Bab 2

80 14 0
                                    

​"ACTUALLY, baru je minggu lepas aku tahu apa perasaan Khid yang sebenarnya pada aku selama ni," balas Aufa.

​Khawla hanya membisu di sebelah Aufa sambil menatap sepotong kek di atas pinggan.

​"Aku pun tak tahu yang Fafa sebenarnya rasa benda yang sama," kata Khidir separuh berbisik dengan wajah yang mula memerah.

​"Nanti majlis tunang aku dengan Khid, kau wajib datang tau Khawla. Kalau kau tak datang, memang kita putus kawan." Aufa mengugut.

​Khawla mengangguk.

​Sepi.

​Khawla menoleh ke kanan dan memerhati dalam diam. Khidir dan Aufa di sebelahnya saling bergurau senda dan ketawa ceria. Seketika, gerak matanya jatuh pada potongan kek yang masih tidak tersentuh. Kek itu berwarna-warni dan tampak menggiurkan tetapi di mata kasar Khawla, kek itu langsung tidak menyelerakan. Namun, dipaksakan juga untuk dimasukkan ke dalam mulut dan ditelan.

​Pada tarikh 7 Julai, Khawla dan Aufa dilahirkan serentak, pada waktu yang sama namun melalui rahim yang berbeza. Pada tarikh itu jugalah dia mendapat perkhabaran yang benar-benar menggores luka di hatinya dan entah sampai bila luka itu akan bersarang di hati.

​Ah, hari ini terasa begitu malang dalam hidupnya.

​Suapan terakhir dimasukkan ke dalam mulutnya. Perlahan-lahan, air mata Khawla merembes keluar setelah ditahan sejak tadi.

Bunyi tangisan itu membuatkan Aufa dan Khidir menoleh pantas.

​"Eh? Kenapa kau menangis ni?" Aufa menyoal resah.

​"Khawla? Kau ada pendam sesuatu?" Khidir turut bertanya.

​Soalan itu dibiarkan bagai angin lalu, sebaliknya makin kuat suara tangisan Khawla bersama bahu yang terhinggut-hinggut.
​Aufa dan Khidir diam, menadah telinga mereka. Setia mendengar tangisan sahabat karib mereka itu.

​"Aku masih tak percaya dengan apa yang jadi. Rasa macam mimpi pula. Aku happy gila dengan kau orang berdua tapi dalam masa yang sama, aku sedih la sebab tinggal aku seorang je yang single lepas ni. Aku harap kau orang berdua bahagia sampai ke Jannah tau Fafa, Khid." Dalam tangis yang kian lebat, Khawla berkata.

​"Aww, Khawla!" Aufa terus mendakap tubuh Khawla.

​"Kita orang takkan tinggalkan kau. Kau kawan kita orang sampai mati," balas Khidir.

​"Betul tu, Khawla. Walaupun aku dengan Khid dah kahwin nanti, kita orang takkan lupakan kau. Nanti kau pun mesti akan menyusul. Mana tau, jodoh kau pun sampai awal. Tapi kau jangan kahwin diam-diam pula. Kau kena bagitahu dekat aku dengan Khid. Kau jangan rahsiakan daripada kita orang. Kalau kau tak bagitahu, bermakna aku dengan Khid bukan orang penting dalam hidup kau la tu," beritahu Aufa dalam nada tegas.

​Di dalam hati, Khawla tersenyum pahit.


"BETUL KE kau tak nak balik sekali dengan kita orang?"

​"Haah. Aku dah suruh Zura datang ambil nanti. Kau dengan Fafa baliklah dulu." Khawla tersenyum kecil.

​Khidir menatap wajah Khawla yang merah dan sembap.

​"Pe... pergilah masuk kereta sana. Fafa dah lama tunggu kau tu, sampai tertidur." Tiba-tiba saja Khawla berasa tidak selesa dengan tatapan Khidir. Dia berpusing membelakangkan Khidir dan berura-ura melangkah pergi dari parkir kereta.

​"Aku yakin kau akan jumpa lelaki yang jauh lebih baik nanti, Khawla."

​Langkah Khawla mati.

​"Maafkan aku."

​"Ka... kau cakap apa ni Khid? Apa kau merepek ni? Aku tak fahamlah."

​"Aku minta maaf sebab tak mampu nak balas soal hati dan perasaan yang sama kau rasakan selama ni."

DOA SANG KEKASIH (TERBIT)Where stories live. Discover now