnya. Bawal satin digayakan seperti turban.
"Cantik." Khawla memuji dirinya sendiri. Sempat dia mengambil gambar untuk dimuat naik di dalam akaun Instagramnya dengan kapsyen 'Today's fit! Wish me luck!'
Tak sampai beberapa minit, notifikasi komen daripada Instagram masuk tanpa henti. Skrin telefon dibawa ke depan mukanya lalu membaca beberapa komen pengikutnya.
Sukabendaviral.com: Bau bau bakal jadi milik orang ni.
Senah1011: Eeeee, Khawla pakai apa pun cantik!
Latipah_inyourarea: Cantik and gojes habis! Style you kali ni awesome tau!
Gayahnim: We need the turban tutorial pleaseeeee!
BedakSejukViral: OMG! KELUAR DATING KE? WHO'S THAT LUCKY GUY?
Minahrempitz: Err? Why is everyone so obsessed with her? Biasa je aku tengok.
HusbJaja: Assalamualaikum bidadari...
Hanapi: Single lagi kan? Samalah kita hehe. Jodoh mungkin.
Fulanahhijrah: Leher tu aurat kak... Saya tegur sebab sayangkan akak...
Khawla memutarkan bebola matanya ke atas tatkala membaca salah satu komen negatif di ruangan komen Instagramnya itu. Makin lama, makin terbiasa dengan lontaran kata-kata netizen buat dirinya. Terkadang ada yang sampai mencaci maki tetapi sedikitpun dia tidak hairan. Buang masanya sahaja. Jika mengikut perasaan dan semakin melayan, pasti perangai mereka menjadi-jadi. Bila dah penat kerana tidak dipedulikan, senyaplah itu nanti.
IlmFarizal: Dah lama perhati, cantik. Cantik sangat dan aku suka... I really want to see you in person...
Satu notifikasi komen yang baru masuk membuatkan kening Khawla terangkat naik. Meremang bulu romanya membaca komen itu. Malas nak jadi detektif, telefon ditutup lalu dimasukkan ke dalam beg tangan.
YOU ARE READING
DOA SANG KEKASIH (TERBIT)
RomanceKisah hijrah; Muzammil Al-Waqqas | Khawla Nur An'nissa