Diruang tamu yang besar, luas dan mewah. Faiz duduk disofa berwarna putih sambil itu, tangannya membuka tali lehernya.
"Dato? Dato nak minum ke? " Tanya Mak Nah, pembantu rumahnya. Sudah 10 tahun dia menjadi pembantu dirumah itu. Dia amat kenali dengan majikannya. Selepas isteri majikannya meninggal. Hidup majikannya terasa sunyi dan kosong. Makan pun 2/3 suap sahaja.
"Tak apalah Mak Nah. Nanti kalau saya haus saya ambil sendiri. " Balas Faiz sambil tersenyum nipis.
"Baiklah Dato, kalau macam tu saya mintak diri dulu. " Kata Mak Nah sebelum pergi dari situ. Faiz hanya mengangguk.
"Haih... " Faiz Mengeluh kecil
Selesai sahaja mereka makan di restaurant. Nazmeen dan Iman terus berlari naik keatas. Maklum lah tadi beli mainan baru memang seronok lah. Memang setiap hari Faiz membelikan anak-anaknya mainan baru. Padahal bukan arwah isterinya tidak memesan supaya jangan manjakan sangat anak-anak dengan mainan. Nanti susah.
Dia terbaring kepenatan disofa. Nasib baik dia sudah memberi tahu Personal Assistant nya bahawa dia balik awal hari ini.
Tiba-tiba dia teringatkan Zalikha. Wanita yang membuat hatinya sedikit tercuit. Dan dalam masa yang sama. Dia juga teringatkan arwah isterinya.
Flashback
"Abang... Isya nak mintak something boleh? " Kata Farisya sambil mengedipkan matanya.
"Apa sayang? "
"Tapi abang janji jangan marah Isya okay? " Kata Isya lagi. Faiz hanya mengerutkan dahinya
"Sayang... Listen. Abang pun tak tahu apa yang sayang nak. Tapi selagi abang boleh tunaikan. Abang akan tunaikan, okay? "
"Hmm... Andai suatu hari nanti Allah tarik nyawa Isya masa Isya melahirkan anak kita. Isya nak sangat abang cari ibu yang boleh jaga anak kita dengan baik, yang anggap anak kita macam anak kandungnya sendiri. Isya harap sangat abang dapat carikan pengganti Isya. Dan dia dapat terima anak kita. Isya taknak anak kita hilang kasih sayang seorang ibu. At least bila abang cari pengganti Isya anak kita tak hilang kasih sayang dari seorang ibu walau pun bukan Isya. Itu permintaan Isya, abang. " Pinta Farisya agak sayu didengar.
"Sayang. What are you talking about? Sayang listen here, no matter what happens I will not let anything happen to you. Please don't say this again. I don't like it... " Dia mengambil tangan isterinya lalu memegang erat dan mengucup lembut tangan isterinya.
"Isya tanya je... Mana tahu Isya yang pergi dulu. Isya takut Isya tak dapat nak tengok anak kita masa lahir. Isya takut anak kita hilang kasih sayang dari seorang ibu... " Kata Farisya sambil mengusap perutnya yang memboyot itu
"Isya sayang, tak baik tau cakap macam tu. Kata-kata itu doa. Insya Allah Isya boleh jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita. Okay sayang? "
Farisya tersenyum nipis sebelum memeluk erat Faiz
End Flashback
"Isya... Abang rindu sangat dekat Isya. Abang dah cuba untuk bagi anak-anak kita ibu. Tapi abang tak kuat... "
Lama kelamaan Faiz terlelap disofa itu.
_________________________________________
Zalikha -
"WEHHHHHH! AKU ADA CERITA NI!!! "- Qalisya bestie💅🏻
"Kau apahal gila! Tiba-tiba call aku pastu ada cerita. "
YOU ARE READING
CIKGU AKU, DUDA? [OG]
Romance🤍𝐅𝐚𝐢𝐳𝐗𝐙𝐚𝐥𝐢𝐤𝐡𝐚🤍 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐋𝐮𝐯𝐟𝐬𝐲𝐚𝐚 ZALIKHA BALQIS - Seorang gadis polos dan tidak tahu malu. berumur 17 tahun. Cantik seperti perempuan melayu terakhir, pelajar di sekolah SMK Seri Jaya. Zalikha amat minat akan c...