Bab 2

2.2K 171 24
                                    

Rafee masuk ke dalam sebuah cafe mewah,matanya meliar mencari kelibat seseorang. Apabila dia ternampak kelibat Syaqil pantas bibirnya melorekkan senyuman. Lalu dia melangkah laju ke arah Syaqil.

"Hai bro dah lama ke tunggu. Sorry aku lewat sikit jalan jammed tadi. Harini aku drive kereta." Kata Rafee sambil dia tepuk bahu sahabatnya sebelum dia duduk di depan Syaqil. Syaqil anggukkan kepalanya dan tersenyum pada sahabatnya yang sebaya dengannya itu.

"Kau balik sini bila? Kenapa tak beritahu aku pun? Kenapa kau panggil aku harini ni?" Soal Rafee. Sambil matanya melirik ke arah meja. Kelihatan Syaqil sudah siap orderkan minuman kesukaannya. Syaqil memang tahu benar seleranya.

"Aku balik tiga hari lepas. Sibuk sikit ada benda kena uruskan." Jawab Syaqil. Tiba-tiba kerusi yang disebelah Rafee ditarik oleh seseorang. Tanpa salam dan tanpa teguran individu tersebut dengan selambanya duduk di sebelah Rafee.

"Hai abang Syaqil. Sorry Najla lewat sikit. Ada apa abang ajak Najla jumpa ni." Soal Najla sambil merenung tepat ke arah Syaqil. Syaqil hanya tersenyum melihat telatah selamba Najla.

Dahi Rafee terus berkerut dan terkejut apabila melihat wajah individu yang duduk di sebelahnya. Kini Najla juga menoleh ke arah Rafee. Mata mereka bertembung antara satu sama lain.

"Kau!" Spontan perkataan itu terkeluar dari mulut Rafee dan Najla.

Macam mana minah sewel yang serang aku haritu boleh ada kat sini. Kau ikut aku ke minah sewel. Bisik hati Rafee.

Heii,macam manalah mamat kerek rambut mengalahkan orang utan ni boleh ada kat sini. Dia tak puas hati lagi ke pasal kes di hotel tempoh hari. Najla mengetapkan giginya menahan marah. Dia ingat lagi dia telah menyerang Rafee tiga minggu lepas, disebabkan dia geram client syarikat Corsix Holding banyak beralih ke Syarikat Rexus Holdings kerana Syarikat baru itu menawarkan khidmat cyber security yang sama seperti syarikatnya. Disebabkan hal ini ramai orang memandang rendah kepadanya. Kata mereka disebabkan dia perempuan dia tak sehebat papanya iaitu Noah Isaac dalam menguruskan syarikat dan teamnya.

"Korang dah kenal ke atau korang berdua pernah jumpa?" Soal Syaqil sambil dia jongketkan keningnya. Pelik dia melihat respon Rafee dan Najla.

"Tak kenal!" Jawab mereka berdua serentak dengan kuat. Bibir Syaqil sudah terjongket menahan senyum. Walaupun mereka berdua menipu tapi Syaqil boleh agak pasti mereka berdua telah bertemu sebelum ini.

"Okeylah Najla taknak buang masa kat sini. Makin lama Najla duduk sini rasa panas pulak. Almaklumlah ahli neraka kat sebelah ni. Cepat bagitahu kenapa abang Syaqil panggil Najla datang sini." Ucap Najla selamba. Rafee yang sedang mencicipi air yang telah di order oleh Syaqil pantas tersembur air yang diminumnya apabila mendengar Najla mengatanya ahli neraka. Kurang asam boi punya perempuan ahli neraka kau kata aku. Air kopi itu habis terkena muka dan baju Najla.

"Euwww...apa ni! Hei kau dah kenapa orang utan nak sembur air kat aku?" Marah Najla. Pantas dia capai tisu di atas meja makan tersebut dan dia lap wajah dan bajunya yang terkena air itu. Terus dia bangun berdiri dari duduknya. Rafee pula sudah terkedu. Malu rasanya dia tersembur air pada Najla. Tapi terbersit sedikit dalam hatinya untuk ketawa padan muka Najla kerana telah sesuka hati mengatanya ahli neraka.

"Itu balasan untuk kau minah sewel. Sebab kau selamba je nak kata aku ahli neraka kan. Kau sapa yang nak tentukan syurga neraka aku. Kau kawan malaikat malik ke kat neraka tu hah? Lagi satu rambut aku punya elok okey, aku rasa rambut aku lagi lawa dari rambut kau disebalik tudung kau tu. Jadi jangan sesuka hati nak kata rambut aku macam orang utan." Sinis saja jawapan Rafee dengan wajahnya yang tersenyum nakal.

"Kau ni memang nak ke..." Belum sempat Najla habiskan ayatnya. Syaqil terlebih dahulu menahan pergaduhan itu dari melarat.

"Sudah-sudah. Korang dua jangan bergaduh boleh tak. Aku panggil korang berdua datang sini sebab ada job sikit nak bagi. Najla duduk dulu." Arah Syaqil.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now