Bab 9

131 6 0
                                    

“morning kakk” Diyana turun ke bawah untuk breakfast dengan muka yang ceria . Hadiah yang dia dapat semalam itu masih dia angau lagi-lagi dengan ‘surat’ yang terletak di dalam kotak tersebut . Dia masih tertanya-tanya siapakah yang bagi hadiah set muslimah macam tu ? Dan macam mana orang tersebut boleh tahu yang Diyana mahu mula mengikut jejak saidatina Aisyah ? Persoalan itu selalu bermain difikiran Diyana yang membuatkan Diyana gembira

      “ morning . Cerianya kau pagi-pagi buta ni , kemain yee . Ha siapa yang bagi kau barang tu semalam ” sapa akak

      “ Entahla kak orang pun taktau . Siap ada wish card pulak tu . Masalahnya barang tu set muslimah , macam mana 'orang' tu tahu yang orang ni tengah slow slow berpakaian macam tu ? tak ke pelik ”

       “ Hm akak rasa ada orang admirer kat kamu la” apa ?! admirer ?

       “kak ! stop pasal admirer please . Nana tak suka laa” Diyana tak suka dengar perkataan ‘admirer’ tersebut kerana kejadian haritu . Salah Diyana juga kerana percaya untuk pergi ke lorong itu

• • •

Spm Diyana menjelang tiba . Tapi dia takut kalau waktu menjawab itu , emosinya tidak terkawal dan boleh menyebabkan result yang teruk .

           Tinggal hanya lagi dua minggu sahaja persiapan untuk spm . Sepanjang dua minggu tersebut , Diyana solat tahajud dan solat hajat setiap pagi . Dia ingin mengubah hidup dirinya seperti yang dinasihatkan oleh dokter . Pada pukul 2 hingga 5 dia akan mengulang kaji pembelajaran yang susah untuk dia fahami . Tiba-tiba

unknown number : online ? tak tidur lagi ke Diyana ?

Diyana tidak mahu untuk membalas mesej tersebut kerana dia serabut dengan ulang kaji .

“suka hati aku laa nak tidur pukul berapa ada masalah kau ke” bebel Diyana didalam hati

• • •

hari spm pertama

unknown number : morning Diyana . Goodluck for spm today . Jangan nervous tauu . Sentiasa ingat Allah , kawal perasaan awak tu okey ?

Nombor itu datang lagi dengan memberi kata-kata semangat . Tetapi Diyana hanya mengabaikan sahaja mesej tersebut . Sampai sahaja Diyana di sekolah , Afiq terus mengunjungi Diyana dengan membawa dua buah buku sejarah kerana subjek itu adalah subjek yang Diyana paling lemah sekali .

       “Ha mat , nah . Ni buku sejarah kau , ada orang bagi” ujar afiq .

       Pelik Diyana dibuatnya . Siapa yang bagi buku sejarah itu ? Macam mana 'orang' tu tahu yang Diyana ini lemah dalam subjek sejarah ? Tak silap Diyana , Diyana hanya ceritakan hal itu kepada afiq , keluarganya dan dokter . Takkan la dokter pula yang bagi ?

      Sepanjang Peperiksaan Spm itu berlangsung , Diyana terganggu dengan bisikkan suara negatifnya . Dia tidak dapat fokus untuk menjawab kertas tersebut kerana suara itu . Dia hampir tekanan kerana negatif vibe yang keluar daripada suara itu seakan-akan benda itu akan terjadi . Tetapi Diyana cuba untuk tidak percaya bisikkan tersebut seperti yang dipesan oleh Dokter

Dokter PersonalkuWhere stories live. Discover now