Bab 7

1.8K 157 22
                                    

Hayfa menjeling ke arah Syaqil yang sedang sibuk meneliti dokumen di dalam bilik kerjanya. Dia letakkan secawan kopi di atas meja kerja Syaqil. Matanya tertancap pada buku 'Men are from mars women are from venus' di atas meja Syaqil. Pantas dia ambil dan belek buku tersebut.

"Hai untunglah orang tu kan. Ada rakan sekerja yang bagi nasi lemaklah, bagi bukulah." Kata Hayfa dengan nada sinis.  Bibir Syaqil sudah terjongket menahan senyum apabila mendengar kata-kata Hayfa, pantas dia dongakkan kepalanya memandang Hayfa.

"Memang untung pun. Hai nasiblah aku ni handsome dan hot sebab tu ramai yang tergila-gilakan aku. Kenapa kau jealous ke?" Soal Syaqil.

"Ehh nak jealous kenapa pulak. Tak heranlah siapapun nak tergilakan abang, sebab Faa pun cantik dan hot jugak. Sekali Faa petik jari sepuluh yang datang tau." Kata Hayfa sambil dia angkat sepuluh jarinya pada Syaqil. Syaqil sudah tersenyum sinis melihat Hayfa.

"Wow yakinnya kamu. Confident level tu beli kat pasar malam eh?" Soal Syaqil sambil tersengih dengan wajah seolah-olah mengejek Hayfa. Hayfa menahan geram apabila melihat ke arah Syaqil. Tapi dia berusaha untuk sabar.

"Abang tahniahlah. Tadi dalam mesyuarat pengetua puji abang kan sebab boleh bertahan dengan kelas Sapphire tu dan ada perubahan pada sikap para pelajar tu." Ucap Hayfa.

"Well, kau tengoklah siapa cikgu diaorang, ini Syaqil Asran tau.  Mak singa macam kau pun aku boleh jinakkan inikan pulak setakat budak-budak tu." Kata Syaqil selamba.

"Heii abang!! Suka hati abang je panggil Faa mak singa kan." Marah Hayfa.

"Yelah. dulu kau bukan macam mak singa ke? Sikit-sikit merajuk nak marah. Jenuh jugak aku nak melayan kerenah kau. Tapi tu dulu la. Sekarang memang taklah aku nak melayan rajuk kau lagi." Ucap Syaqil.

Hayfa mengepal penumbuknya menahan geram. Mulut Syaqil sekarang memang pedas. Ada je ayat nak sakitkan hatinya. Kini otaknya ligat cuba memikirkan cara untuk mengenakan Syaqil kembali.

"Abang.. Tadi abang dengar kan. Sekolah kita nak adakan pertandingan kelas untuk persembahan hari guru. Hari guru tahun ni temanya bollywood. Jom kita bertaruh untuk persembahan hari guru nanti. Kelas siapa kalah. Dia kena ikut perintah orang yang menang selama seminggu. Kalau Faa menang abang kena ikut kata Faa seminggu." Kata Hayfa sambil tersenyum sinis.

"Woww menarik. Kau jangan menyesal kalau kelas aku yang menang." Kata Syaqil sambil tersenyum nakal. Kini dia bangun dari duduknya dan berjalan ke arah isterinya. Hayfa melangkah hingga ke belakang apabila Syaqil mendekatinya, dia melangkah sehingga  belakang badannya  bertemu dengan dinding. Kini Syaqil memaku kedua tangannya tepi dinding betul-betul di tepi kepala Hayfa. Terkedu Hayfa apabila Syaqil begitu dekat dengannya. Rasa berdebar dadanya saat ini melihat wajah tampan suaminya.

"Faa meneysal? Tak mungkin. Ingat sikit kelas Faa tu kelas tingkatan lima terbaik di sekolah tu. Kelas abang pulak kelas yang paling susah nak handle. Abang takkan dapat handle pelajar tu semua." Kata Hayfa sambil dia memberanikan dirinya untuk melawan pandangan nakal Syaqil padanya. Dia yakin Syaqil takkan dapat pujuk kelas Sapphire untuk turut serta dalam persembahan. Kerana dia dengar daripada mulut guru lain, semua pelajar kelas tersebut menolak untuk ikuti apapun pertandingan yang pihak sekolah jalankan melainkan acara sukan. Kelas itu  merupakan kelas yang pelajarnya paling nakal dan susah nak dikawal. Mustahil Syaqil nak ajak semua pelajarnya itu melakukan latihan untuk persembahan.

"Jangan yakin sangat Raja Hayfa Hanina. Aku takut kau tergigit lidah termakan kata-kata sendiri nanti. Just be ready untuk ikut segala arahan aku seminggu." Bisik Syaqil dengan nada psiko di tepi telinga Hayfa. Lalu dia tenung ke dalam anak mata Hayfa sambil tersenyum sinis.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now