BAB:53

93 4 0
                                    

"Assalamualaikum" Pintu wad dibuka beserta dengan salam. Jibril masuk ke dalam bilik itu dengan senyuman kecil di wajahnya. Tiffany yang sedang duduk di atas katil sambil mendukung anak lelaki mereka dipandang lembut.

"Waalaikumussalam, abang" lembut Tiffany membalas salam itu. Jibril mendekati Tiffany lalu mengucup singkat dahi wanita itu. Anak lelaki mereka yang didukung itu juga dicium lembut diikuti anak perempuan mereka.

"How can this little baby look so beautiful? Look at the way he sleeps...so cute" perlahan Tiffany berkata. Jibril yang mendengar kata-kata itu tersenyum kecil. Benar, anak-anak mereka sungguh comel dan cantik. Have you thought of a name for them yet?" Soal Jibril perlahan. Dia takut mengejutkan anak-anak yang sedang tidur itu.

"Yeah, Muhammad Thaqeef Hilman and Thalia Nur Husna" balas Tiffany dengan senyuman dibibir.

"Thaqeef dan Thalia...." Jibril menyebut nama-nama itu perlahan. Akhirnya air matanya mengalir jua menuruni pipi. Dia bahagia. Kebahagiaan ini adalah kebahagiaan yang tidak akan pernah dia lupakan. Dengan adanya anak-anak mereka pasti hidupnya akan lebih dihiasi senyuman.

"Assalamualaikum!"

Pintu dibuka tiba-tiba. Shafiq beserta dengan Orkid yang berada di atas kerusi roda masuk dengan senyuman dibibir. "Ibu macam mana perasaan ibu sekarang?" Soal Shafiq sambil tersengih. Kerusi roda isterinya dihentikan disebelah katil Tiffany.

"Shushhh, sejak bila aku jadi ibu kau? Perlahan sikit suara tu nanti anak-anak aku bangun" perlahan Tiffany berkata dengan wajah tidak senang. Dia melihat ke arah Thaqeef yang sedang nyenyak tidur di pangkuanya. Thalia pula tidur di dalam tempat bayinya.

"Ops, maaf-maaf...aku lupa ada budak dekat sini" kata Shafiq perlahan. Dia melirik ke arah anak-anak Jibril satu persatu. "Comel, nasib baik dia tak ikut muka mak dia kan, sayang?" Kata Shafiq kepada Orkid. Wanita itu hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya.

"Apa tak ikut muka Hidayah nya? Tengok muka Thalia...serupa maknya" Jibril mula bersuara sambil memandang ke arah anak perempuannya. Muka Thalia lebih ke arah Tiffany manakala muka Thaqeef lebih ke arahnya.

"Mana K dengan Izrail? Aku tak nampak diaorang daripada tadi lagi" Tiffany mula melihat ke arah pintu wadnya. Dari tadi kedua lelaki itu tidak terlihat langsung. "K ada kerja, Macam biasa la mamat tu. Izrail aku tak tau dekat mana, dari waktu semua tengok anak aku pun dia tak ada" kata Shafiq. Tiffany menatap ke arah suaminya setelah mendengar kata-kata itu.

Jibril memandang isterinya juga. Sejak tadi sebenarnya Izrail terlihat lain dari yang lain.  Lelaki itu hanya mengikuti mereka tanpa mengatakan apa-apa. Malah dia tidak langsung mengangkat telefon dari Hawa sejak tadi. Jibril mengerutkan dahinya memikirkan tingkah adiknya itu.

_____________________

3 bulan kemudian

"Ala anak Abi, cayang. Bucuk cayang ni!"  Shafiq mengangkat anaknya lalu menggomol pipi anaknya geram. Jebat yang dikacau oleh ayahnya terus menangis marah. Shafiq tersengih melihat anaknya menangis sambil menolak-nolak mukanya.

"Abang! Janganlah kacau Jebat tu, bang" Orkid mencekak pinggang melihat tingkah suaminya. Sejak anak mereka lahir lelaki itu tidak pernah puas membuat Jebat menangis. "Abang tak kacau...nak main sekejap je" ujar Shafiq sambil mencebik kan bibir. Orkid terus mengambil Jebat lalu menyusukannya menggunakan botol susu.

"Nanti abang Haykal dengan kak Hidayah nak datang. Abang tolong pergi belikan ais untuk saya boleh?" Soal Orkid terus mendapatkan anggukan dari Shafiq.

Lelaki itu terus mencapai kunci keretanya. "Selain ais ada nak apa-apa lagi ke?" Soal lelaki itu untuk kepastian. Orkid menggeleng. "Jangan lambat ye" pesan Orkid lembut. Shafiq mengangguk, sempat dia mencium dahi isterinya sebelum keluar dari rumah mereka.

Enjin kereta dihidupkan lalu kereta berlalu pergi dari situ. Orkid mula mengemas-ngemas rumah agar terlihat bersih. Jebat diletakkan di atas buaian miliknya.

Ding dong....

Loceng berbunyi beberapa minit kemudian. Orkid yang dari tadi bermain dengan Jebat selepas mengemas rumah terus bangun dari duduknya. Dia berjalan ke arah pintu rumah.

Uwek!!

Tiba-tiba Jebat menangis lantang. Wajahnya memerah ketika orkid meninggalkan sisinya. "Eh, kenapa menangis ni?" Orkid pantas mengambil Jebat lalu dibawanya bersamanya. Anak lelakinya itu masih lagi tidak berhenti menangis.

Pintu dibuka perlahan dek kerana Jebat yang meronta-ronta sambil menangis.

"Maaflah abang...aka-!!"

Orkid terdiam. Seorang lelaki bertopeng sedang menghalakan pistol ke arahnya. Lelaki itu membuat isyarat supaya dia diam lalu berundur ke dalam rumah semula.

"Bagi anak kau dekat aku sekarang!" Jerkah lelaki bertopeng itu sambil mengosongkan pistol ke arah kepala Orkid pula. Wanita itu memeluk Jebat erat. "Aku tak akan bagi anak aku dekat kau walaupun kau bunuh aku!!" Lantang Orkid bersuara. Matanya tajam memandang lelaki itu.

"Jangan degil! Serahkan budak tu sekarang kalau kau tak nak suami kau mati!" Ugut lelaki itu lagi. Orkid terus tersenyum sinis. "Suami aku rela mati untuk anak kami jadi aku pun tak takut mati la" walaupun menggeletar orkid masih lagi melawan.

Lelaki bertopeng itu mendengus lalu menampar Orkid kuat. Jebat diambilnya paksa. "Lepaskan anak aku!" Orkid yang sudah terduduk kerana ditampar mula menjerit.

Bang! Bang!

"Diam! Aku bunuh budak ni kalau kau cuba nak ambik dia!" Kali ini ugutan lelaki itu disertakan dengan tembakan. Orkid tersentak. Badannya menggeletar kerana marah dan takut yang datang bersaman. Lelaki bertopeng itu ketawa lantang. Badan Orkid ditendang dan dipukul sesuka hatinya.

Jebat yang berada di dalam dakapannya menangis kuat. Seperti akan hilang suara bayi lelaki 3 bulan itu. Orkid melihat lelaki bertopeng itu membawa anaknya pergi dengan perasaan yang hampa.

Perlahan-lahan mata wanita itu tertutup beserta dengan air mata yang menitis perlahan.

Beberapa minit kemudian kereta milik Jibril dan Shafiq sampai bersamaan. Shafiq membuka pintu pagar rumahnya lalu satu persatu kereta masuk ke dalam rumah.

Tiffany yang keluar terlebih dahulu daripada kedua lelaki itu memandang pintu rumah Shafiq lama. Thaqeef didakapannya berbunyi tiba-tiba. Thalia pula yang baru dikeluarkan dari dalam kereta mula menangis tanpa sebab.

"Eh, thafeeq dengan Thalia mengantuk ke tu?" Shafiq menyoal risau ketika melihat mereka menangis.

Tiffany memandang ke arah suaminya. Jibril mengangguk lalu bergerak secara perlahan menuju ke arah pintu rumah Shafiq. Shafiq yang melihat tingkah aneh mereka terus berwaspada. Dia turut mengikuti Jibril. Pintu rumah dibuka perlahan.

"Ya Allah, sayang!"

Pantas Shafiq berlari ke arah isterinya. Orkid yang sedang terbaring tidak sedarkan diri itu dipenuhi luka di wajahnya. Tiffany memeriksa seluruh ruangan itu sementara Jibril melihat sekeliling luar rumah itu. Shafiq sudah mengangkat Orkid lalu dimasukkan ke dalam salah satu bilik yang berada di tingkat bawah.

"Anak aku! Anak aku hilang weh!" Shafiq pantas menjerit ketika melihat Jebat tidak ada di tempatnya. Kalut lelaki itu mencari disemua tempat.

"Aku jumpa kertas ni tertampal dekat dinding rumah kau, Shafiq" Jibril memberikan sehelai kertas kepada Shafiq. Tubuh lelaki itu mengeletar marah ketika membaca surat itu.

"Anak kau ada dengan aku sekarang. Pastikan Izrail datang ke sini sendiri untuk selamatkan anak ni.....itu pun kalau dia rela korbankan diri untuk anak kau" -Eric Idris

"Argh!!!!" Kertas itu dironyokkan lalu dicampak. Memerah wajah Shafiq akibat terlampau marah.

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now