Andaikan benar,
Tiada lagi istilah 'ku terima kau seadanya'.
Apabila terikatnya sebuah persetujuan untuk bersama.
Adakah itu corak percintaan yang ku alami di dunia ini?Andaikan benar,
Tidak ku mau beri cinta dan kasih ini pada mereka.
Sungguh membenarkan kau masuk adalah kehendak ku.
Kepercayaan yang ku berikan pada kau ternyata tiada nilai.Kau lebih memilih bebas dengan caramu biarpun itu menyakiti ku.
Bukankah toleransi itu utama?
Namun apakan daya..
Apabila hati sudah terpaut.Melenyapkan cinta adalah bukan mudah.
Pernah terungkap darimu bahawa aku bertuah mendapatkan dirimu.
Namun adakah kau tahu?
Bahawa kau lebih bertuah ku berikan kepercayaan ku?Kini semua telah hilang.
Kau memilih tidak menyahut kepercayaan yang ku berikan itu.
Memilih bebas berterbangan dari bunga ke bunga lain.
Memilih untuk bebas tanpa hadirnya sifat kesetiaan dalam dirimu.Kini aku tahu,
Kepercayaanku itu sangatlah mahal nilainya.
Namun tidak ternampakkan oleh orang-orang seperti mu.
Si Penghancur Hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/353188337-288-k4d50cf.jpg)