"Sir Faiz? " Soal Zalikha. Aduh Zalikha Balqis... Dah tahu tu adalah Faiz, pergi tanya lagi. Tak ada soalan lain ke? Nasib baiklah Faiz penyabar orangnya.
"Tak adalah. Jodoh awak. " Gurau Faiz.
"Ehhh kalau jodoh saya macam ni rupanya. 10 tahun kena tunggu pun saya sanggup tunggu! " Jujur Zalikha.
"Hahaha... Haih macam-macam lah awak ni. How do you feel? Better? " Tanya Faiz dan mengambil berat tentang Zalikha.
"Alhamdulillah sikit je ni... Bukan luka sangat pun. " Balas Zalikha.
"Ehh jemput masuk sir kang apa pula jiran cakap kan? Lainlah kalau kita dah kahwin... Hihi! " Kata Zalikha. Amboi Zalikha makin gatal ya?
Faiz tersenyum kemudian masuk ke dalam rumah agam tersebut.
Dia terus menyalami Encik Hisham.
"Assalamualaikum uncle... " Salam diberi.
"Waalaikumsalam, jemput duduk dulu ya? " Pelawa Encik Hisham.
"Ha Faiz jemputlah minum dulu ya? Nanti dah siap makanan ni aunty panggil. " Kata Puan Aisya pula.
"Zalikha! Sini tolong mama. Pergi hantar air ni kedepan. Suruh cikgu Faiz kamu tu minum dulu sebelum makanan ni siap. " Suruh Puan Aisya pada anaknya.
"Okay mama. " Zalikha membuat apa yang disuruh Puan Aisya.
"Nah! Jemputlah minum sir. "
"Terima kasih, Zalikha. "
"Sama-sama! " Balas Zalikha
"Ha Faiz. Kamu dah lama ke mengajar di sekolah Zalikha tu? " Soal Encik Hisham.
"Baru lagi je uncle... " Balas Faiz.
"Ohh... Boleh uncle tahu, Sebelum kerja cikgu ni kamu kerja apa? " Soal Encik Hisham lagi.
"Security guard saja. " Bohong Faiz.
"Ohh... Aihh... Segak-segak macam ni dapat kerja security guard saja? Biar betul... " Soal Encik Hisham lagi. Terkejut juga apabila dia mendengar Faiz sebelum ini hanya bekerja sebagai security guard sahaja. Rupa ada. Duit ada. Pakai kereta Audi RS5 pula tu.
"Hahaha. Biasa je uncle. " Balas Faiz tenang.
"Bang makan malam dah siap ni, ajaklah Faiz tu makan ya. " Panggil Puan Aisya.
"Ha baiklah. Faiz, mari makan. " Pelawa Encik Hisham.
"Baik uncle... " Balas Faiz lembut dan hormat. Sejujurnya Faiz sangat menghormati orang tua. Baginya, menghormati orang tua adalah satu kewajipan buat semua remaja diluar sana.
"Yeay! Makan! Makan! " Kata Zalikha dengan ceria.
Faiz hanya tersenyum melihat gelagat Zalikha.
"Maaflah ye Faiz? Zalikha memang macam tu orangnya. Bab makan laju aje dia tu. " Kata Puan Aisya. Semua yang diruang makan itu pula tertawa termasuk Faiz.
"Ishh! Mama! Janganlah bagitahu sir! Malu lah Ikha. " Kata Zalikha. Pipinya pula sudah merah akibat malu. Lagi-lagi depan bakal suami! Eh ehh!! Lain macam!
"Betul kan? Hahaha... Dah lah. Mari makan. "
Zalikha menuangkan nasi di pinggan-pinggan tersebut.
"Ha sir nak lauk apa? " Tanya Zalikha.
"Apa-apa pun boleh. "
"Ha sir makan tak tempoyak ni? Mama buat sedapp tauu! " Kata Zalikha sambil menuangkan ikan patin masak tempoyak di pinggan Faiz.
YOU ARE READING
CIKGU AKU, DUDA? [OG]
Romance🤍𝐅𝐚𝐢𝐳𝐗𝐙𝐚𝐥𝐢𝐤𝐡𝐚🤍 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐋𝐮𝐯𝐟𝐬𝐲𝐚𝐚 ZALIKHA BALQIS - Seorang gadis polos dan tidak tahu malu. berumur 17 tahun. Cantik seperti perempuan melayu terakhir, pelajar di sekolah SMK Seri Jaya. Zalikha amat minat akan c...