CHAPTER 5

9 1 0
                                    

AUTHOR POV ~~

Paginya Aura bersiap-siap untuk ke tempat kerjanya. Dia menyarung baju blouse labuh berwarna nude dan seluar palazo berwarna coklat. Dia mengambil tudung bawal coklat di dalam almarinya. Dia sempat memakai sunscreen , sedikit maskara dan mencalit lip balm dibibirnya. Inilah rutin makeupnya untuk ke tempat kerja. Aura sangatlah tidak suka makeup tebal-tebal ni baginya makeup yang tebal mengambil masa yang lama.

Aura terus ke bawah untuk mengambil sarapan setelah dia bersiap. Aura mencapai sekeping roti dan memasukkannya didalam toaster sambil Aura menunggu roti bakarnya siap dia membuat coffee dan menuangkannya di dalam botol tahan panas untuk senang dibawa ke tempat kerjanya. Dia membuat sarapannya sendiri kerana Aura tidak mahu menyusahkan ibu. Setelah siap bersarapan dia terus mencapai kunci kereta berjenama Mini Cooper miliknya dan terus menuju ke Lina's Florist.

Sesudah sampai ke tempat kerjanya , dia membuka pintu dan membuka suis lampu yang tertulis 'OPEN' di bahagian pintu untuk menandakan bahawa kedai bunganya sedia untuk menerima pelanggan.

"Good morning Cik Aura !!" sapa seseorang dari pintu masuk.

"Good morning too Fiera" balas Aura. Fiera adalah salah satu pekerja di Lina's Florist.

"Mana yang lain , Fiera? Selalunya saya tak sampai lagi mereka dah tunggu kat luar" soal Aura kepada Fiera.

"Hmm tak silapnya Anis ada bagitahu yang mereka pergi ambil stock bunga dan bahan-bahan dekat Pahang. Eh bukan ke  Cik Aura yang suruh mereka pergi ambil stock kat sana tu? kata Fiera.

"Ehh haah lah lupa pulak hehe. Okeylah Fiera awak boleh sambung kerja awak saya nak pergi check tempahan-tempahan yang ada dekat belakang dulu"

"Baik Cik Aura"

^¤^

"Pagi mummy , pagi daddy" sapa Daniel kepada dua orang tuanya.

"Pagi Dani , nah makan lah dulu sebelum pergi kerja" kata Puan Lauren sambil menguhulurkan sepinggan bihun goreng kepada anak kesayangannya.

"Thanks mum , by the way dad did you sent me the proposal who made by Tuan Hasyim last night ?" tanya Daniel sambil menghirup sedikit air tea panas yang dibuat oleh mummnya.

"Yup. Daddy nak Daniel tengok dulu proposal tu untuk projek seterusnya. If you don't like it , you can reject it" kata Tuan Danny kepada anak terunanya. Dia mahu memudahkan kerja anaknya yang mana harini adalah hari anaknya mengambil alih syarikat miliknya.

"Hm okey" ringkas Daniel.

"Dani about Aura?" tanya Puan Lauren. Dia tahu apa yang terjadi ketika itu , dia tau segalanya tentang hubungan anaknya dan Aura. Dia tidak mahu mereka terus bermasam muka sedangkan dulu mereka seperti isi dan kuku. Tidak pernah berpisah.

"About her I will settle by myself. Dani yang salah dalam hal ni jadi biar Dani sendiri yang uruskan hal ni. So U don't have to worry 'bout me and her" jelas Daniel. Dia yakin dia mampu untuk melembutkan hati Aura dan dia juga bertekad untuk mengejar semula hati Aura. Ye dia tahu dia tidak sepatutnya menghancurkan hati Aura tapi entah apa yang merasuki dirinya ketika itu.

"Yea you should. Darling , let him be dia tahu apa yang dia buat lagipun memang salah dia. Siapa suruh menduakan hati Aura tu kesian dia. Aura tu sedaya upaya datang kesana untuk jenguk Dani last-last hmm. Fake hope ! " ujar Tuan Danny. Selepas dia dapat tahu apa yang terjadi antara Daniel dan Aura , dia amatlah bengang terhadap perangai anak terunanya. Sanggup Daniel buat demikian pada Aura , dia sudah menganggap Aura ini seperti anaknya sendiri.

"Ishh abang ni ! Cakap tu bertapis lah sikit. Pity him"

"No darling ni memang salah dia. U ni manjakan sangatlah Dani ni. He already grown up man you know"

Daniel hanya mendengar sahaja ibubapanya sedang bergaduh manja tentang dirinya. Biasalah orang tua-tua bergaduh manja itu perkara biasa. Kejap lagi berbaik lah tu.

"Mum Dad I have to go now see ya" Daniel terus meninggalkan meja makan selepas dia menghabiskan makanannya. Dia terus mencapai kunci kereta Audi R8 miliknya dan terus menuju ke tempat kerjanya.

"Tengok tu ni U punya pasal lah ni. Anak dah merajuk dah" sambung Puan Lauren.

"Eh I pulak , betul apa yang I cakap. I tak rasa I salah cakap" lawan Tuan Danny.

"Dahlah kalau gaduh dengan U sampai esok pun tak sudah"

"Ergh Fine !" Kata Tuan Danny sambil berdiri lalu terus ke ruang tamu untuk membaca surat khabar.

>/<

Tingg ! Tingg !

Loceng di pintu masuk berbunyi yang menandakan ada seseorang telah masuk ke dalam kedai itu.

"Selamat Datang ke Lina's Florist. Ada apa yang boleh saya bantu?" Sapa Fiera yang sedang menyiram pokok-pokok bunga yang berada di kedai itu. Itulah antara peraturan di Lina's Florist ini. Jika ada pelanggan atau seseorang yang memasuki ke dalam kedai , kita seharusnya mengalu-alukan kedatangan pelanggan dan melayani mereka dengan baik.

"Hai ! Actually I ada order custom made gubahan bunga atas nama Thiani " kata pelanggan yang baru memasuki kedai bunga itu.

"Owh yea kejap ye" kata Fiera dengan lembut. Dia terus ke kaunter pembayaran untuk menyemak tempahan gubahan bunga atas nama Thiani itu.

"Cik menempah gubahan bunga menggunakan Bunga Baby Breath yang berukuran besar kan? Tanya Fiera untuk memastikan tempahan tersebut diterima pada orang yang tepat.

"Iya betul" jawap pelanggan tersebut.

"Okay ! Saya pergi ambil gubahan bunga yang cik order ye" izin Fiera.

Pelanggan itu hanya mengangguk kepala sahaja. Fiera terus ke belakang dan mengambil gubahan bunga yang ditempah oleh pelanggan itu dan memberikannya pada pelanggan tersebut.

"Wahh ! Cantiknyaaa !" Kata pelanggan itu teruja. Dia benar-benar kagum dengan hasil tangan yang dibuat oleh kedai bunga itu. Patutlah ramai yang memberi cadangan untuk membuat tempahan pada kedai ni. Hasil tangannya sangatlah cantik dan kelihatan sangatlah kemas pendek kata semuanya PERFECT !.

"Jadi totalnya RM 80 sahaja" kata Fiera.

Pelanggan tersebut memberikan not RM 50 sekeping dan not RM 20 empat keping. Selepas selesai pembayaran , gubahan bunga itu bertukar tangan dan sempat juga pelanggan itu berterima kasih kepada Fiera.

"Terima kasih cik , sila datang lagi ke kedai kami" ramah Fiera. Pelanggan itu hanya mengangguk dan memberikan senyuman yang anggun kepada Fiera.

Selepas pelanggan itu keluar daripada kedai Fiera terus menyambung kerjanya yang tergendala. Dia melihat jam pukul 2 30 minit tengahari. Kalau diikutkan Cik Aura sudah pulang 30 minit yang lalu daripada menghantar bunga kepada pelanggan.

Tingg ! Tingg !

"Selamat Dat-"





Bersambung~~

):)


Anyeong yeorobunn !! Long time no see yea. Actually this is my first time buat sampai 1000 words. Rasa cam bangga jap. HAHA. Okeylah jangan lupa vote and share kat kawan" tau. Bubyee😘

Aura Danisya (On Hold)Where stories live. Discover now