BAB:42

131 5 0
                                    

"Hati-hati... hati-hati sayang"

K mengerutkan dahinya ketika melihat tingkah laku berlebihan milik Shafiq. Pasangan suami isteri itu entah kenapa buatkan dia kesal. "Kenapa kau panggil kami semua ni?" Soal Jibril yang dari tadi hanya diam melihat kedua pasangan itu. Shafiq mula tersenyum lebar. Senyuman terukir dibibirnya.

"Ehem! Kita akan dapat keluarga baru dalam 7 bulan yang akan datang!" Katanya bersemangat. Terbeliak mata Tiffany ketika mendengar kata-kata itu. Pantas dia mendekati Orkid yang dari tadi hanya tersenyum. "Seroja mengandung ke?" Soal Tiffany teruja. Melihat Orkid mengangguk membuatkannya memeluk wanita itu erat. "Wahh tahniah!!" Ujar Tiffany bersemangat.

"Berapa bulan tu?" Tiba-tiba Izrail mencelah. Entah kenapa la dia boleh termasuk ke dalam kumpulan ini. "Baru 2 bulan...terima kasih sebab benarkan Shafiq berhenti kerja ye" kata Orkid lembut. Shafiq meletakkan jawatannya ketika mereka berdua bernikah sebulan yang lalu. Lelaki itu mula mengurus syarikat ayahnya dengan tekun dan tegas.

Izrail mengangguk singkat. Dia lalu memandang ke arah Shafiq. "Tahniah bro" ujarnya tanpa nada. Shafiq yang mendengar ucapan itu terus memeluk tubuh Izrail erat. "Huhu boss, boss cakap tahniah dekat saya? Terima kasih banyak-banyak boss!!" Ujar Shafiq terharu. K yang melihat tingkah tidak sopan milik lelaki itu dengan pantas menendangnya kuat.

"Woi, kau fikir dia abang kau?" Marah K sambil memegang kerah baju Shafiq. Lelaki yang bakal menjadi ayah itu tersengih lebar. Izrail menyuruhnya bersikap santai setelah dia berhenti bekerja dengan lelaki itu. "Aku tak kesah pun" kata Izrail masih lagi tanpa nada. Kini pandangan matanya mula tertumpu pada Tiffany yang sedang menunduk itu.

"Bang" dia mula memanggil Jibril. Isyarat tangan diberikan supaya lelaki itu memerhatikan isterinya. "Oh, thanks" Jibril menepuk perlahan bahu Izrail lalu dia berjalan mendekati Tiffany. "Kenapa ni sayang? Awak tak sedap badan ke?" Soal Jibril lembut. Bahu isterinya itu dipeluk dengan senyuman dibibirnya.

"Eh tak ada la...nanti nak tak pergi beli hadiah untuk Seroja dengan Shafiq?" Soal Tiffany ceria. Jibril memandang wajahnya lama. Dia tahu wanita itu pasti memikirkan sesuatu. "Boleh, sayang nak beli apa?" Soal Jibril kembali. Tiffany mula memikirkan hadiah yang akan dibelinya. "Kita tengok dulu nanti" balasnya sambil tersenyum. Jibril hanya mengangguk lalu mengucup lembut dahi isterinya.

"Jibril" tiba-tiba suara K menyapa pendengaran mereka. Lelaki itu melihat ke arahnya sambil memeluk tubuh. "Kau kena pergi Jepun dalam dua hari lagi" kata lelaki itu membuatkan senyuman dibibir Tiffany memudar. Dia langsung melihat ke arah suaminya itu. "Abang ada kerja ke?" Soalnya sedih.

"Iya sayang. Tak lama mana pun, cuma seminggu je. Awak boleh tunggu abang kan?" Ujar Jibril lembut. Kepala isterinya diusap perlahan. Dia tidak boleh membawa Tiffany kerana jadualnya yang terlampau sibuk. Wanita itu terpaksa menetap di Malaysia sendirian tanpanya. "Alaaa" Tiffany mula memeluk Jibril erat. Bajunya yang terasa basah membuatkan dia melihat ke arah wajah isterinya.

"Allah, kenapa menangis ni sayang? Abang tak lama pun la" air mata yang menuruni pipi Tiffany dikesat lembut. Wanita itu entah kenapa semakin manja dengannya semenjak mereka berkahwin. Habis hilang semua keganasan Tiffany, kini wanita itu selembut tisu yang akan koyak ketika dia menuangkan sedikit sahaja air.

"Akak janganlah menangis" Orkid mula mendekati Tiffany. Ibu mengandung itu mula berkaca ketika melihat wanita itu menangis didalam pelukan Jibril. Lantas esakan kecil kedengaran. "E-eh, yang awak menangis ni kenapa?" Shafiq mula tidak tentu arah ketika melihat isterinya menangis. Kini mereka mula melakukan sesi memujuk isteri mereka itu.

K yang melihat situasi tidak menyenangkan itu hanya mampu mengeluh sahaja. Izrail pula hanya memandang tanpa mengatakan apa-apa. Sepertinya lelaki itu terkejut melihat air mata Tiffany dan Orkid. Maklumlah baru pertama kali tengok perempuan menangis.

 Maklumlah baru pertama kali tengok perempuan menangis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang pergi dulu"

Tiffany memandangnya tanpa menjawab. Masih terlihat jelas mata isterinya yang sembab kerana menangis terlalu lama. Jibril mula mengukir senyum. "Janganlah pandang abang macam tu...nanti abang tak sampai hati nak tinggal sayang" ujar Jibril sambil memegang kedua pipi isterinya.

Tiffany memuncung sedih. Entah kenapa dia menjadi manja dan suka menangis. Hakikatnya dia tidak suka terlihat lemah di mata lelaki itu tetapi melihat suaminya akan pergi jauh membuatkannya menjadi lemah. Habis terkeluar semua kelemahannya di hadapan Jibril.

"Abang hati-hati dekat sana. Jangan nak menggatal dengan perempuan Jepun eh dekat sana! Kalau saya tahu saya terbang ke sana sambil bawak parang!" Ujar Tiffany memberi amaran. Jibril ketawa kecil. Kepala dianggukkan sedikit sebelum dahi wanita itu dikucupnya.

Tiffany memandang belakang tubuh suaminya sehingga kelibat lelaki itu menghilang. Satu helaan keluar dari mulut Tiffany. Dia lalu masuk ke dalam rumahnya semula. "Bosannya...nak main apa eh hari ni?" Telefon diambil lalu dia melihat ke arah skrin telefonnya. Nombor kenalan-kenalan nya dilihat satu persatu.

"Kalau call Seroja macam mengganggu...kalau call K pula macam tak akan diangkat...aku nak call siapa eh?" Giat kepalanya memikirkan gerangan orang yang akan menjadi mangsanya. Tiba-tiba satu nombor menarik perhatiannya. "Hm...." Lama dia memandang nombor telefon itu.

Beberapa saat kemudian nombol itu ditekan lalu dia menunggu mangsanya mengangkat. "Helo?"

"Jom jumpa!"

Panggilan ditutup lalu dia terus naik ke atas. Tudung diambil lalu disarungkan.

Kring..kring...

Telefon berbunyi menandakan seseorang menelefonnya. Pantas Tiffany mengangkat panggilan telefon itu setelah tudungnya dibetulkan. "Iya? Aku dah siap ni" ujarnya tanpa menunggu orang itu bersuara.

"Kita nak ke mana?" Suara dingin milik Izrail terdengar di dalam panggilan itu. Entah apalah yang difikirkan oleh wanita itu. Tiba-tiba menelefonnya lalu mengajak berjumpa.

"Ala, kau datang je sini. kau nak aku maafkan kau kan? Hari ni kau jadi kuli aku" kata Tiffany lalu terus menutup panggilan itu.

Izrail tercengang saat panggilan telefon itu ditutup. Wajah bawahan-bawahan yang sedang memandangnya itu ditatap datar. "Mesyuarat ditangguhkan" kata Izrail tanpa nada. Semua orang yang berada di dalam bilik itu tidak dapat menyembunyikan kebingungan mereka.

K yang berada disebelah Izrail dengan pantas melihat ke arah tuannya itu. "Ada musuh ke boss? Kenapa tiba-tiba tangguhkan perjumpaan ini?" Stephanie menyoal bingung. Izrail memandang wanita itu datar. "Kakak ipar aku ajak jumpa. Malam ni kita jumpa balik" katanya lalu terus keluar dari situ.

K menepuk dahi sementara Stephanie masih lagi memandang bossnya hairan. Semua bawahan yang lain pula mula berbisik-bisik sesama sendiri. Tidak pernah lelaki itu menangguhkan mesyuarat mereka. Lagi-lagi apabila mesyuarat itu untuk membuat strategi bagi mengalahkan musuh mereka.

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now