18 [EDIT]

80 4 0
                                    

Hayyan Luthfan keluar dari perut kereta Bmw nya dan melangkah pergi ke beberapa orang anggota polis yang sedang berdiri di hadapan satu rumah.

"Tuan betul ke ini rumahnya?" soal salah seorang anggota Hayyan Luthfan menjatuhkan kepalanya sekali cermin mata hitamnya dibetulkan.

"suspek ada kat dalam bawa je dia ke balai semua dokumen kesalahan dia aku dah hantar ke sana" ucap Hayyan Luthfan tegas.

"baik Tuan" balas salah seorang anggota disitu sambil memberi tabik kepada Hayyan Luthfan dan mereka menyerbu masuk ke dalam rumah suspek. Hayyan Luthfan pula hanya menunggu di luar sahaja.

"kau orang siapa?!" soal Ghani yang sedang baring di atas katilnya. Terkejut dia apabila melihat anggota polis masuk ke dalam rumahnya.

"Ghani Muaz bin Amru anda ditahan kerana tertuduh telah membunuh isteri dan mendera. Tangkap dia" arah salah seorang anggota polis tersebut. Ghani pula sudah menolak tubuh beberapa orang polis yang ingin menangkapnya. Namun polis berjaya menahannya.

" aku tak salah!" jerit Ghani sambil Meronta-ronta minta dilepaskan.

" lepaskan aku!"

Anggota polis terus menolak badan Ghani untuk keluar dari rumahnya. Setelah dia keluar dari rumahnya dia terkejut melihat sosok tubuh yang dia kenali iaitu lelaki yang mengurungnya disini. Hayyan Luthfan.

" sial kau Luthfan" Hayyan Luthfan hanya mengukir senyuman senget kepada Ghani sebelum dia mengangguk kepada anggota polis yang lain untuk membawa Ghani masuk ke dalam perut kereta.

"Terima kasih Tuan. Kami pergi dulu." ucap anggota polis tersebut kemudian mereka berlalu pergi. Kemudian dia melihat jam tanganya sudah menunjukkan pukul 1 terus dia berlari untuk masuk ke dalam perut keretanya.

________________------____________

"sedap tak awak?" soal Hana yang hanya melihat suaminya makan. Nasinya langsung tidak di usik seronak sangat tengok suami makan masakan dia agaknya. Tengok suami makan pun dah kenyang.

" tak sedap" balas Hayyan Luthfan selamba.

"ma nak lagi nasi dengan lauk ayam masak merah"

"aik along tak sedap tapi bertambah package licin lagi" ucap Puan Fatihah sengaja dia ingin mengusik anaknya. Nak usik Haura gadis itu kalau dah jumpa makanan langsung tak pandang orang sebelah.

"sedap la tu" ucap Hana kulum senyuman kecil di bibir.

"sebab lapar je Luth tambah" ucap Hayyan Luthfan masih tidak mahu mengaku yang masakan Hana sedap.

"tak apa lah along makan lah banyak-banyak biar gemuk nanti kamu pula buat Hana gemuk"

" eh kenapa Hana pula?" soal Hana pelik Hayyan Luthfan juga turut pelik tidak faham dengan maksud ayat itu.

"alahai tak apa gemuk 9 bulan je nanti kamu kurus balik" tersedak mereka berdua mendengar ucapan Puan Fatihah. Haura pula terus memandang abangnya dan Hana yang sudah menjadi kakak iparnya lalu dia mengukir senyuman. Hayyan Luthfan yang faham dengan senyuman Haura terus dia membaling senduk nasi ke arah Haura.

"eyy abang!" jerit Haura apabila senduk nasi itu terkena tepat pada kepalanya.

"ma.. Lepas papa balik Luth dengan Hana nak pindah rumah" ucap Hayyan Luthfan tiba-tiba.

"kenapa pula? Duduk je lah dekat sini" ucap Puan Fatihah takkan lah sebab dia mengusik tadi terus nak keluar rumah.

"ish mama ni cubalah mama faham dia orang nak bagi mama cucu lah tu sebabtu nak pindah" ucap Haura mengusik rugi pula dia kalau hanya senyap pada waktu sekarang. Wajah Hana pula sudah memerah menahan malu.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒕𝒆𝒏𝒕𝒖𝒌𝒂𝒏 [HIATUS] Where stories live. Discover now