Tamat separuh masa pertama perlawanan bola peringkat universiti itu, aku terus ke bahagian tempat duduk pemain. Dapat teguk air mineral sekali pun jadi la. Letih menjerit tengah-tengah padang tadi.
Aku mengambil tempat duduk betul-betul di sebelah jurulatih ku dan terus mencapai sebotol air mineral sejuk untuk diminum. Penutup dibuka dan dicampakkan entah ke mana-mana. Tak menyabar sangat nak minum air.
Tapi baru saja nak teguk air tu, ada wartawan daripada kelab universiti aku datang untuk menemu bual aku selaku kapten pasukan bola sepak. Ini yang aku tak gemor ni.
"Sekarang kita bersama Wildan Nu'aiman, kapten pasukan kita! Wildan, boleh kita interview sikit?". Wartawan bertagnama Fatini itu bertanya sambil menghulurkan aku mikrofonnya. Aku berdecak malas nak jawab sebenarnya tapi...
Bila aku angkat sahaja kepala untuk memandangnya, ada sesuatu yang membuat aku tersenyum serta-merta.
Apa benda?
Siapa?Jurukamera yang sedang merakam perbualan aku dan Fatini.
Anda ingin tahu siapa?
Sabar jap.
Aku dengan serta-mertas berdiri tegak. Fokus ku yang tadi berbaki sedikit untuk Fatini, terus tiada. Segalanya terus terarah pada si jurukamera yang kelihatannya seperti tidak suka untuk berada di situ.
Tak apa, aku dah biasa.
Hehe...
"Ya? Apa soalan tadi?". Aku soal Fatini balik. Tengok si cantik aku dekat depan mata, terus lupa soalan Fatini tadi.
"Boleh kita temubual Wildan sikit?". Fatini datang untuk berdiri di sebelah ku.
"Boleh tapi berdiri jauh sikit". Aku menjauhkan kedudukan aku dengan Fatini.
Fatini tengok aku dengan matanya terkelip-kelip. Dia macam, 'dah kenapa mamat ni?'.
"Bukan apa. Saya nak jaga hati orang". Aku membalas tanpa ditanya membuatkan si jurukamera menerbalikkan bebola matanya. Menyampah dengan perangai aku yang sangat straight forward tu.
Mana tidaknya... Disebabkan perangai aku itu juga lah satu universiti sudah tahu bahawa aku sukakan dia.
"Tidak mengapa, Wildan. Kami semua faham". Fatini tersengih-sengih. Dia juga turut tahu betapa besarnya cinta aku yang bertepuk sebelah tangan ni dekat si jurukamera. Cringe lah pula bunyinya!
🎤
"Amel, tunggu sekejap!". Aku memanggil Amel daripada kejauhan. Aku tahu sebenarnya dia nampak saja aku tadi tapi sengaja dia guna jalan jauh untuk mengelat daripada aku. Barangkali masih marah kerana hal temubual tadi.
(Sepanjang temubual tadi, aku asyik renung dia saja. Ya, dia lah jurukamera yang aku maksudkan tu hehe.)
Aku nampak Amel menjatuhkan bahunya dengan kasar sebelum memberhentikan langkahnya dan berpaling ke arah aku. Terus aku berlari anak ke arahnya sambil tersenyum lebar.
"Hai, Amel". Aku lambai besar ke arahnya. Amel hanya pandang aku dengan pandangan bosan.
"Nak apa?". Amboi! Garang!
"Kenapa Amel tak tegur pun Idan tadi?".
Amel angkat keningnya macam, 'dah kenapa pula aku nak tegur kau?'.
"Bila?". Amel tanya aku.
"Time interview tadi". Aku menggaru-garu bahagian belakang leher ku.
"Saja tak nak tegur". Jawabnya dengan jujur membuatkan aku pegang bahagian dada ku. Buat-buat sakit hati.
Bila aku tengok Amel masih memberikan reaksi yang sama, aku berhenti berlakon sebelum mengeluh kecil sebelum aku akhirnya menyatakan hasrat aku yang sebetul-betulnya.
Aku buang pingat hadiah sebagai pemain terbaik yang aku perolehi daripada pertandingan tadi lalu aku hulurkan kepada Amel.
"Apa ni?".
"Pingat. Idan nak bagi ni dekat Amel. Ambil lah".
"Kenapa pula?". Semakin lama, Amel semakin pelik dengan aku.
"Sebab Idan suka Amel. Jadi, saya bagi barang berharga saya untuk Amel". Macam pelik je alasan aku. Kan? Ke tak?
"Lelaki pelik". Amel menjeling aku tapi dia sambut juga huluran aku.
Senyum lebar tertampal pada wajah aku.
"Aku simpan aje. Tak ambil pun". Ujar Amel.
Belum sempat aku nak balas apa-apa, dia dah berlalu pergi. Pingat yang diambil, disimpan di dalam poket seluarnya.
"Bye, Amelia Aleena!".
🏅
Hai sayang-sayangku!
Setelah tiga bulan tak update cerita ni, akhirnya saya update juga
(walaupun tengah hiatus)
kerana ada yang meminta untuk cerita ini diupdate dan memandangkan saya sangat happy harini, saya updated lah hehe!Harap sayang-sayangku semua suka chapter kalini!
Jumpa lagi 3 bulan depan :D
(jk)
YOU ARE READING
Biggest Love Ever ||OG
Romancesecond short story from me! 🍭 Amelia Aleena. Aku panggil si cantik ni 'Amel'! Dia isteri aku hehe. Amel ni garang, beku, suka masak. Walaupun Amel garang, Amel sayang aku tau! ... Wildan Nu'aiman. Aku panggil dia 'Idan'. Dia ni suami aku. Idan ni s...