5

90 12 2
                                    

"Jangan ganggu Amel malam ni".

Okay. Malam ni Amel macam tiber sikit. Kenapa dia cakap macam tu tiba-tiba erk? Aku ada buat salah ke?

Aku yang berdiri depan peti sejuk tengah nak ambil air oren dalam jag terpatung sekejap bila Amel yang baru sahaja habis membuat kopi itu melintasi aku dan memberi amaran itu.

"Amel kenap--". Belum sempat aku tanya kenapa, isteri cantik gojes aku tu dah bla dulu dengan mug kopi sebesar alam di tangannya. Besarnya? Berapa liter air kopi Amel nak minum malam ni? Kenapa dia nak minum banyak sangat? Amel tengah stres ke?

Aku sebagai suami yang baik dan sangat merisaui si cantikku itu, terus membatalkan niatku untuk mengambil air oren tadi lalu menutup pintu peti sejuk. Kaki ku melangkah perlahan ke arah bilik belajar Amel.

Info: Aku memang sediakan satu bilik khas untuk Amel agar memudahkan urusan dia untuk belajar tanpa gangguan dan satu bilik khas untuk aku sendiri untuk bekerja, di rumah itu. Nanti kalau kami dah ada anak (AMIN 100×), bilik Amel tu akan dibesarkan sikit untuk dijadikan bilik tidur yang keempat untuk memuatkan anak-anak kami nanti hehe.

📂

Sampai je depan pintu bilik tu, terus aku intai Amel melalui bukaan kecil di pintu itu. Amel tak suka tutup pintu bilik belajar dia ni rapat-rapat sebab katanya takut gelap. Padahal aku rasa dah ada tiga lampu dalam bilik tu.

Aku tengok Amel tengah menggunakan kedua tangannya untuk menongkat sisi kepalanya di atas meja. Kepalanya tertunduk ke bawah dengan rambut yang tampak seperti tak terurus.

Sebenarnya...

Daripada pagi tadi lagi Amel berkurung dalam bilik ni. Si cantikku itu hanya keluar untuk makan tengahari je. Makan malam dia tak turun. Tadi pun keluar daripada bilik tu sekejap untuk buat kopi je.

"Amel stres belajar ni...". Aku bercakap dengan diri aku sendiri di balik pintu itu.

Kemudian, tanpa menunggu masa lagi... Aku terus masuk ke dalam bilik itu dan menghampirinya. Aku sentuh bahu dia menggunakan hujung jari telunjuk ku sebelum aku berkata,

" Amel... Idan keluar kejap tau".

Amel hanya mengangguk membuatkan aku tersenyum lebar lalu keluar daripada bilik itu.

📂

30 minit kemudian, aku balik ke rumah dengan kedua-dua tangan ku yang penuh dengan beg plastik yang berisi macam-macam barangan dan makanan serta minuman. Aiskrim pun turut sama ada tau!

Aku naik ke tingkat dua rumah ku itu dan masuk semula ke bilik belajar Amel. Sebelum tu aku sempat tengok yang dia masih dalam keadaan yang tak okay. Barangkali masih lagi sedang stres.

Aku lalu berdiri di sebelah kerusinya.

"Idan... Kan Amel dah cakap jangan ganggu". Tanpa berpaling ke arah ku, dia berkata.

"Si cantik... bangun sekejap. Idan ada hadiah untuk Amel". Amel tak menolak, dia turutkan sahaja walaupun dia tengah tidak mahu diganggu. Amel seorang isteri yang baik. Tak pernah menolak permintaan aku sebagai seorang suami.

"Pandang Idan kejap". Aku tolak dagu dia ke atas dengan jari ku agar mata kami dapat bertentangan.

Sesaat kemudian, aku cium lembut dahinya sebelum aku peluk badan si cantikku itu. Aku peluk dia sambil aku gosok bahagian belakang badannya dengan perlahan. Mula-mula Amel tak merespon tetapi...

"I'm proud of you, beautiful. Idan tak tahu berapa kali Idan dah cakap ni tapi Idan bangga dengan Amel. Idan tengok keputusan Amel sem-sem yang lepas. 3.98 is already good and excellent, Amelia. Idan bukan nak bagitahu yang Amel tak payah dapatkan 4.00 just because you already got 3.98 but I just wanna say that... Tolong jangan push diri Amel teruk sampai macam ni. Tak makan, tak rehat. Idan tak suka. Idan tak suka tengok Amel stres. Idan tahu, Amel tengah final year but that doesn't mean you have to torture yourself sampai macam ni sekali, hm? Idan sayang Amel. Idan tak nak Amel sakit kalau Amel terus berkurung dan stres macam ni aje. Amel rehat dulu okay?". Habis aje kata-kataku itu, terus terasa dia memeluk balik badan ku. Baju T aku basah terkena air matanya. Amel tak membalas kata-kata ku namun dia menangis.

Maka aku pun tunggu lah 5 minit sampai dia habis menangis kemudian...

" Idan ada belikan jajan sikit untuk Amel. Jom makan dengan Idan sambil tengok movie, nak?". Aku lepaskan pelukan ku dan bertanya.

"Idan beli apa?". Yayy! Amel tertarik!

Aku pun ambil plastik-plastik tadi.

"Idan ada beli aiskrim, Mister Potato, kek coklat sikit... Banyak lah! Kalau nak tahu lagi, Amel kena ikut Idan tengok movie okay?".

Amel mengangguk.

"Okay, take all of these and tunggu dekat sini. Idan kemaskan meja Amel dulu okay?".

Amel angguk lagi. Aku pun gosok kepala dia perlahan. Aww! Sayang sangat dekat isteri cantik aku ni!

Baru je aku nak mulai mengemas mejanya, dia memanggil.

"Idan...".

"Ya, saya?".

"Terima kasih. Amel sayang Idan". Amel pun cium pipi aku sekali. Habis merah telinga aku mat! HELEPPPP AKU BLUSHING!!!

"Hehe... Sama-sama, Amel. Idan sayang Amel lagi banyak".

📂

Ni untuk yang rindu pada Idan & Amel.
Tulis ni sebab kitonyo stres buat kerja + fikir pasal assignments tadi.

Diharapkan sayang-sayangku semua menyukai chapter ini hoho!

Biggest Love Ever ||OGWhere stories live. Discover now