TAMAT

335 24 12
                                    







Berdentum-dentam bunyi guruh di langit bersama petir sabung menyabung. Di gelap malam, tompokan awan berisi hujan jatuh membasahi bumi. Angin bertiup agak kencang, dan menampar diri masing-masing. Peta dihampar di atas tanah. Fay memberikan arahan kepada ahli pasukannya.

"Kita bahagi kepada tiga kumpulan. Team A, berjaga dikawasan luar. Team B, bahagian kiri dan kanan. Team C, pasukan gempur. Akan masuk dari depan dan belakang. Ada apa-apa soalan?" soal Fay.

Tugas terakhir sebagai Kapten Alpha bukan lah mudah untuk dilakukan apabila dia perlu menyelamatkan Izyan daripada Black Jack.

Alpha menggeleng. Fay mengangguk saja sebagai balasan. Tangan ditadah untuk membaca doa. Bagi Lee, dan Wenwen, mereka hanya bertafakur.

"Semoga urusan kita berjalan lancar. Jangan risau, Tuan. Serahkan kepada kami. Insya Allah, kita akan berjaya dalam misi kali ini." ujar Adam, cuba meyakinkan Fay.

Cukup sepasang mata yang terlihat. Mereka mula bergerak ke tempat musuh.


Gudang terbiar menjadi tempat pertukaran tebusan yang akan dilakukan oleh Jason setelah mereka berbincang melalui panggilan telefon kelmarin petang. Fay yang bertugas membawa Datuk Nizam melangkah paling hadapan. Dan ditemani oleh Tengku Heidi.

Tibanya mereka di situ, mereka dikejutkan dengan mayat-mayat bergelimpangan diatas lantai yang tenggelam dalam kolam darah. Sekali pandang, mereka tahu mereka sudah ditipu oleh Jason. Berbutir-butir peluru menembusi dahi, dan perut mereka hingga terhasil lubang-lubang kecil. Tak jauh dari situ, pandangan Tengku Heidi terarah tepat pada seorang lelaki yang duduk membelakangi mereka.

Penuh berhati-hati, Tengku Heidi datang menghampiri. Telefon pintar yang berada di atas riba lelaki itu diambil oleh Tengku Heidi.

"Fay!"

Datuk Nizam diserahkan kepada Adam. Fay dan Danial melangkah ke arah Tengku Heidi.

"Kita dah kena perangkap. Kita dah kena tipu!" bentak Danial setelah membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Jason.

"Dari mana dia orang tahu kita tak ada benda tu?" Tengku Heidi menyoal. Aneh. Siapa yang bocorkan maklumat?

Sedangkan hanya mereka saja yang tahu dan pihak atasan?

"Luke." Topeng kain ditarik ke bawah. Fay mendengus. Dia tahu, bukan Izyan saja yang menjadi tebusan Jason. Edrian juga sama.

"Luke?" Tengku Heidi tidak dapat berfikir apa-apa.

"Maklumkan kepada Tuan Zarith. Misi kita burn. Sekarang ini aku nak kau orang buat pilihan. Ikut aku, dan backup dari belakang. Ataupun tunggu dekat sini."

"Ikut kau pergi mana?" Danial menyoal.

"Sebelum Eric serahkan pendrive tu dekat Luke. Luke bagitau hideout Jason dekat mana. Dan aku yakin, Izyan ada kat situ." terang Fay. Danial mengangguk-angguk.

"Baik, kapten!"

"Tapi kenapa kau pilih tempat ini? Kalau dah tahu, kenapa tak cakap awal-awal?" soal Dania lagi.

"Sebab aku tak pasti lah kita ke sini." jawab Fay selamba. Makin dijawab, makin banyak soalannya.


Puan Maria memicit pelipis. Apa yang sudah berlaku, berkait rapat dengan suaminya. Encik Irsyad. Kalau dia dapat kembali ke masa lalu, mengahwini Encik Irsyad ialah satu kesilapan besar yang Puan Maria pernah lakukan. Lelaki itu... disyaki terlibat dengan kes Datuk Nizam. Siapa sangka Puan Maria berkongsi hidup dengan lelaki bertopengkan syaitan?

𝐇𝐀𝐍𝐒𝐄𝐋 𝐃𝐘𝐀𝐙𝐄𝐋𝐋𝐎 [C]Where stories live. Discover now