"Assalamualaikum , ni rumah Puan Sara ke?" Tanya Aura dengan berhati-hati. Mana tahu ni orang lain ke.
"Waalaikumussalam , ha ye betul saya Puan Sara" jawap perempuan yang berpakaian baju kelawar itu.
"Okey baik , ni bunga yang puan order ye" ujar Aura sambil memberi sejambak bunga mawar kepada Puan Sara itu.
"Wahh cantiknyaa ! Kamu buat sendiri ke bunga ni?" Tanya Puan Sara itu.
"Ye puan saya buat sendiri" jawap Aura.
"Wahh ! Pandai kamu buat ye. Kemas dan cantik" puji Puan Sara. Bunga mawar itu sangat lah cantik baginya. Bunga ini dia mahu menghadiahkan kepada anaknya yang baru sahaja lepas hari jadinya. Anaknya memang suka akan bunga mawar ini. Dia pasti anaknya sangat menyukai bunga yang dihadiahkan olehnya.
"Hehe takdelah puan saya biasa-biasa je. Kalau takde pape saya minta diri dulu lah ye puan" lembut Aura. Dia mahu kembali ke kedainya semula. Kesian Fiera sorang-sorang jaga kedai.
"Ha ye lah. Terima kasih untuk bunga ni" kata Puan Sara lalu masuk kedalam rumahnya. Dia tidak sabar mahu surprisekan bunga ini kepada anaknya.
Aura juga berterima kasih kepada Puan Sara kerana telah membeli bunga denganya. Dia juga masuk kedalam kereta miliknya. Dia panaskan enjin terlebih dahulu.
~No one can rewrite the stars ,
How can you say you'll be mine~Nada dering telifon milik Aura berbunyi. Nama Fiera yang tentera pada telifon miliknya. Tanpa basa basi dia mengangkat panggilan tersebut. Dia takut apa apa terjadi pada Fiera atau pada kedainya.
-AURA POV-
"Hello Fiera"
"Cik Aura ada lelaki mahu berjumpa dengan Cik Aura" kata Fiera.
"Siapa Fiera?" Tanyaku. Lelaki mana pulak nak jumpa aku ni. Tak boleh ke whatsapp ke call ke. Kenapa perlu sampai nak jumpa.
"Dia taknak bagitahu siapa dia. Dia nak Cik Aura datang jumpa dia" the heck. Apa sebenarnya lelaki nak.
"Hmm ye lah 10 minit lagi saya sampai" nak taknak kena pergi jumpa jugaklah. Kan taknak jumpa pulak kang kata kita ni sombong takpun dia viralkan kedai aku pastu cakap owner ni sombong mesti kurang aku punya pelanggan nanti. Aaa tknakk !!
^@^
-AUTHOR POV-Lina's Florist
"Fiera siapa nak jump-" belum sempat Aura menghabiskan ayatnya , dia terus nampak sosok manusia yang dia tunggu-tunggukan.
"What are you doing here? sambung Aura dingin.
"Aura , can we talk?" kata lelaki itu.
"Kau nak cakap apa lagi Daniel. Kita dah takde pape. Don't you remember it? We ALREADY broke up!" keras Aura. Bengang juga dia dengan lelaki ni.
"Please Aura , sekejap pun jadilah" kata Daniel. Ya dia terdesak mahu bercakap dengan Aura. Dia hanya rindu dengan kenangan dia bersama Aura suatu ketika dulu.
"Huh! Fiera , awak jaga kat sini kejap ye. Kalau ada pape bagitahu saya." lembut Aura kepada Fiera.
"Kau ikut aku" sambung Aura dengan nada yang agak kasar.
YOU ARE READING
Aura Danisya (On Hold)
Romance" Im trying to hate you but I can't " - Aura Danisya " Will you forgive me? " - Daniel Luthfan " Aku akan dapatkan kau aura " - Aril Haziq " You tak rindu I ke babe " - Sabriena Batrisya Setiap kisah pasti ada pahit dan manisnya.Kadangkala yang pahi...