Bab 10

143 7 1
                                    

Selesai sudah Spm ujian bertulis bagi murid batch 04 selama 6 minggu bertarung nyawa dan emosi . Emosi Diyana bercampur-campur . Ada gembira dan ada sedih . Kebetulan hari terakhir Spm pula adalah hari perjumpaan dia dengan Dokter Shah . Dia luahkan segalanya tentang perasaannya kepada Dokter Shah .
  
 

      Selepas sebulan Diyana berehat dan menyedirikan dirinya di rumah , Diyana bercadang untuk balik ke kampung halaman di Perak dalam beberapa bulan . Tetapi pada minggu ini , dia merasakan dirinya masih malas dan lemah . Mungkin nanti-nanti sajalah . Tiba-tiba

KRINGGGG KRINGGGG

             Kedengaran telefon pintar Diyana berdering minta diangkat . Terlintas keluar nama 'bondaku' di skrin telefonnya . Diyana menggesek ikon hijau pada telefon pintar miliknya itu .

             Assalamualaikum , ibu . Kenapa call orang ni ? Rindu ehhhhh” usik Diyana  . Yela sudah lama dia tidak usik maknya , tambahan pula pada musim rindu-rindu kawanan ini .

                 Waalaikumusalam , anak ibu niii. Mestilah ibu rindu ... ni nak tanya , kamu tu bila nak balik ? Spm dah habis , kerjanya idak , baik le kamu balik aje jaga ibu kat sini haa ”  bebel Puan Roziyana a.k.a Ibu Diyana . Betul juga apa yang dikatakan oleh ibunya tadi . Tapi dia tiada pilihan kerana nak balik Perak dari KL sangatlah mahal . Dia sudahlah tiada duit . Takkan lah nak pinjam duit kakak atau abang iparnya ?

                   “Hm , orang cadang minggu depan nak balik . Tapppi ibu , tak janji yee” panjang betul 'tapi' Diyana itu . Iyelah dia tidak mahu mengungkir janji dengan ibu kandungnya sendiri . Nanti berdosa

                  “Haih yela . Ni ha semalam ada orang masuk meminang kamu !” ujar Puan Roziyana sepantas kilat dan sekuat guruh .

                  Ha apa dia ? Ada orang masuk meminang aku ? aku ? aku ? Aih takkan laa aku ni dahlah perangai macam kanak-kanak rebina , tak rebina mungkin dia orang nampak aku macam kanak-kanak coco-cola kut . Tapi betul ke ada orang masuk meminang aku ? Mungkin salah rumah kut .

                 “Ha ?! Sumpahlah ibu ni ? Ada orang melamar adik semalam ? Siapa ?”  bersambung-sambung soalan aku untuk kepastian . Bukan tidak percaya sama ibu sendiri , tapi tidak percaya umur baru habis spm sebulan dah ada orang masuk meminang ? Sah ! Salah rumah dia orang ni

                  “Iye . Kamu janganlah risau sangat . Pasal kos majlis semua pengantin lelaki selesaikan . Iye pengantin lelaki , bakal suami kamu tuu . Alaa yang bakal jadi menantu ibu nanti tuu” usik ibuku . Haih baru sahaja mahu rehatkan diri selama setahun , dah kena jadi isteri orang .

          Aku diamkan diri . Tidak tahu mahu respon apa .

                “Ha ni . Dia orang tengah pasang khemah dengan pelamin ni . Lusa balik ya . Majlis kamu nak dekat dah!”sambung ibu lagi . Apa ?! Nak dekat dah ?! Sampai dah pasang khemah dengan pelamin semua ?! Pengantin lelaki ni gelojoh sangat ke apa

               “Hm . Kalau orang nak tahu siapa pengantin lelaki tu boleh ?”

               “ Boleh . Nanti kamu nikah kamu tahu la hehe” terus panggilan itu diletak oleh ibu . Sibuk agaknya

Dokter PersonalkuWhere stories live. Discover now