Bab 4

2.1K 150 21
                                    

Pagi itu awal lagi Syaqil sudah melangkah keluar dari bilik guru. Hayfa yang baru nak melangkah masuk ke dalam bilik guru mengerutkan dahinya apabila bertembung dengan Syaqil di depan pintu. Kemana Syaqil nak pergi awal-awal pagi ni. Kelas pun belum mula lagi. Syaqil dengan selambanya berjalan melintasi Hayfa. Dia buat-buat seperti tidak kenal Hayfa.

Hayfa sudah mengepal penumbuknya menahan geram. Kalau yer pun kau buat-buat tak kenal sebab taknak orang tahu kita ni suami isteri, tak boleh ke kau sapa aku sebagai rakan sekerja. Dah la aku siapkan breakfast pagi tadi pun kau blah gitu je tak makan. Semalam bukan main pesan suruh siapkan breakfast bagai. Hayfa sudah merengus geram dalam hatinya.

Setelah beberapa ketika kedengaran loceng dibunyikan. Para pelajar melanglah masuk ke dalam kelas masing-masing. Syaqil merenung jam di tangannya. Waktu pertama dia perlu masuk ke dalam kelas tingkatan lima Sapphire untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. Syaqil berjalan laju menuju ke kelas tingkatan lima Sapphire. Sampai je di depan pintu perlahan dia menolak pintu kelas tersebut yang tertutup rapat itu.

"Ambik ni!!!" Jerit para pelajar dalam kelas tersebut. Baru saja pintu dibuka laju ada berpuluh biji telur dan belon air yang dilempar oleh pelajar kelas itu ke arah pintu yang sedikit terbuka ini. Mereka terus melontar ke bahagian depan kelas itu. Muka mereka masing-masing tersenyum gembira kerana dapat mengenakan guru kelas yang baru. Masing-masing tak sabar nak tengok reaksi guru baru apabila kena baling dengan telur dan belon air. Tapi tiba-tiba senyuman mereka mati.

Ternganga mulut mereka masing-masing apabila melihat benda yang masuk ke dalam ke kelas mereka adalah batang mop yang dipasang pada kereta control yang besar. Batang mop itu diubah suai, ia diikat dengan satu lagi kayu yang membentuk tangan seperti patung orang-orang di sawah padi. Lalu dipakaikan baju kemeja. Atas kepala kain mop itu pula dipakaikan topeng muka hantu, dengan kain batang mop yang berserabai itu membentuk seperti rambut. Jadi yang mereka baling telur tadi bukan terkena guru mereka. Tapi terkena patung orang-orang yang dibentuk oleh Syaqil.

Syaqil mengawal kereta control tersebut hingga patung itu berhenti betul-betul di tengah-tengah kelas itu. Sambil dia melangkah masuk ke dalam kelas dan tersenyum sinis di sebalik kaca mata hitamnya.

"Wow, what a nice try class. Korang nak kenakan cikgu ya. Tapi malangnya cikgu korang ni berganda lagi bijak dari korang." Kata Syaqil kuat. Kini dia letakkan pencil casenya dan remote kereta control tersebut di atas meja guru. Dia buka cermin mata hitamnya lalu dia memandang tajam wajah kesemua pelajarnya.

Para pelajar di dalam kelas itu merenung Syaqil dengan renungan yang tajam. Cuma ada beberapa orang pelajar perempuan yang tersengih-sengih melihat wajah tampan Syaqil. Kelihatan seorang pelajar lelaki dengan gaya nerd dan berkaca mata besar hanya menundukkan wajahnya seperti serba salah dan di hujung kelas di tepi tingkap. Ada seorang pelajar lelaki yang tidur. Tidak dihiraukan rakan-rakannya yang lain. Dia letakkan kaki di atas mejanya. Dia tutup mukanya dengan buku dan dia tidur.

Boleh tahan lain macam kelas ni. Masing-masing nak tunjuk lagak besar kepala ya. Korang tunggu nasib korang nanti bisik hatinya.

"Ketua kelas dah boleh bagi salam dan selamat pagi pada cikgu." Arah Syaqil. Raaziq Amansyah yang memegang jawatan sebagai ketua kelas hanya tersenyum sinis pada Syaqil. Dia buat tak tahu je, sebaliknya dia ambil lollipop di bawah mejanya. Dia buka plastik dan dia sumbat lollipop tersebut masuk ke dalam mulutnya lalu dia duduk di kerusinya. Rakan-rakannya yang melihat perilaku ketua kelasnya pantas membuat bising dan hal masing-masing mereka beriak seolah-olah Syaqil tiada di situ.

Syaqil melepaskan keluhan berat. Dia tolak dinding pipinya dari dalam menahan geram. Kurang ajar betul budak kelas ni kan. Korang buat tak tahu je kat aku. Bisik hatinya. Pantas Syaqil ambil tong sampah kecil di tepi meja guru dan dia berjalan ke arah Raaziq. Dia letakkan tong sampah itu di lantai.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now