CHAPTER 4

14 1 0
                                    

Halu halu its me againn !! I know it's been awhile lin menghilangkan diri but now im backk yuhoo !! So enjoy this story even though agak bercelaru huhu.

*-*

"Huh ! Penatnya" sesudah mereka semua pulang , aku terus rebahkan diriku di atas katilku. Aku tahu mesti ramai yang tertanya macam mana family aku dan family si Daniel ni kenal. Meh sini ceq nak habaq.

Sebenarnya , ibu dan ayah si Daniel ni iaitu Uncle Danny adalah sepupu belah ayah atau atok aku. Yup that's mean aku dan Daniel ni ialah 2pupu. Terkejut tak ! HAHAHAH.

Sebelum aku sambung cite meh sini aku cerita serba sikit pasal diri aku. Jadi nama aku Nur Aura Danisya. Umur? Muda lagi jgn risau 25 je hehe. Muda lah kan. Aku memiliki sebuah kedai bunga. Kenapa kedai bunga? Sebab boleh dik. HAAHA okey gurau. Sebab aku suka bunga dan bagi aku bunga membuatkan diri aku berasa lebih tenang. Aku suka ketenangan.

Aku hanya tinggal bersama ibu. Ayah? Aku tak pernah dapat kasih sayang seorang ayah disebabkan sesuatu tragedi dimana ayah mempunya perempuan lain dibelakang ibu dan paling mengejutkan apabila ayah curang semasa ibu mengandungkan aku 7 bulan. Selepas aku dilahirkan ayah terus failkan surat cerai.

Aku mempunyai seorang abang dan juga seorang kakak. Ayah taknak ambil hak perjagaan anak ni jadi ibu lah yang jaga kitorang seorang diri. Pada masa itu , abangku berusia 5 tahun manakala kakakku pula berusia 3 tahun dan aku berusia 2 bulan. Ibu anak tunggal dan anak yatim piatu. Tiada siapa yang menolong ibu sehinggalah Uncle Danny datang dan tolong kami sekeluarga sehingga kami besar.

Sekarang ni berkat usaha ibu dan pertolongan Uncle Danny dan sekeluarga Alhamdulillah kami semua berjaya. Abang aku yang sulong iaitu Muhammad Aufar Danish menjadi lawyer di Subang Jaya manakala kakakku Nur Aufa Dalina menjadi doktor pakar sakit puan di Hospital Kuala Lumpur. Aku pula mempunyai kedai bunga yang boleh dikatakan terkenal di area Shah Alam ini. Lina's Florist , nama kedai bunga aku dan nama ini aku buat khas atas nama aku iaitu Roslina. Aku tahu aku sweet tak payah puji.

About Daniel? Aku cite lah sikit. Aku dan Daniel sama umur. Macam korang tahu Uncle Danny yang tolong kitorang jadi aku boleh cakap yang aku ni rapat dengan Daniel ni. Rapat dia tu kalah rapat dengan abang dan kakak aku. Dia ibarat disitu ada Daniel disitu ada aku. Sampaikan ada orang cakap yang kami ini kembar sebab pergi mana-mana je kami tidak pernah terpisah. Kami sekolah bersama-sama tadika sehingga lah sekolah menengah. Kami seperti isi dan kuku tak pernah sikit pun berenggang.

Pada usia kami 17 tahun , lepas je habis Sijil Pelajaran Malaysia iaitu SPM Daniel confess pada aku. Yup confess ! Pada mulanya aku tolak tapi lama kelamaan aku terima confession tersebut. Tapi sayangnya kegembiraan itu tidak lama disebabkan mak kepada Aunty Lauren sakit jadi mereka terpaksa berpindah ke London. For your information , Aunty Lauren ni berasal daripada London tapi aunty ni islam sebab ayahnya aunty ni seorang muslim yang menetap di London. Gituwww.

Walaupun aku dan Daniel jauh , kami tetap berhubung melalui phone sahaja. Hampir 5 tahun kitorang tidak berjumpa , aku decide untuk pergi ke London melawat keluarga Daniel disana. Aku pergi bersama kawanku , Dee. Perasaanku ketika itu sangatlah teruja. Almaklumlah nak jumpa buah hati hehe.

Sesampai kami disana kami menetap seketika di sebuah apartment di sana. Aku bercadang untuk pergi ke rumah keluarga Daniel pada esok hari memandangkan hari sudah pun lewat. Malamnya , aku dan Dee pergi bersiar mengambil udara malam. Tiba-tiba aku terlihat sosok manusia berpakaian jaket tebal yang berwarna hitam , berseluar denim coklat dan bertopi tengah berpelukan bersama seorang perempuan yang berambut perang , berpakaian jaket tebal berwarna merah dan berseluar bootcut berwarna putih. Daniel bersama seorang perempuan berpelukan dan berpegangan tangan memasuki sebuah restoran. Aku kenal Daniel macam mana dan iya itu memang Daniel.

Prangg !! Yup bunyi hati aku yang pecah. Air mata aku bercucuran keluar dengan lebat sekali seperti air hujan. Dengan keberanian yang aku ada aku pergi mendekati mereka berdua. Daniel dan perempuan itu terkejut dan muka mereka seperti nampak hantu. Daniel cuba explain pada aku dan kami sempat bertekak mulut dan Daniel berlalu pergi begitu sahaja sambil mengheret perempuan itu keluar daripada restoran itu. Di restoran itu aku terdengar banyak bisikan cacian dan makian yang keji oleh orang-orang tersebut seperti aku yang salah sedangkan aku hanyalah mangsa. Sejak itu , perasaan sayang aku pada Daniel bertukar kepada kebencian.

Jadi disebabkan itu aku memanggil Daniel syaitan bertopengkan manusia sebab dia berhak mendapat panggilan itu. Dia tidak kalah seperti syaitan. Orang lain yang menghasut orang lain yang dapat dosa. Paham tak? Kalau tak paham buat-buat paham.










Bersambungg~~










Haii kekoranggg !!! First thing first lin nk mintak maaf jika ada kekurangan dengan cerita lin ni. Jika ada typo tu korang bagitau lin tkpun korang buat" xnmpk je hehe.. okeyy lahh bubyeee😙 jgn lupa vote dan share tau💕 luv u guysss😘

Aura Danisya (On Hold)Where stories live. Discover now