"Assalamualaikum Khadijah. Sorry for the incident this morning. Hope you're fine" pendek ringkas whatsapp Zahir muncul di handphone Ket. Ket hanya membaca dan tidak berminat untuk membalas. Nanti-nantilah. Tangannya sibuk menghiris bawang merah dan mengetuk bawang putih. Ummi suruh dia masak kari ikan dan tumis sayur kobis dan dia sangat berbesar hati melakukannya.
Neneknya pun dah ke rumah Paklong pagi tadi untuk melihat persediaan anak sulungnnya itu ke US. Dengar kata Petronas hantar setahun ke sana. Seronoklah Maklong dan Eden nanti maklumlah mereka pun akan turut mengekori ke US. Mengenangkan Eden, Ket tersenyum sendiri. Eden lahir apabila Maklong berusia 41 tahun setelah Paklong dan Maklong telah redha dengan Qada dan Qadar. Tak terbayang pelbagai jenis rawatan kesuburan dilakukan,berpuluh ribu ringgit dihabiskan,berpuluh doktor dan ustaz ditemukan,akhirnya Eden muncul tanpa sebarang rawatan dan selepas Paklong dan Maklong pulang dari mengerjakan Haji. Nak gelak pun ada. Sebab nenek sering usik kata Eden Made In Mekah and not in Eden.
Sesungguhnya peristiwa seperti itu menyebabkan Ket semakin dekat pada Allah. Selain dari dipertemukan dengan orang seperti keluarga Ustaz Sobri.
"Tak payah panggil ustaz. Panggil Abah je macam Along Angah Acik panggil" itulah ayat pertama Ustaz Sobri ketika dia dibawa ke sini seminggu untuk berehat dan urusan untuk pulih semangat. Faty kata ayah dia boleh buat air penawar tapi Umi bagi dia air teh o,teh tarik,kopi o sepanjang seminggu di sini.
"Saya dah biasa panggil ustaz,Ustaz. Masa saya tumpang rumah ustaz dulu kan saya panggil ustaz ni ustaz" dia serba salah.
"Sekarang ni kamu datang sini sebagai tetamu kami,Khadijah. Kamu pun baik pada Kak chik. Tak kedekut,murah hati" Umi memang sayang betul pada Ket. Bagi Umi Ket ni senang dididik dan dibentuk.
"Baiklah Abah,Umi. Terima kasih sudi terima saya di sini"
"Dah tu. Achik nak bawa Ket naik atas. Jom Ket" Faty beri signal pada Mine supaya membawa Abah dan Umi ke ruang lain untuk diberikan sesi taklimat ringkas.
"Pergilah naik,Ket. Harap Ket tak kisah ya duduk sebilik dengan Farah dan Faty ni. Bilik kecil je."rumah itu ada empat bilik tidur dan satu bilik solat. Abah dan Umi dah ambil master bedroom,Mine dan Muaz satu bilik, Faizah satu bilik dan Farah serta Faty berkongsi satu bilik.
"Ni pun dah bersyukur,Umi. Terima kasih banyak" mulut Ket tak lekang mengucapkan terima kasih.
"Umi,masak apa harini?"Mine turun setelah puas bersembang dengan Along. Dia dah pesan pada Along untuk zip mulut ketat-ketat jangan sampai orang tahu.
"Lauk breakfast tadi ada lagi. Abah korang balik dari pasar tadi bawa balik ikan merah dengan bendi dan terung. Nak suruh buat kari ikan la tu. Tu Umi suruh Ket buatkan" Ket yang mendengar hanya tersenyum. Tangannya menuang air sedikit pada rempah kari yang hampir garing kali pertama. Biasanya dua tiga kali garing baru dia masukkan air untuk kuah dan juga asam keping.
Mine menuang teh o baki pagi tadi ke dalam cawan dan membawa ke ruang tamu. Abah di situ sedang menulis sesuatu.
"Checklist apa tu Abah?"
"Abah tengah fokus ni. Dalam list ni rasanya dah lengkap dan hampir semua kita dah buat. Tetamu pun dah selesai jemput semua. Tok kadi pun dah ok. Abah bukan apa,risau sebab ini kali pertama kenduri kahwin kita"
"InshaAllah,Abah. Kita niat nak membina masjid,nak sedekah makan untuk tetamu,untuk menghebahkan berita perkahwinan Along"
"Mujurlah keluarga besan duduk dekat je,tak adalah masalah nak cari runner buat urusan sijil,surat,dokumentasi sebagainya"Umi menyampuk dari meja dapur. Sedap betul bau kari dengan daunnya itu. Umi yang tak sabar nak merasa walaupun lauk tu direquest suami asalnya.
"Alhamdulillah rezeki kita dapat Yusuf tu,orang dekat. Kamu nanti Angah kalau ada rezeki dapatlah orang dekat harapnya" Abah menyuarakan harapan. Mine hanya tersenyum
"Kalau jodoh orang jauh pun tak salah,Abah. Dapatlah kita jalan jauh sikit"
"Orang UK ke Angah?" Eh mana pula muncul budak kecil ni tiba-tiba je ada di sofa. Muaz adik bongsu berusia 12 tahun yang memang peramah sangat. Extrovert yang boleh ngam dengan Ket si introvert.
"Kalau UK pun tak salah kalau dah jodoh,Muaz" Umi menyampuk.
"Ket,kobis dah siap ke?"
"Dah Umi,Ket tumis kobis dengan carrot dan fishcake je ni,ok kan?" Dia dah hidang pun kobis dalam Corning ware cantik dan diletakkan di meja.
"Ok sangat dah tu. Sedap nampaknya ni" pandai pula Ket cari udang kertas dalam peti ais untuk ditumis dalam kobis.
"Ket rebus telur masin ye,Umi sementara tunggu kari"
"Elok sangat tu,Ket. Kena je regu lauknya tu. Macam kedai mamak pula rasa" Umi puji ikhlas.
"Haah la Kak, gemuk la Muaz macam ni. Tak lama lagi selection player bola."Muaz tayang muka sedih.
"Kalau macam tu,Akak masakkan telur rebus je la untuk Muaz. Muaz makan tu je nanti" Ket buat muka serius.
"Alaa mana aci. Dah bau menggoda hidung macam ni,nak suruh kita makan telur rebus pula. Nanti Muaz lari atas padang terkentut-kentut pula. Masa tu Muaz cakap kat cikgu,akak paksa Muaz makan telur je"
Abah dan Umi tergelak mendengarkan jawapan Muaz manakala Mine hanya tersenyum nipis. Mulut menghirup teh o sejuk dengan perlahan.
"Ok dah siap. Nasi Ket masak enam pot,cukup ke Umi?"
"Cukup la tu. Kalau tak cukup,kit masak kemudian." umi menyusun hidangan di atas meja.nasi lemak dan nasi goreng pagi tadi dah licin disebabkan adanya sambal kerang dan sambal petai. Suaminya, Muaz dan Farah menghabiskan nasi lemak dan nasi goreng tersebut. Teringat mulut Muaz yang tak berhenti merungut .
"Tinggalkan sikit je untuk Muaz. Mana cukup banyak ni"
"Cukuplah tu. Tadi kat pasar kan Abah dah belanja makan nasi lemak dengan lontong" selera besar betul anak terunanya ni.
"Tapi sambal kerang Kak Ket sedap."
"Mujurlah Kak chik simpan tau untuk Muaz. Kalau ikutkan,memang nak habiskan je tadi." Faty menjawab sambil mengambil kunci vespa Ket.
"Umi,Abah, Achik nak pergi ambil bunga stokin dari rumah Cik Mai. Along pesan suruh ambil. Ket,pinjam vespa ye"
"Guna lah. Hati-hati Faty" Faty pun berlalu keluar.
"Umi,Ket naik dulu tengok Along ya."
"Yelah. Pergi rehatkan badan Ket tu. Terima kasih tolong Umi" gadis itu dipandang dengan penuh kasih sayang.
"Muaz,pandang Kak Ket kamu lama-lama tu kenapa?"Umi yang perasan menegur.
"Kak Ket tu cantik,pandai masak,pandai ambil hati"
"Berdosa pandang lama-lama macam tu." Abah buat teguran.
"Pandang sekali tak berdosa. Pandang dua kali yang berdosa,sebab tu kali pertama kena pandang lama sikit"mujurlah Ket dah naik atas,kalau tak,mesti merah padam muka gadis itu.
"Ha gatalnya anak bongsu umi ni. Lain betul perangai kamu ni." Tak ada la lain mana. Sama je dengan Faty. Nama pun adik beradik.
"Ada je yang gatal tapi tak garu. Dia tahan je. Sebab orang tu penyabar sangat" selamba Muaz mengucapkan. Tiga pasang mata memandang Mine. Tersedak orang tu tengah minum Teh o yang tak habis-habis dari tadi.
"Banyak minum terasa nak ke toilet pula"Mine bangun melangkah. Bahaya dekat dengan Muaz ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
[💚COMPLETED] JODOH MR.MINE
Romansa"I'm not a good person" "We will be better together" "I'm a sinner" "We are not holier" "I'm still learning" "We learn baby step together" "I'm not that strong" "So I'll be your transformer. The electromagnetic induction will supply everything for U...