Bab 3

72 14 0
                                    

KHAWLA menggeliat dan membetulkan segala urat sendinya. Setelah menekan siaran yang lain, alat kawalan jauh itu diletakkan di atas meja kopi.

"Banyak kali dah baba minta jawapan tapi kamu buat tak endah aje. Nak tak nak, baba dah beri kata putus pada dia orang."

Pengilat kuku di tangan Khawla terlepas dari pegangan lalu terjatuh ke lantai.

"Tahun depan kamu kahwin dengan dia. Nanti siapkan apa yang patut untuk beberapa bulan yang masih berbaki ni. Baba dah bagi masa yang lama dah untuk kamu fikir," tambah Encik Khairul lagi.

Khawla mengiringkan tubuhnya menghadap Encik Khairul yang duduk di sofa sebelah.

"Keputusan baba muktamad." Wajah Encik Khairul beku. Tiada segaris senyuman pun yang terpeta di wajahnya.

"Baba tak boleh buat keputusan sendiri macam ni! Khawla tak nak! Baba tak hormat pun keputusan Khawla, dan baba suka-suka je bagitahu dekat orang sana yang Khawla setuju. Baba, sampai kan hati baba abaikan perasaan anak sendiri!" Khawla terus bangkit dari duduk. Nada suaranya melantun tinggi.

"Khawla, baba nak tanya kamu. Pernah tak baba tolak semua kemahuan kamu selama ni? Apa yang kamu minta, semua baba bagi tanpa ada hadnya."

"Jadi apa kaitannya dengan lelaki tu?!"

"Sekarang, baba nak kamu kahwin dengan dia. Itu aje yang baba minta."

Khawla ketawa sinis. "Permintaan baba tu tak masuk akal langsung! Khawla tetap dengan keputusan sendiri yang Khawla memang takkan kahwin dengan lelaki pilihan baba tu!"

"Walau apa pun jadi, kamu tetap akan kahwin dengan dia minggu depan. Kalau kamu masih lagi berkeras, malam ni juga baba sekatkan kad kredit kamu. Satu sen pun baba takkan bagi. Baba tarik balik kereta kamu. Baba tahu kamu ada pendapatan sendiri tapi kad tu..."

"Baba pun sama je kan! Semua orang nak hancurkan hidup Khawla! Semua orang tak faham apa yang Khawla rasa!"

Kepala menunduk.

"I could hardly keep up with everything. I'm at 99% of my limit, and only 1% of it keeps me sane. But, never mind... I'm not in the mood to justify myself to anyone. No one would understand or care."

Sepi.

"My emotions are all pent up and I'm going crazy! I just want someone, anyone to listen to me, hear what I want to say," bisik Khawla, perlahan.

Sudahlah hampir tiga minggu dia asyik terperap di dalam bilik gara-gara putus cinta. Hari ini, baba bangkitkan isu kahwin pula.

"Dia lelaki yang baik, Khawla..."

"Buat la apa yang baba suka. Kalau Khawla mati pun bukannya baba nak ambil kesah. Baba cuma fikir pasal diri sendiri dan orang asing tu je! Entah apa yang jantan tu buat selama ni sampaikan baba sanggup paksa anak sendiri," balas Khawla lemah. Perlahan, kaki diatur mendaki anak tangga satu persatu. Dia dah tak larat berperang mulut kerana pada akhirnya, dia akan kalah juga.

Dari ekor mata, Encik Khairul menghantar pemergian anak tunggalnya itu dengan tatapan yang penuh sayu dan terluka.

"Insyirah... Kalaulah awak ada sekarang ni, bantu abang didik anak kita..."

Insyirah, arwah isteri Encik Khairul meninggal seminggu selepas melahirkan Khawla kerana kanser payu dara. Dia akui bahawa hidupnya begitu sengsara dalam membesarkan dan mendidik Khawla seorang diri tanpa Insyirah. Dialah ayah, dia jugalah ibu kepada Khawla. Ditambah pula dengan beban bekerja.
Makin besar, Khawla makin keras kepala. Hidup Khawla menjadi semakin liar dan semakin giat bersosial di luar tanpa pengawasan ketat daripadanya.

"Abang dah cuba yang terbaik untuk didik anak kita, Insyirah... Salah abang ke terlalu manjakan dia?"


Dubai, Arab Saudi.

"SAMPAI BILA nak tenung tu?" Cawan berisi teh susu dicicip perlahan.

​"Saya nak tengok hari-hari bang sebab memang takkan puas tengok menantu saya yang cantik ni," jawab Puan Fatimah dan matanya masih lagi menatap gambar seorang wanita tersenyum melihat pantai sambil memegang beg tangan jenama LV.

​"Ni, masa dia shooting beg LV dekat pantai, bang. Cantiknya menantu saya," tambah Puan Fatimah lagi.

​Encik Watiq geleng kepala melihat isterinya yang obses dengan bakal menantu mereka.
​"Bakal menantu."

​Puan Fatimah berdecit kecil apabila suaminya memperbetulkan status Khawla, bakal menantu mereka berdua.

​"Bila saya tengok Khawla ni kan, saya rasa macam tengah tengok diri sendiri masa zaman muda dulu sebelum kahwin dengan abang. Kalau Allah boleh ubah siang jadi malam, tak mustahil bagi Allah untuk mengubah hidup hamba-Nya menjadi yang lebih baik kan?"

​Encik Watiq senyum segaris.

​"Saya rasa Khawla ni budak yang baik dan saya yakin anak kita boleh didik dia. Walaupun dia masih belum tutup aurat dengan sempurna tapi hati saya kuat mengatakan yang dialah orangnya untuk anak kita, bang." Puan Fatimah menoleh ke arah seorang lelaki yang sedang melakukan senaman di dalam bilik gim. Memandangkan dinding bilik gim itu adalah dinding kaca, mereka berdua dapat melihat figura lelaki itu dari luar dengan jelas.

Dumb-bell hexagon 6kg itu diletakkan ke bawah. Kemudian, suis treadmill ditutup sebelum melangkah keluar dari bilik gim untuk menemui walid dan bondanya yang baru sahaja datang melawat ke pangsapurinya.

​"Makin bertambah ya peralatan gim kamu," komen Puan Fatimah.

​"Kalau nak ada badan macam Rasulullah, mestilah kena jaga badan. Perut baginda SAW macam batu bersusun. Kan sihat tu, bonda."

​"Dah jaga badan tu elok-elok, kamu jangan pergi tayang merata pula. Kamu simpan untuk Khawla nanti."

​"Astaghfirullah, bonda ni. Takkanlah Waqqas nak pergi tayang dekat depan orang ramai. Lagipun, Waqqas jaga badan kerana Allah la bonda. Badan kita ni kan amanah dan salah satu nikmat yang perlu dijaga dengan baik. Tanda syukur pada Dia, bu... bukan untuk bini." Suara Waqqas terketar-ketar di hujung ayatnya.

​Puan Fatimah tersengih. Nampak sangat anak lelakinya itu gugup apabila dibangkitkan nama Khawla.

DOA SANG KEKASIH (TERBIT)Where stories live. Discover now